Cuti Thaipusam 25 Januari.Cella ada kat rumah sebab balik dari Ideas Hotel tu dia cakap nak ikut juga ikut balik rumah.
KARI KAMBING KERISIK
1kg daging kambing
2 paket kecil rempah kari ayam
1 paket kecil rempah kari ikan
½ kotak santan
2 sudu besar
kerisik
4 biji kentang
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
1 sudu teh gula melaka
Bahan Tumis:
1/2 biji bawang holland-hiris
5 bawang putih-hiris
1 ketul kecik halia- mayang halus
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
10 buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
1. Gaul daging kambing dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.Gaul daging bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam
( tapi kali ni saya rebus dulu daging,maka saya tak gaul dengan rempah)
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis
4. Masukkan daging kambing yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi
.
5. Masak hingga naik minyak
6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah
7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.
( air rebusan)
8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak
9. Tambah garam dan perisakan
10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik
Inilah hasillnya setelah perlahankan api dan biar mendidih perlahan lebih kurang 5 minit..Nampak permukaannnya dah berselaput naik minyak
PULUT KUNING
¹ kg pulut.
2 asam keping
2 sudu kecil serbuk kunyitk
¼g santan pekat segar
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
1 pandan
1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam
2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.
3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.
4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.
5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.
6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati
sedpanya kari kambing..minggu ni SAa kena stop makan daging lembu dan kambing, SA kena makan yg sihat2 je.hahaha..3hb kena jumpa doc pakar...wah..seafood kat sana murah erk...
ReplyDeletewahhh... ada kari kambing... lama x mengari kambing
ReplyDeleteBersusun udang Adah. Tapi tak boleh lawan la ngan Kari Kambing umi dia 🤭. Alaaa.. nak juga pulut kuning.
ReplyDeleteuish...sedap tu kak.. ni rugi kalau makan sikit ni..
ReplyDeletesedap nya kak oi.... lawankan dengan pulut kuning lak kan
ReplyDeleteeh...elok lawa bersusun udang si Adah..
ReplyDeletewaahhh pulut kuning gu pulak dgn kari kambinggg perghhhh terangkat!
ReplyDeleteKari kalau perangat lagiiiiii sedap mak Cella kan...
ReplyDeleteSegar nampak ikan tu...
Itulah rezekinya ditempatkan dekat dengan bekalan laut. Tapi kena bersederhana pengambilannya, sebab pengambilan sumber protein berlebihan boleh mendatangkan penyakit pula.
ReplyDeleteAyam pula, lebih mahal berbanding di Malaya.
Ok.. nti nk msk pulut kuning dgn kari kambing la juga.. 😉
ReplyDelete