Wednesday, 3 January 2024

BELANJA AQIL NAIK KAPAL TERBANG & ADAH BALIK SABAH

 Cerita Cuti Krismas minggu lepas..


Belanja Aqil naik kapal terbang.Sebenarnya masa pi Kuching masa cuti Deepavali bulan lepas rasa bersalah tak bawa Aqil sekali.


Aqil pernah sebut dia teringin nak naik kapal terbang.Sebelum ni Aqil dah pernah naik kapal terbang ke Kuching  tapi masa tu kecik lagi.Kata Aqil dia dah lupa bagaimana rasanya naik kapal terbang.

Bila Adah bgatau nak balik Malaya & akan balik semula ke Tawau pada 25 Disember,idea pun tercetus.




Saya & anak-anak merancang hadiahkan Aqil tiket penerbangan KL- AOR.
Belanja tiket Syarikat Penerbangan Tambang mahal Murah.Nanti kalau ada rezeki lebih kita naik kapal terbang  "Wau Bulan"  & yang lain pulak yer!
Tapi bukan la lepaskan Aqil sengsorang.Sebaliknya bertiga.
Mulanya ajak anak jantan tu temankan saya & Aqil tapi 25 Disember tu anak jantan tu on call tak boleh gerak jauh.Tanya Cella,Cella kata dia cuti 25 Disember.Maka,belilah 3 tiket ke Alor Setar.Saya,Cella & Aqil.
Kami pilih tarikh 25 Disember dan masa pernerbangan yang hampir.Nanti masa hantar Adah ke airport,kami akan terbang ke destinasi masing-masing.Flight kami ke Alor Setar pukul 6.55 pagi.Flight Adah ke Tawau pukul 6.00 pagi.
Tak jauh sangat beza masa.

Tu yang jadi cerita AQIL DATANG KL tuuu

Aqil tak tahu kami nak belanja dia naik kapal terbang.Malam 24 Disember tu sebelum tidur,pesan kat Aqil esok kita kena bangun awal sebab nak gerak pukul 3.30 pagi.Aqil tanya "Awalnya nak gi naik bas"
Hehe,Aqil ingat nak balik Kedah naik bas..Bila bagitau nak belanja dia naik kapal terbang,senyum panjang dia...hihihi



Anak jantan tu hantar kami sampai lobby airport.Drop off kami kat situ & dia terus balik.


Adah tengah check in lugage..
Jubah hitam tu la dia pakai balik Kedah...Bawa balik baju sehelai saja.Katanya lebih selesa pakai jubah & pakai legging kat dalam senang nak gerak.Balik Tawau oun berjubah hitam tu la jugak..
Balik KL 1 lugage..balik Tawau dah 2 lugage..1 penuh dengan makanan frozen dan kudapan.1 lagi penuh barangan lain.





Jom,masuk....
Berkali kali pesan kat Aqil jangan lupa bawa Mykad...
Kang naya tak dapat terbang...hihihi
Dah banyak kes macam tu kan...
Baru dua minggu yang lepas anak jantan tu cakap kawannya satu family nak ke Sabah...tertinggal mykid babynya..Sudahnya baby & bapanya naik kereta balik Perak..Mak baby & family lain teruskan penerbangan ke Sabah.Kalau dekat dekat dengan airport boleh la lagi follow dari belakang.... beli tiket baru & lari  balik amik mykid.Walau kos bertambah tapi kos di Sabah masih valid..Ni dah kena balik Perak sanun...makan redo ja lah 2 tiket burn begitu sahaja.Pastinya semua pun  terganggu dan perancangan sudah berubah.





Nasib baik kat KLIA ni semua penerbangan dalam Malaysia adalah penerbangan domestik,dapat la kami sama-sama laluan masuk yang sama.Kalau kat Sabah & Sarawak,merasa la kita jadi foreigner sebab kena ada border pass & penerbangan ke KL dalam laluan  internasional kan...🤣






Kami berpisah pukul 5.30 pagi keran Adah akan ke Gate 13 untuk penerbangan ke Tawau dan kami  pula di Gate 3 untuk ke Alor Setar.


Bye Adah...semoga dimudahkan urusan & semoga  kita jumpa lagi..
Perpisahan kali ini tidaklah terlalu beremosi macam perpisahan masa hantar Adah & suaminya untuk ke Tawau pada 4 September yang lalu.Masa tu rasa macam Tawau tu sejauh Kota London & beberapa tahun sekali kot baru dapat jumpa🤭
Rupanya baru 3bula ++ dia dah balik...hihihi.Tu belum setiap hari VC


Cella berubah ubah tempat cari plug poin nak hidupkan lappy dia siapkan assgment.Tapi dah pesan nanti pukul 6 Saya & Aqil nak gi solat subuh.Nasib baik Cella ABC..boleh jaga beg.Nak bawa masuk surau situ memang tak la..Nak masuk solat pun menyelit-nyelit sebab terlalu padat.Masa subuh pendek & semua mengejar bording time.Itupun dah buat persiapan dengan mengambil wudhu' dari rumah  & jaga jangan sampai batal.Dah pesan juga untuk Aqil wudhu' sesiap..jaga jangan sampai batal..Karang kat airport kita rushing nak solat.Kalau masa tu nak wudhu' memang pishang la berebut..So,baik jaga wudhu' jangan sampai batal..Nak kentut pun tahan🤣
Tapi lupa la pulak Aqil dah salam Adah...depa kan sepupu...BATAL LA WUDHU'!
Nasib baik Aqil lelaki ,lebih mudah nak wudhu'..
Kalau kita yang perempuan ni..mmm....jenuh.




Dipendekkan cerita,sebaik keluar surau..dalam pukul 6.15 a.m dah nampak gate 3 dah buka dan Que dah panjang..
Tak apa,jangan berebut kita beratur ja belakang pun


Aqil tengah masuk perut kapal terbang.


Simpan beg  & Cari seat..Semua seat penuh hari ni..Maklumlah,hari ni hari Krismas,ramai yang bercuti.Yang pakai baju melayu & baju kurung sedondon pun ada.Nak gi kenduri kahwin kat Kedah  agaknya..



Bagi Aqil dok tepi tingkap supaya nampak kat luar.Tiket asal RM100++ seat random.Kalau nak pilih seat kena la extra charge...RM70++ untuk 3 seat pilihan.Tak apalah,bayar jalah..
Kang kalau random seat buatnya sorang kat depan,sorang kat tengah &  belakang sekali pulak tak syok la.Kena pula semua dapat random seat B atau seat E yang terkepit kat tengah..pishang la..
Kalau fly sengsorang ok la amik random seat kan.
jimat sikit 



Kadang amik seat random ni ada juga untungnya .
Macam Adah ni sebab dia balik sorang...dia beli timet random...
Dapat "Hot Seat"..
Tengok rezeki jugak  la...


Pukul 6.30 KLIA masih gelap diluar.
Aqil asyik pejamkan mata dia kata mengantuk..



Cella pula tukang kacau sebab taknak bagi Aqil tidur.Biar dia feel masa kapal terbang ambil lajak & sikit demi sikit terbang hingga  hilang jejak dilandasan..
Bagi seat tepi tingkap supaya Aqil boleh nampak bumi di bawah & nanti nampak awan  memutih bila flight berada diketinggian atas awan.


Nasib baik ada umpannya agar Aqil tak tidur...Nasi Lemakkkk..
Aqil nak sarapan kat airport tadi tu,tapi Cella cakap tak payah sarapan kat bumi..nanti kita sarapan atas awan...🤣



Meal time ..Aqil menikmati Nasi Lemak Pak Naseer  berlaukkan rendang ayam.


Cella menikmati chicken wrap by Santan.Kami memang beli tiket termasuk makanan.

Nasi Lemak Pak Naserr untuk Aqil..Lauk randang daging


Untuk saya dan Cella ...Pak Naseer Plan Based Nasi Lemak

Plan based ni nasi lemaknya beras merah ni.Saya pilih plan based ni sebab masa penerbangan balik dari Kuching bulan lepas saya makan nasi lemak plan base ni sedap sangat pada tekak saya..
(Ketiga-tiga pic nasi lemak diatas ni pic meal kami masa balik dari Kuching)
Sebab nasi lemak yang kami pesan kali ni kami berdua tak makan pun.
Puncanya mengikut pesanan daripada anak jantan tu masa dia BALIK HANTAR NENEKNYA  tahun lepas..katanya neneknya tak sempat habiskan nasi lemak,kapal terbang dah nak landing....hihihi

& ceritanya memang betul la..Nasib baik saya pun tak makan nasi lemak tu..Kalau makan lambat macam saya memang takdan habis.Aqil pun makan tak berapa nak tenang takut takdan habis,tapi suruh dia makan juga untuk feel makan atas awan🤣



Maka kami deside  simpan nasi lemak tu & masa steward  serve mael tu saya minta nak beli pula  2 chicken wrap.Rezeki penerbangan kali ni hanya nampak sorang krew perempuan dan selebihnya semua krew lelaki yang handsome lagi peramah dan mesra alam.Siap bergurau gurau suruh saya makan nasi lemak dengan tangan..hihihi
Pastu offer plastic beg jika taknak makan nasi lemak tu.Hari tu masa flight ke Kuching ramai krew perempuan & pakat muka ketat belaka...Agaknya depa semua tu penat kena angkat macam-macam,dah la perempuan  kan..


Alhamdulillah...
Lebih kurang 1 jam ..dah selamat landing.Sengaja tak rebut rebut nak turun.Biar orang lain bersesak turun.Kita duduk dulu lelama.Bukan setiap hari naik flight kan🤭
Baru nak feel lelama,depa buka pula pintu belakang.Ajak Aqil lalu pintu belakang untuk feel turun tangga kapal terbang.Kalau lalu pintu depan takda tangga sebab keluar ja pintu terus masuk terminal.


Hai...Aqil..!




Aqil @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Kalau keluar pintu depan tadi tu...terus masuk dalam laluan atas tu..tak feel la turun tangga..hihihi



Pakcik & Achik dah tunggu kat luar..
Terus bawa gi sarapan sekali lagi @ Stadium Darulaman


Aqil makan Roti Telur Goyang..
Barulah Aqil bagitau sebenarnya dia pening  kepala masa kapal terbang terbang sedang berlepas...
laaaa....patut la Aqil asyik pejam mata...Ingatkan dia nak tidur..
Rupanya kawan tu menahan pening ..
Sorry la Aqil..
Makngah tak tau...huhuhu



Cella order Roti Titab.


Pakcik,Achik & saya pesan Nasi Lemak Sambal Paru...

Sambil kami bersarapan...Adah update dah selamat sampai Tawau
Alhamdulillah

Malamnya dah naik bas balik KL..
Hanya 14 jam Cella di bumi Kedah.
Memang semata balik hantar Aqil by flight..
Kena balik juga malam tu sebab cuti hanya Krismas hanya sehari...Esoknya dah weekday...
Sempat la juga balik mandi dulu & terus siap...Hantar Cella awal  sebab dia ada  presentation pukul 9 pagi..



Sekian.......

10 comments:

  1. Bestnya Aqil Makngah dia belanja naik flight.
    Sian kawan tu, dok menahan pening ya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa..dah reply swmalam
      .hilang pulak...
      Tu la PH..kawan tu pening makngah tak tau

      Delete
  2. waaah bestnya Aqil makngah belanja naik flight....mana tau ada rezeki Aqil belajar jauh nanti boleh la selalu ulang alik naik flight...
    tapi kesian duk menahan pening rupanya ye..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...agaknya sebab dia dah biasa sarapan awal...Ni bangun pulak awal bebenor..

      Delete
  3. Sekejap je la Aqil kat KL. Seronok dapat naik katerbang & makan atas awan sekali pening kepala pulak Aqilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y..kalau ikutkan sehatri setengah ja...tapi dah ikut tarikh jadi la 3h2m...hihihi
      Tak leh jadi pilot la dia...🤣

      Delete
  4. aqil tu seronok dalam tak seronok dia naik flight ye. mujur pening je tak termuntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...risau juga takut dia muntah..
      Kalau dia muntah...mau dengan saya sekali.. Saya kalau tengok muntah saya rasa nak muntah jugak.hihihi

      Delete
  5. Wah, makan atas awan ada beza ye dengan makan atas bumi hihihiii.

    ReplyDelete