Kebetulan hari tersebut dapat jemputan majlis perkahwinan anak saudara mak merangkap sepupu saya.Masa jemput kami kat airport,Achik pesan suruh siap siap nak gi kenduri lepas solat Zohor.
Enam tahun lalu kami pernah datang makan kenduri rumah sepupu ni..ada dicatatkan pada tahun 2017
MAKAN KENDURI RUMAH TEPI SAWAH..kat sini
Eh,bila tengok tarikh...hampir sama...bulan Disember...Mmm,musim kenduri kan senonim dengam bulan. Disember sebab cuti sekolah & ramai juga nak habiskan cuti tahunan..
Kalau tengok landscap 2017 tu sungainya penuh air..Lanscap 2023 sebahagian sungai tu sedang dibersih dan sebahagian lagi penuh dengan rumput air dan pokok pokok setangki..Pokok setangki tu boleh dimakan..saya pernah masak
SAYUR SETANGKI MASAK LEMAK CILI API..kat sini..
Cuma bila dah terlalu banyak,dia jadi masalah la pulak kerana aliran air tidak lancar dan boleh menyebabkan banjir juga.
OTW balik tak jauh dari rumah sepupu tu kampung yang sama masa lalu titi nak menyeberang sungai...pun ada kenduri kahwin..
Sepatutnya 31 Disember tu saya pi kenduri juga..
Jemputan dari security tempat kerja saya.Dah gosok baju bagai.Sekali Cella tak tak dapat temankan sebab ada submition sebelum pukul 3 petang.Dia tengah kalut..
Nak pi sorang segan pulak...padahal biasanya kalau kenduri dekat Perindu tu saya tak akan tolak sebab kenduri situ memang ala kampung sungguh..tumbang lembu..rewang dan menunya pun biasanya rare.Tapi tak jadi rezeki kali ni.Nak tanya rakan rakan lain serba salah sebab bukan semua dapat jemputan..Hanya saya dan beberapa orang yang lain dapat jemputannya.
Untuk 2024 ni dah dapat jemputan kahwin..Tapi nuuunnn di Kluang,Johor.Dah dapat gambaran kendurinya besar,siap ada kambing golek dan aneka street food..Nak sangat pi tapi tak tau la ada rezeki ke tak.
baru balik tengok laukpauk kampung PH..datang sini pun ada lauk kenduri..org yg baca ni pun dah xtahan duk telan2 ayaqliur
ReplyDeleteHahaha...musim kenduri
Deletewaduhhh lauk kenduri pesen ni hat susah nak tolak hehe
ReplyDeletesangat best menu kenduri di kampung, lagila yang masak lauk kampung betul2
ReplyDeleteKan Dana...selera mak mak
DeleteAlah... apa malu2.... tambah & tapau je la.... hehehehe
ReplyDeleteHihihi..malu takut lain kali orang tak berani jemput dah🤣
DeleteWahhh.. pergi ke tak ke Kluang tu? Sy esok la dapat jemputan pertama tahun 2024.
ReplyDeleteHuhuhu...jemputan tu hari ni. Sabtu...Ada aral melintang
DeleteMemang bestlah kalau dapat jemputan ke majlis kahwin. Macam-macam hidangannya.
ReplyDeleteKembali ke sini sebab nak rujuk resepi kek marble. Baru perasan blog ni masih updated sehingga hari ni.
ReplyDelete