Monday, 22 January 2024

MASAK KELUPIS & KUAH KACANG DAGING

 

Masak Kelupis vs Kuah Kacang Daging


Walaupun bukan orang Sarawak tapi saya juga peminat kelupis.
Cuma kat semenanjung saya belum jumpa orang jual kelupis..
Makanya nak makan kena la buat sendiri.


Nasib baik ada pokok lerek  kat tempat kerja


Saya pilih daun ang kecil -kecil..Ada juga daun lerek jenis besar sebesar daun anak pukuk pisang..Yang tu biasanya depa buat Lemang daun Lerek..





KELUPIS  
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik

1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam


2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau


3. Tambah pandan, garam & gula


4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak.


5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.


6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit.Matikan api.

7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.

 

8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.

 


Dah siap bungkus



Saya ikat dengan benang agar bila rebus ttidak terburai.

Ada yang kata kelupis dimasak dengan cara kukus sahaja sudah memadai.
Tetapi saya memilih masak dengan cara rebus kerana saya suka bila rebus isi kelupis lebih padat dan kenyal.Mungkin lain kali saya akan cuba pula cara kukus..

Ini merupakan kali ke - dua saya masak kelupis.Kali pertama saya CUBA MASAK KELUPIS ...kat sini



Benang kuning benang hitam semua ada...hihihi..

Masak pula Kuah Kacang Daging
Masak banyak...seperiuk agak besar


Frozenkan 2 bekas ni..
Bebila nak makan nasi impit ka...atau kalau ada beli lemang..makan dengan kuah kacang daging ni pun sedap



Kelupis kali ini saya gandingkan dengan Kuah Kacang daging..Resipi saya C&P dari old post sahaja.Cuma kali ni sya buat agak banyak..

KUAH KACANG +DAGING


½kg  kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekat
7. Sesuaikan rasa




Jum buka tengok kelupis  dah masak ke belum..


Makan dengan Kuah Kacang Daging....sedap sangat pada tekak saya..



11 comments:

  1. kalau masuk dapur akak memang xsah kalau tak terliur,rajin sangat akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang datang mood rajin...kadang ..kelauttttt...hihihi

      Delete
  2. Cara masakannya hampir sama dgn ketupat palas dan lepat kan cuma cara bungkus dan daunnya lain. Apapun, peminat pulut mcm sy mesti suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Rasa dia pun lebih kurang juga.Kalau kat Johor macam lepet daun kelapa tu jugak..Saya suka lepet daun kelapa

      Delete
  3. Rindu pula nak makan kelupis air tangan orang Brunei. Makan dengan sate Brunei aduhai.....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelupis Brunei ada kelainan tak cikgu?
      Depa mesti lagi pakar sebab memang makanan depa kan

      Delete
    2. Biasanya kelupis orang Borneo dikukus.

      Delete
  4. Waduh sedapnya Mak Cella...
    Kuah kacang daging tu pun kemain dok lambai² nooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya la ni kalau ketupat palas & lemang pun suka cicah ngan kuah kacang tapi kuah kacang yang pekat la..pastu jangan terlalu manis..ish..sedap PH

      Delete
  5. waahhhh namanya Kelupis ye? kalau org Banjar ada juga buat pulut bungkus mcm tu tp disebut Pulut Pasung / Pulut Dakap selalu buat time raya eheee

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa...yang penting kena rajin bila mood dah sampai kan

    ReplyDelete