Friday, 12 January 2024

PENCOK BUAH CERMAI

 AMARAN: 

GAMBAR -GAMBAR DI BAWAH TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN IBU MENGANDUNG.🤭

hihihihi....


Pencok buah cermai...
Dalam banyak banyak buah masam..rasanya saya hanya suka buah belimbing buluh dan cermai sahaja.
Buah lain macam apple hijau,mangga muda etc...saya tidak kecur.


Nampak buah cermai belakang  bangunan tempat kerja  dekat tangki air ...telan ayaq lioq


Pokok ni mantan rakan sekerja  kami...Kak Ani yang tanam..
Dia dah wakafkan untuk dimakan hasilnya



Terus petik setangkai dua..
Pohon cermai antara pohon nostalgia juga untuk saya.Dulu zaman kanak-kanak  dekat tepi rumah ada 2 pohon cermai yang besar dan sentiasa berbuah lebat.Musim kemarau ketika semua daun gugur,kami kutip pelepah daunnya yang seakan lidi kelapa tu dan ikat jadikan penyapu.
Bila pohonya kembali berpucuk muda ,emak akan petik jadikan sayur lemak.Saya juga pernah masak SAYUR LEMAK PUCUK CERMAI..rupa dan rasanya seakan sayur cekur manis...
Daun yang sudah tua pula selalunya dijadikan campuran mandian untuk pengidap demam campak kerana sifatnya yang sejuk


Bawa balik rumah.


Buat coleknya..
Colek ni kami @ Kedah kebanyakan panggil "Garam Belacan"

PENCICAH MANGGA

3-5  biji cili kering

1 sudu garam kasar

10 sudu gula pasir

1 ketul kecik  (1 sudu teh belacan)


1. Cili kering dibasuh dan di lap hingga kering

2. Kemudian gunting cili halus-halus..

3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..

4. BLEND KERING  bahan tersebut hingga menjadi debu halus..



Garam Belacan ni versi serbuk macam yang selalu  jumpa kat Thailand yang depa buat cicah limau bali tu..



Kalau buah cermai tak sesuai nak cicah colek jenis berkicap tapi lebih ngam cicahan versi serbuk ni.
Nak feel dia...ketuk dulu buah cermai sampai pecah...baru cicah...
Ya Allah....sedap ampa oii...

Untuk jadikan pencok sebenarnya buah cermai dan garam belacan tu kena tumbuk tumbuk dalam lesung batu.Tumbuk buah cermai sekadar pecah pecah supaya garam belacan meresap dalam buah cermai..

*Kalau pencok ori dulu-dulu dibuat ketika kenduri.Dulu takda blender..Bila kenduri,sambal belacan ditumbuk dalam lesung kayu yang biasa orang tumbuk padi atau tumbuk tepung tu..Biasanya bercupak cupak cabai melaka
(cili kampung) ditumbuk dalam lesung tu..
Bila dah kaut sambal belacan,dalam lubang lesung tu masih ada sisa sisa bekas sambal belacan.Masa ni la mak mak akan buat pencok.Selalunya jantung pisang hiris,belimbing buluh,nanas,jambu batu,asam jawa muda dan buah nagka yang baru berputik  akan dimasukka. dalam lesung bekas sambal belacan tu dan ditumbuk kasar kasar hingga bercampur.Cedok letak atas daun pisang...Nikmati lah...!!
Sangat nostalgia bila dikenang..
Tak tau la sekarang masih lagi dilakukan atau tidak kerana buat sambal belacan dah pakai blender Tidak sesuai la nak blend semua buah buahan  tu...hihihi

Menurut rakan saya dari Ijok ,Perak..kat tempat mereka juga ada pencok ni tapi dikenali sebagai 
"Kebebe "



Tapi saya guna kaedah ni..
Masukkan beberapa biji buah cermai dalam plastik +sesudu garam belacan...Saya gelek dengan torak
( rolling pin) a.k. penggelek doh tu..


Sebenarnya bukan gelek sangat tapi lebih kepada " katok"  ( pukul )


Hasilnya.....
Walla wei....!
Ni sambil taip tertelan air liur tanpa sengaja...tindakan refleks..hihihi


12 comments:

  1. aduh baca tajuk pun dah ada tindakan refleks ni macam mana nasib baik tak mengandung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau mengandung kena pi cari..hihihi

      Delete
  2. Kalau bahasa Jawa, pencok tu merujuk kepada acar.
    Utara pun ada guna perkataan pencok jugak rupanya.

    Dah susah nak jumpa pokok buah cermai sekarang ni. Untung mamaCella masih dapat makan buah cermai dari pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,pencok tu dalam bahasa Jawa rupanya..Baru tau...dok dengar ja perkataan pencok tu sejak kanak kanak tapi ni baru tau maksudnya...Tq info

      Delete
  3. Saya hanya mampu menahan kecur melihat makanan begini. Gigi dan gusi dah tua, tak sporting dah hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau asaman lain gitu juga mudah seriau gigi..Tapi tang cermai ok pulak..hihihi

      Delete
  4. teringat makan jeruk cermai masa kecik2 dulu... aduh teliur nengoknya wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dulu ada jual dalam plastik panjang macam plastik ais krim malaysia tu kan Dana

      Delete
  5. uish..terliur jugak ni..pencok... 1st time dengar..mesti masam2 tapi sedappp

    ReplyDelete
  6. Malas betul masuk dapoq MC, semua hidangan buat ailioq meleleh haha... Rasanya kami dulu besa buat pencok buah asam jawa muda. Tak ingat² lupa dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..betoi...asam jawa muda pun sedap..Kalau dapat asam jawa yang biji dah mula hitam tapi belum masak tu lagi aum...kami panggil
      " asam ngapo"

      Delete