Wednesday, 31 January 2024

KEPALA GAS BERMETER

 Selama ni dok pakai kepala gas biasa yang takda meter.Sebenarnya taktau pun kepala gas bermeter ni...Punca dapat tau ni,hari tu baca dalam group kominiti.Ada berlaku letupan gas dekat salah satu PPR yang tidak jauh dari perumahan saya.Baca info dalam tu katanya penghuni rumah tu tinggal sorang diri. Balik kerja waktu maghrib terus buka pintu dan hidupkan lampu...Terus poooommmm! meletup.Hasil siasatan katanya gas memasak bocor seharian dan terkepung dalam rumah yang bertutup.Bila on suiz lampu terus meletup.Khabarnya penghuni tu cedera melecur teruk jugak lah..


Baca kat komen ,dorang bagi cadangan gunakan kepala gas bermeter.Antara kelebihan dari segi keselamatan ialah jika berlaku kebocoran ada bebulinya yang akan auto menyekat gas daripada keluar..

Salain itu,jarum meter memudahkan kita megetahui isipadu tong gas tersebut..

Saya pun minta Adah tolong order kat Shopee..Kalau tah salah harga tak sampai RM50 pin termasuk saluran paip ya..


Ni saya pasang pasa tong gas kosong..
Jarumnya auto bergerak pada kawasan merah.
Menunjukkan memang tong dah kosong.
So,kalau ada tong gas satu sahaja..bila jarum dah penghujung hijau dan menghampiri merah dah boleh beringat-ingat dah..Jangan la nak rebus ketupat dan masak rendang bagai.Takut tak sempat masak ..
Kalau tengah memasak tetiba api padam..jangan ingat dapur rosak pula.Tengok pada jarum tu..Kalau dah kat merah tu maknanya gas dah habis.Kalau tengok jarum masih hijau atau kuning tapi dapur tak menyala..maknanya gas masih ada tapi ada masalah lain.



Ni saya pasang pasa tong gas yang baru dibuka penutupnya.Pasang ja auto jarum bergerak ke kawasan kuning menandakan gas masih penuh.Nanti dah lama guna bernsur ansur jarum bergerak ke kawasan hijau dan akhirnya kawasan merah.Merah pun kalau kawasan dekat hijau tu masih ada gas cuma dah kena standby.Bila gas habis terus..jarum akan bergerak paling hujung merah tu..

Saya baru tahu dalam beberapa bulan yang lepas..Ka saya sorang ja baru tahu?🤭

14 comments:

  1. rumah ibu pun pakai kepala gas mcm ni

    ReplyDelete
  2. aahla dana punya yg lama takde meter, kene cari ni bagus jugak kadang kita tak perasan jugak...

    ReplyDelete
  3. Haahaaa... saya ketinggalan keretapi ni Mama Cella. Baca entri di sini baru tahu ada kepala gas bermeter. Nanti nak bagi tahu Encik Suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa cikgu....
      Cuma saya awal sikit tau...hihihi

      Delete
  4. Kak lin pun baru tau.. nasib baik umi cella bgtau.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...saya pun baru tau...terus kongsi untuk yang taktau ..sharing is caring

      Delete
  5. Dulu rumah mak mertua sy pakai ada meter mcm ni tapi sy tak pernah ambil tahu fungsi jarum tu. Macam mana nak ambil tahu ya, masak pun jarang² kat sana, hihi.

    ReplyDelete
  6. Seraam kalo cerita gas meledak ini. Tapi dari dulu pun sejak awal nikah, gas yg saya pakai memang dah ada meter nya kak. Dari awal beli. Soalnya semua yg menjual gas dj lingkungan rumah saya, pakai meter semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...bagus tu semua sudah ada meter.Tempat saya tidak semua yang tahu pasal meter ni..Termasuk saya...baru tahu🤭

      Delete