Balik Kedah hari tu ,mak bagi sebiji labu.Mak kata beli kat orang berkebun dekat dengan kebun getah mak.Kalau kat sana ,kebiasaan kalau ada orang tanam semula getah memang akan ditanam pelbagai tanaman kontan.Antaranya labu kuning.
Entah macamana boleh tak ambil gambar pulut serawa tu..
Ni dah esoknya baru teringat nak ambil gambar serawa labu ni...Pulut dah takda..
Sekarang ni banyak dah masak tak ghairah nak ambil gambar.
PENGAT LABU KUNING
1 biji labu kuning
2 keping gula Melaka
2 kotak santan
½ sudu teh garam
2 helai pandan
1. Belah belahkan labu dan kupas kulitnya.
Potong dadu besar besar.
2.Rebus labu bersama 4 cawan air dan pandan.
3. Bila mendidih masukkan,garam dan gula melaka.
4. Bila labu sudah empuk,masukkan santan kotak dan biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap.
5. Sesuaikan rasa.Sedap dimakan bersama pulut kukus ,roti @ cream creaker.
Cie tak boleh sangat makan labu. Banyak angin. Hihi
ReplyDeleteAda orang cakap kalau yang alahan angin tu bokeh masukkan hirisan halia dalam pengat ni.Cuma rasa dia tak semua orang boleh terima
DeleteNampak sedap tu makan panas-panas
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap
Deletesedap ni... makanan sunnah...
ReplyDeleteKan....panggang pun sedap..harum
Deleteuishhh sedapnya labu!
ReplyDeleteKita geng peminat labu
Deletekan...boleh masak macam2..
ReplyDeletemasak sebagai lauk pun sedap
Hahahaa.... saya ada kawan dah!
ReplyDeleteTahun ini hari-hari masak tapi tak ambil gambar.
Labu kuning memang sedap berlemak kalau dibuat pengat.