Pulut Cempedak Durian...
Mana duriannya?
Cempendak ni..namanya Cempedak Durian..
Balik kerja Rabu saya singgah Hero beli cempedak durian ni.Memang perasan dalam bulan lepas hingga sekarang selalu nampak cempedak durian ni kat Hero.
Sebelum-sebelum ni pun dah beberapa kali beli .
1st time saya
BELI CEMPEDAK DURIAN...kt sini masa PKP dulu.Terus jatuh chenta dengan rupa,fizikalnyaa yang comel sebesar kepala lutut orang dewasa Manakala rasanya pula sungguh sedap.Kalau jumpa orang jual cempedak durian,biasanya saya akan beli walau sebiji yang kecik..
Ni beli lagi...
Jom,kita belah
Hahaha....suspen ja...
Nasib baik ulasnya besar..
Ada 7 ulas semuanya..
Lebih kurang RM2.06 seulas..
Boleh la kan...
Bulan lepas saya beli sebiji yang agak besar +-3kg beratnya bawa balik buat buah tangan kat mak..Memang puas hati isinya kuning keemasan dan mak pun kemain la suruh simpan bijinya untuk disemai..
Beli kali ni isinya kuning susu
Memang hajatnya nak makan dengan pulut lemak sebab anak dara sorang tu balik rumah.
Kalau makanan orang tua macam ni menjadi favourite dia..Mungkin swbab dia ja yang masa zaman sekolah paling lama dan selalu ada dengan saya.Selalu berdua dengan dia time balik kampung,jadi dah terbiasa selera kampung..hihihi
Selain makan pulut dengan cempedak,saya juga ajar Cella makan pulut dengan aneka bahan lain seperti yang pernah dikongsi dalam posting
PULUT LEMAK VS CEMPEDAK
Pulut Cempedak memang antara yang saya selalu juga sediakan .
Antaranya :
Ni kira Pulut Cempedak Pertama Tahun 2024...
hihihi
Saya C&P dari old post.Cuma sukatannya saya kurangkan.Masak hanya lebih kurang ½ kg sahaja pulutnya.
PULUT LEMAK
1kg beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula
2 helai pandan
1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan
Hidang la pulutnya bersama cempedak masak ranum.
Makan bersama pulut lemak.Taktau nak kata makan petang atau malam sebab masaknya dah nak maghrib.Kira makan malam la kan..hihihi
Salam 1 Rejab 1445..Lagi 2 bulan kita akan menyambut Ramadhan...in shaa Allah
Sedapnya... nampak tebal isi cempedak tu.
ReplyDeleteBetul..isinya tebal
DeleteMasa baca tajuk tercari jugak mana durian bila tengok gambar pertama. Hihi. Rupanya cempedak tu nama durian.
ReplyDeletehihihihi....nasib baik baca...
DeleteTak besa lagi makan pulut dgn cempedak... Tapi nampak isi cempedak tu, gemoks nooo...
ReplyDeleteKeluarga kami memang hantu pulut...makan dengan aneka gu...hihihi
DeleteAduhai Mama Cella!
ReplyDeleteSelalulah kita terliur-liur kalau datang ke rumah Mama Cella.
Hehehe...Kalau Sabah ada buah tarap kan cikgu
DeleteMahalnya cempedak durian
ReplyDelete