Kuih orang lama...
Wajik Gula Putih .
Tak putih sangat sebab bila masak agak lama gula putih macam berkaremel sikit.
Masak wajik ni hari Ahad lepas.
Sebabnya anak jantan tu pi konvoi motor ke Memtakab ,& Temerloh..
Depa orang muda..Suka la advanture..
Dia dok update depa pi Mentakab..
Semata -mata nak makan kat sini...
Alah..alasan ja tu ..kan?
Kita ni makan garam dulu dari depa🤣
Orang kata makanan kat Pahang mahal..
Tapi macam ni punya nalla....
Tak sampai 20 ringgit pun.
Maknanya bukan la semua makanan kat sana mahal kan..
Tapi kalau makan ikan ikan liar yang exotic..sila la tanya harga dulu kan....
Kang masa nak bayar jangan lemah jantung pulak ...hihihi
Nak ceritanya...sebab tinggal saya sorang kat rumah....tu yang masak wajik secawan pulut ni..
Dah tinggal sorang tidak la kalut nak masak nasi lauk bagai..
Maka ...saya masak wajik secawan pulut.Sebabnya memang guna secawan sahaja pulut..
Teringin nak makan wajik gula putih..
Masa tengah masak,gulanya masih warna putih.
Dah kacau lama sangat...gula mula kuning macam nak jadi caremel dah...
Dah masak nampak warna sedikit gelap..Tapi sebenarnya tak gelap sangat
Dari secawan pulut tu ..dapat la wajikny satu bekas taufu fa ni
Wajik ni sebenarnya cantik sangat teksturnya..Berkilat dan berkaca pulutnya kesan penggunaan gula batu..Seperkara lagi..bila kita guna gula batu....wajik jadi bersakar cantik dan tidak melengas
Bila sejuk ia membentuk lapisa sakar @ dipanggil bunga gula dipermukaan wajik.Bila potong rentas akan nampak pulutnya jernih berkaca..
Rasa manis berlemak santan kelapa segar memang memancing selera orang tua macam saya....
Wajik Secawan Pulut yang cukup rasa lemak ma is dan berkilat.Wajik macam ni boleh bertahan selebih seminggu pada suhu bilik.Bila mencicip wajik ni seakan sedang makan halwa kelapa...
Biasa orang masak wajik gula melaka atau gula merah kan...
Tapi saya lebih menggemari wajik gula putih.Lagi lagi yang beraroma pandan atau aroma bunga mawar dan bunga melur.
Makan berreman kopi O pekat @ secangkir teh tanpa gula...memang mengasyikkan
Wajik Gula Putih (Gula Pasir) ni saya masak inspire lebih 2 dekad yang lalu daripada Allahyarhamah Dato' Zakiah Hanum...Ada saya ceritkan dalam posting
WAJIK GULA PUTIH...kat sini..
Al- Fatihah untuk Allahyarhamah..
Sesuai untuk nak buat dalam sukatan sikit
WAJIK PULUT SECAWAN..
1 cawan beras pulut- rendam 1 jam
1 cawan gula pasir putih
1 cawan santan pekat
1 ketul gula batu sebesar ibu jari
¼ sudu teh garam
1 helai pandan
1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak (aanggaran ½ jam)Biar sejuk
2. Dalam kuali masukkan santan,gula pasir,gula batu ,garam dan pandan.Masak hingga mendidih.
3. Bila mendidih,kecilkan api dan masak hingga pekat.
4. Masukkan pulut kukus dan kacau hingga kental dan menjadi sebuku
5. Sejukkan dalam bekas.
* Jika suka boleh maukkan pewarna pink swmasa masak air gula tu.Wajik akan jadi warna pink.
*** Untuk wajik pandan,boleh blend santan bersama 10 helai pandan untuk dapatkan 1 cawan santan pandan.Wajik jadi warna hijau dan sangat harum.
Dah lama tak ngadap wajik
ReplyDeleteJaman dulu2 kala selalulah jumpa
Kan ..
DeleteAntara sebab saya selalu juga madak wajik,agar anak anak akan terkenang suatu hari nanti dan mereka akan cuba masak agar tidak hilang ditelan zaman
Pahang makanan dia tak mahal pun... yg mahal kes terpencil...
ReplyDeleteKalau di LD, wajik dijual sebagai sarapan pagi. Tapi wajik gula merah.
ReplyDeleteWah....
DeleteBagus kerana mereka mengekalkan kuih tradisional sebagai pilihan
Kalau dulu time raya je jumpa wajik.. umi cella ni unik.. secawan pulut pun bole.. 🤗
ReplyDeleteBuat banyak macam tak ramai peminat...kita kecilkan kuantiti...hihihi
DeleteDulu sy tahu sejenis wajik jer yg warna gelap. Rupanya ada jugak wajik pandan dan wajik pink ya, tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeletekotamporari katanyağŸ¤
Delete