Tonyoh Ubi Kayu by Achik...
Balik Kedah sebelum Krismas baru ni Achik offer nak buat Tonyoh Ubi Kayu...
Huh suka la saya kalau bab makan ni..
Tapi ada syaratnya...
Kata Achik dengan syarat saya yang gali ubi .Achik kata dia rajin nak buat tonyoh ubi tapi tak rajin nak gali ubi..
Lagi satu syarat,Achik kata gali hanya ubi kayu kuning..baru sedap nak buat tonyoh..
Risau juga bak gali ubi tu sebab pokoknya besar.Takut ubinya dah gangut dan tak empuk...
Saya gali hanya 2 ketul guna cangkul
Bila menggunakan cangkul,terimbau la nostalgia lama...Dulu zaman saya anak dara sunti...halaman rumah wajib kena tarah rumput guna cangkul.Tanam bunga keliling halaman.Cangkul tu juga buat korek parit keliling rumah kalau time hujan,biar air deras mengalir,tidaklah membanjiri bawah rumah.Waktu hujan pula guna cangkul gali ubi kayu..ubi keledek dan ubi keladi buat rebus temankan homemade kopi tumbuk.
huis..kalau dilayan...rasa nak terbang kembali ke zaman itu..Tapi taknaklah kekal dalam zaman tu..Hanya sesekali sahaja seronok mengimbau....hihihi
Nasib baik ubinya masih elok .
Bila dikukus teksturnya liat sesuai namanya ubi pulut
Walau namanya ubi kayu dan hanya dikukus kosong tapi rasa dan teksturnya berbeza daripada ubi rebus.Yang membezakannya ialah ubi rebus terus direbus seketul seketul manakala ubi tonyoh disagat kasar.Kalau sagat halus pula dah jadi kuih talam atau boko ubi.Sebaliknya bila disagat kasar teksturnya seakan ubi gadung..
Bagi yang pernah makan ubi gadung boleh feel dia punya tekstur tu..
Rindu pula dengan ubi gadung..
Dah lama tak makan ubi gadung kukus...Kali terakhir makan
Dua kukusan Achik buatkan ubi tonyoh ni...ralit makan...
Walau hanya ubi dimakan dengan kelapa tapi sedap dia lain macam bila makan ramai-ramai
Dah lama tak makan tonyoh ubi ni..Beberapa tahun lepas saya pernah buat
Nampak sedap tu ..
ReplyDeleteSedap bagi penggemar ubi..cuba lah CC
DeleteFirst time CUya dengar makann ni.. makanan negeri mana ni?
ReplyDeleteMakanan Pantai Timur musim banjir katanya
DeleteAwat sy tak tau pasal Tonyoh Ubi ni? MC kena buat hantaq mai sebekas ni 😆
ReplyDeleteUbi gadung tu kalau salah buat, mabuk kan MC? Arwah mak sy suka ubi tu...
Hahaha...cer taip kat google...hihihi
DeleteBetul ubi gadung tu beracun hinggakan babi pun takut nak makan..tapi ada teknik menawarkan racunnya
mcm sedap je..mmg sesuai mkn masa cuaca sejuk²
ReplyDeletebetul...
DeleteWah, ada nama tonyoh ubi kayu pula. Belum pernah saya rasa ni.
ReplyDelete