Pengat Ubi Keling a.k.a Ubi Kemili..
Saya pun baru 1st time makan pengat ubi kemili ni..
Ubi Keling ni akan muncul dengan banyak bila hujung tahun dan awal tahun.Maklumlah ia agak lama nak beisi.Katanya setahun baru boleh tuai hasil....
Yang pasti tiap kali jumpa orang jual ubi keling ,biasanya pasti ada sekali jual KACANG POI ...
Kiranya ubi keling & kacang poi ni sahabat karib la....
Selama ni dok makan UBI KELING REBUS & selalu juga masak kari bersama ayam atau KARI IKAN + UBI KEMILI sedap sangat
Masak Pengat Ubi Keling..
Puncanya saya ternampak Mek Patani ...Salee tu masak pengat..Nampak macam sedap..Sayapun cuba..
PENGAT UBI KEMILI/UBI KELING
½ kg ubi kemili
1 kotak santan
¼ cawan sagu biji
1 cawan gula perang
( gula pasir light brown)
½ sudu teh garam
1 helai pandan.
1. Kikis kulit ubi kemili.Saya guna dawai kasar yang buat gosok periuk tu lagi memudahkan kerja mengikis kulit ubi keling ni.
2 . Ubi yang dah buang kulit tu direndam dalam air agar tidak lwbam warnanya
3. Masukkan ubi yang dah siao kupas tadi dalam periuk bersama 3 cawan air.Masak hingga mendidih dan ubi empuk.
4. Bila ubi empuk,masukkan sagu yang sudah dibasuh.Masak hingga sagu jernih.
5. Tambah gula,pandan dan simit garam.Masak hingga gula larut.
6. Masukkan santan kotak dan sesuaikan kepekatannya dengan menambah air secukupnya.
7. Sesuaikan rasa & boleh hidang panas atau sejuk.
**** Pengat @ bubur akan lebih pekat dan sedap jika dibiarkan beberapa jam selepas dimasak.
Sedap sangat pada tekak saya.
Kenapa selama ni tak pernah cuba masak pengat.. Balik balik rebus atau kari sahaja.
Lihatlah betapa cantiknya pengat ubi keling ni....hihihi
Terliur saya!
ReplyDeleteKalau ada ubinya boleh try Syaz
DeleteUbi kemili jenis yang berbezakah dengan ubi kemili yang pernah kami tanam?
ReplyDeleteKecik2 dulu selalu bantu Bonda tanam ubi kemili di kebun. Lebih kurang 3 bulan kemudian kami tuai hasil. Seronok sangat cabut rumpun kemili penuh isi. Lain spesies kemilinya kot.
Rasanya sama ja Cikgu...
DeleteOh,3 bulan dah boleh keluar hasilnya ya...Mak saya pernah juga tanam tapi dah lupa bila panennya🤭
Alamak sedapnya!
ReplyDeleteTolong pos ke rumah Cuya malam ni jugak ya... xD
Hahaha...dah habissss
DeleteTak besa buat pengat, nak try pun stok ubi keling ai dah habis. Telan yaq lioq ja la 😂
ReplyDeleteKena kelik Baling la PH oooo🤭
Deletemcm sedap je..suka jugak bab pengat2 ni.. emm yum yum
ReplyDeleteSedap MA...kalau ada ubinya try la sikit dulu kot kena dengan selera baru buat banyak
DeleteNi makan petang², syahdu ni Mak Ngah.
ReplyDeleteHarus la....hingga hari ni masih terkenang...mana nak cari ubi keling lagi niii
DeleteBiskut cream cracker nya tak de ke?
ReplyDeleteHahaha...teringat juga cream creaker tu..cuma nak feel makan dia saja..Tapi lepas snap caribjuga cream creaker tu...hihihi
Deletesaya haritu teringin juga nak buat bila tengok Salee tu masak,tapi duk fikir nak kupas satu2 jenuh,dia guna guni bawang kan...sbb dkt umah tak ada guni bawang terus tak jadi buat...hahaha alasan padahal campur dengan malas,teringin nak makan tapi malas nak buat
ReplyDeleteKan...saya pun nampak Salee masak tu yang jatuh teringin..Saya takda guni bawang..gosok dengan dawai berus periuk pun macam ok cuma kena hati-hati la..Jom la try Afzan
DeleteApa nama lain ubi keling tu eh? Ada tak?
ReplyDeleteAda yang panggil UBI KEMILI
DeleteKalau orang Jawa rasanya panggil KENTANG JEMBUT
Ubi ni la yang atok suka sangat tu 😂. Kitorang pegi johor pun ubi ni yang dikirim. Tapi xde rezeki. Takda kat sana. Belum musim kot.
ReplyDeleteAlaaa...kalau tau awal...boleh akak beli bawa balik...sekarang tengah musim...
Delete