Monday, 8 January 2024

MAKAN GULAI PANAS IKAN TEMENUNG

 Sebenarnya punca BALIK KEDAH KALI PERTAMA 2024 tu..


Achik dah whatsApp saya bagtau tak payah la balik kerana keadaan mak tak membimbangkan pun..


Tapi bila hari Sabtu awal pagi seuasai subuh mak call bagtau dia tak sihat.Biasa la kalau dah berumur ni..Nada suara mak tu mula la ....hihihi....So,takkan tak balik..

Lagipun kalau Sabtu Ahad kan saya cuti.Kalau saya balik dapatlah ringankan sikit Achik sebab Ahad kat Kedah kan hari bekerja.Takkan Achik nak ambil cuti pula  baru seminggu tahun baru 2024.Tu yang saya  decide balik juga Sabtu pagi tu.


Disebabkan hari Sabtu tu,saya sampai pun dah maghrib & nampak keadaan mak macam tak membimbangkan,saya decide tidur dulu lah🤭..Bertuah punya anak kan..!

Esok pagi iaitu pagi Ahad,saya pujuk mak ke klinik..Kalau balik naik bas Achik memang wakafkan King On The Road ni 🚗 kat saya...hihihi


Nasib baik nak nak pi...
Padahal dah berbuih mulut Achik pujuk mak ke klinik.Nak bawa ke klinik taknak.Achik dah masak memacam mak kata tak selera nak makan..tekak pahit.
Selama ni pun memang Achik & Pakcik yang banyak jaga mak berbanding saya..huhuhu

Alhamdulillah kata doc tekanan darah mak ok...tiada kencing mania dan penyakit lain.Jantung dan paru paru baik.Hanya sedikit lemah kerana mak kurang selera makan.Doc kasi vitamin 💊💊💊 sebeban stok untuk sebulan..Haa...jenuh makan!


Klinik favourite mak sejak sekian lama.Kalau pi klinik mana pun..at the end mak mesti nak ke sini jugak
Ramai orang,mungkin sebab Jumaat Sabtu kan cuti hujung minggu kat Kedah.Ahad dikira permulaan minggu..Klinik buka pukul 9 pagi & kami sampai pukul 9.10 pagi pun dapat nombor 20++ dah.
Dua kali  lena Zzzz la saya menyandar dalam klinik tu sementara nak sampai giliran mak...hihihi


Betul-betul seberang jalan bertentangan Hentian Bas Kota Sarang Semut Semalamnya tu hari Sabtu pun dah lalu bilamana bas masuk jalan lama..Eh,hari ni lalu sini lagi...


OTW balik dari klinik,mak cakap nak singgah makan kat Gulai Temenung..
Gerai tepi jalan...Jalan Pendang nak ke Kota Sarang Semut belah kiri tu.Tapi kami balik dari Kota kira dok sebelah kanan la..Gerainya celah pokok kelapa sawit.
Apa nama entah kampung ni..Kalau tak salah saya Kampung Bukit Choras.....Ke dah masuk Kampung Ko'bah gitu la.Dedulu jalan ni merupakan mainroad dari Penda g nak ke Alor Setar atau nak ke Sg Petani melalui Kota Sarang Semut.Sejak ada Tol Pendang,ramai dah guna PLUS lagi cepat.
PLUS tu dah lama wujud sejak tahun 90-an tetapi dulu tak boleh exit Pendang..Kena exit Gurun @ Alor Setar  sahaja.Kalau tak salah saya Tol Pendang tu dibuka 2007 ke macam tu la..Cari dalam Google pun tak jumpa  info..
Yang saya ingat,masa tu dok tengok pembinaan tol tu Cella  belum sekolah..


Kata mak lauk lauk kat sini pecah selera.
Kedutan ditangan mak makin jelas dimamah usia..Tangan yang membesarkan kami adik beradik hingga menjadi manusia.Semoga Allah merahmati mak...


Gulai Temenungnya sedap sangat. Ikan temenungnya segar dan terasa manis ikannya. Lauk lauk lain pun berasa masakannya .



Berselera mak makan..
Last last mak sendiri cakap belum makan ubat dah selera makan nasi!🤣🤣

Bungkus juga untuk Aqil sekali..
Saya suka view  warung tepi tali air & sawah padi.



Usai makan terus pi jemput Aqil dari sekolah..



Pi Tanah Merah nak beli kuih spera..takda pulak kuihnya..
Beli laksa lemak..

Achik balik kerja bawa balik pula 4 bungkus LAKSA DAPUR ARANG ...
Jenuh makan 



Saya rebus pulak Ubi Keling aka Ubi Kemili...Besar besar ubinya..Beli kat gerai buah @ Sungai Tiang

Sebelum maghrib...sempat juga pi mengai dalam parit dekat rumah Achik..Buat hilang ketagih..
Dapat 2 ekor ikan puyu.Sekor besar dan sekor lagi kecik


Besar betul ikan puyunya..

Sekali lagi minta Adah belikan tiket by online...Kali ini Adah belikan tiket Bas Pancaram Matahari..
Penumpang penuh...Semalam tu masa balik Kedah naik Bas Cosmic..Bagi saya Bas Cosmic terbaik..Bas Pancaram Matahari pun bagus..beberapa syarikat bas lain pun setakat ini bagi saya bagus.Kecuali jika takda keperluan mendesak saya akan elakkan satu syarikat bas ni  (taknak sebut nama tapi saya warna merah)..
Dalam banyak banyak bas ..bas tu murah beberapa ringgit berbanding bas lain..tapi beberapa kali naik..beberapa kali juga dapat pemandu 👎..Sombong..angkuh dan menggunakan bahasa kasar bila berurusan dengan penumpang..Kalau tak terdesak ..tak nak saya naik bas tu...huhuhu


Stesen Bas Ekspres Pendang bersebelahan stesen minyak Petronas...view waktu malam..
Weekday agak sunyi...Kalau weekend & musim cuti meriah dengan manusia.

Pukul 10 malam bertolak balik KL


Lebih lurang 4.30 pagi selamat sampai TBS...Alhamdulillah.



Home sweet home..
Pukul 5 pagi @ jendela..
Sempat juga curi masa rebahkan badan sementara nak mandi dan bersiap pi kerja...
Tidak lah apply cuti memandangkan  baru seminggu mwmasuki 2024..
Apapun Alhamdulillah,tidaklah penat pun .cuma sedikit mengantuk..


18 comments:

  1. Semoga emak sembuh sepenuhnya.
    Eh..eh ehhhh sempat mengail dia ye!

    ReplyDelete
  2. biasa la mak2 kan memang liat nak pi klinik. semoga cepat sihat maknya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... mak nk bermanja je ni... happy bila tgk org tua kita selera mkn kan... semoga makcik makin sihatlah hendakNya

    ReplyDelete
  4. Sihat² selalu ye Makcik 🤲
    Lama tak dengaq org sebut Choras & Ko'bah tu hehe...
    Ikan puyu tu buat masak apa MC? Sedap ikan fresh, hasil tangkapan sendiri pulak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,PH pun tau ya Kg Choras & Ko'bah..hehehe
      Ikan tu saya lepaskan semula ke ltali air....hihihi

      Delete
  5. Alhamdulillah... Anak solehah, dapat luangkan masa dengan mak. Moga bertambah rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn ....terima kasih..doakan saya jadi anak soleh

      Delete
  6. Mak tu sebenarnya rindu.....

    Cantik pulak view kedai makan tu, gulai termenung pun nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try ni SK...exit tol pendang...rasanya tak sampai 10 minit dah sampai sini

      Delete
  7. moga mak sentiasa sihat..ke mak nak makngah pindah duduk Kedah kot...

    ReplyDelete
  8. moga cepat sihat mak.. aminnnn!
    uishhh besaq jugak ikan puyu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn....memang rezeki dapat yang besar...selalunya besar 3 jari gitu ja..Tapi tu lah ..akhirnya saya lepaskan semula sebab takdan nak siang masak bagai

      Delete
  9. Sedapnya gulai temenung. Kita suka ikan temenung, tapi tu la..dah beberapa kali beli asyik salah je. Yang dibelinya ikan mambung 😂.
    Moga mak cepat sihat dan selera makan bertambah ok.

    ReplyDelete
  10. Semoga mak akak terus sihat ye...geram tengok ikan puyu tu...besar...fav Pak Zain dan anak- anak dia tu...

    ReplyDelete