Monday, 1 January 2024

AQIL DATANG KL

Selamat Tahun Baharu 2024..Semoga tahun ini lebih baik untuk kita dan seluruh saudara kita seantero dunia..

Selamat berhujung minggu yang lanjang(Sabtu,Ahad & Isnin cuti tahun baharu 1 Januari)

Rezeki untuk kebanyakan warga Malaysia..minggu lepas pun cuti  hujung minggu panjang kerana berkembar dengan Krismas 25 Disember yang juga jatuhnya hari Isnin.



Selepas bercuti di Kedah 4 hari,saya balik KL pada hari Sabtu 23 Disember saya & Adah balik KL..ajak Aqil sekali ikut balik KL sebab dia masih cuti sekolah.
So,ni cerita 23 Disember..

Anak jantan nan sorang tu bawa Aqil jenjalan naik LRT...
Naik LRT untuk kali terakhir 2023
Kalau naik lagi.lepas ni dah lain tahun dah..


Anak jantan tu juga melayan Aqil bawa Aqil  meronda  &merasa naik bas percuma(Smart Selangor)..
Kalau zaman kita dulu,nak kemana-mana naik bas tu perkara biasa .
Zaman depa la ni lahir-lahir naik kereta..Naik bas pula jadi satu pengalaman baru.

Tahun  2024 ni Aqil akan  melangkah ke sekolah menengah dah...Tapi bulan Mac nanti la..Naik sekolah bulan Januari ni masih sekolah rendah ...Untungnya la pulak depa dalam 1 tahun boleh sekolah rendah dan menengah..
Dulu  awal 90-an generasi masa tu sempat juga merasa macam ni.Kalau tal salah saya masa tu PMX sekarang ni jadi Menteri Pelajaran.
Sekolah style universiti..dikira semester dan bukan penggal macam kebiasaan.
Permulaan sekolah pada bulan Disember bukan Januari 
Lepas tu dah tak ingat tahun bila kembali normal sekolah bulan Januari.Eh,lepas PKP Covid...eh,sekolah start bulan Mac pulak...
Patutla semalam 31 Disember budak sekolah excited nak sambut tahun baru berbanding bersiapan ke sekolah..
Katanya mungkin 2025 baru kembali normal semula sekolah start Januari 
Wallahua'lam...




Dengan sisa cuti sekolah berbaki seminggu pada minggu lepas..Aqil dapat la ronda KL sat & ronda Selangor sat sambil mengambil peluang menimba sedikit pengalaman naik pengangkuta awam.
Aqil kata abang sepupunya ni bawa dia jenjalan sampai Mesir...hihihihi..
Nasib baik takda Sungai Nil...hihihi


Bawa Aqil pi jemput Cella kat UPM..


Nak belanja Aqil shoping coklat kat Beryl's ..sayangnya  3 hari di KL memang Beryl's tutup sebab Sabtu Ahad memang tutup weekend.Isnin pula sebab public holiday..Krismas.
So,tengok ja la kilangnya dari luar..Tak dapat la menyoping..


Aqil kat KL tak lama..Hanya 3H2M....
Bersambung........




13 comments:

  1. 3H 2M tu lama jugak... macam2 tempat boleh ronda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hakikatnya 1½ hari ja..
      Sabtu separuh hari perjalanan..Ahad ja penuh..Isnin ,pukul 3.30 pagi dah gerak ...hihihi

      Delete
  2. lain dah rupa Aqil...dah anak jantan sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bujang teruna..tapi makngah selalu iht Aqil masih kanak-,kanak

      Delete
  3. setuju sgt.. budak skrg ni naik bas pun jakun... apatah lg teksi yg merah kuning tu... jalan kaki sekolah pun mereka x percaya yg memang tiap hari ayah ibu buat

    ReplyDelete
  4. wahhhh sampai Mesir ye hehehe

    ReplyDelete
  5. satu umur ngn aiyan ye aqil ni....

    ReplyDelete