Juadah iftar saya semalam 10 Rejab 1445.
Semalam tengok dalam group tempat kerja ,depa pakat buat Laksa Kuah Mentah.Dari Ahad malam depa dok riuh dalam group kata Syahir bawa laksa fly KT-KL...
Syahir hanya bawa homemade laksa dan kuahnya akan disediakan pada pagi Isnin.Depa kata nak buat Laksa Trenggganu versi kuah mentah,tak perlu masak.
Semua teruja nak mencuba,tapi saya tak join sebab kebetulan semalam sangat bz & saya pun puasa.
Mula mula kena sediakan laksa..
Biasa kalau masak laksa,saya akan buat kuah dulu sebab masak kuah beberapa jam awal baru sedap .
Tapi sebab Laksa Kuah Mentah ni kita tak payah masak kuahnya,maka kita sediakan laksa dulu.
Walau beli sekilo tapi saya hanya guna 2 ekor sahaja. 2 ekor ikan selayang bokeh makan 2-4 orang yer!
KUAH LAKSA MENTAH(4-6 orang)
½ pack laksa kering- rebus dan toskan
½ cawan cili boh( masak hingga mendidih dan pekat)
Ulaman:
taugeh
kacang panjang
pucuk serai kayu
timun
daun kemangi/selasih
Limau nipis
*Belacan
Bahan Kuah:
4 ekor ikan selayang besar
3 asam keping
½ kg santan segar(wajib guna santan segar)
Garam
Limau nipis
bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
1 ketul kecil halia
1 sudu lada hitam biji
Cara Buat Kuah Mentah:
1. Ambil isi ikan selayang dan tumbuk lumat.Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar,letak bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan santan dan perisakan dengan garam dan limau nipis biar seimbang
4. Sesuaikan kepekatan dan rasanya.Siap dihidang bersama laksa.
* Cara makan
-Letak laksa dalam pinggan dan letakkan ulaman yang dihiris halus.
-Siram kuah mentah dan gaul rata dengan laksa dan ulamannya.
- Ambil sedikit belacan dan lenyekkan bersama dalam laksa yang dah berkuah tadi.
- Kalau nak pedas,masukkan sikit cili boh yang sudah dimasak.
Labih feel makan dengan menggunakan tangan
** Laksa ni kuahnya tidaklah tahan lama kerana menggunakan santan yang tidak dimasak..
Eh,lupa letak daun selasih
Jangan lupa secubit belacan dan cili boh
Gaul dengan tangan dan suap penuh selera...
Elok azan maghrib berkumandang....kita curahkan kuahnya...
Masya Allah......sedapnya....
Rasanya masih sama macam saya pernah buat dan makan satu ketika dulu
Sebenarmya saya pernah buat Laksa Kuah Mentah ni hampir 20 tahun yang lalu...Masa tu saya tengok satu program kat TV tapi dah lupa apa nama program tu..
Kalau tak silap dihoskan oleh Chef Ismail
( owner Restoran Rebung)..
Tapi yang saya tonton dan yang saya cuba buat tu menggunakan ikan selayang yang dibakar.Isi ikan bakar tu lagi harum dan sedap.
Lain kali nak cuba lagi buat versi ikan bakar ni
Oh, makan dengan tangan lagi feel tu tapi sy kurang gemar sbb nanti jadi comot, hihi. Pertama kali tahu ada laksa kuah mentah. Kilang laksa eka tu dekat dgn rumah my mil.
ReplyDeleteWh..kilang laksa tu ok tak SK?ðŸ¤
Deleteterima kasih kakakku...laksa Eka ni macam tak pernah jumpa ditempat saya nak kena cari di shopee la gayanya..
ReplyDeletesedapnya laksa kuah mentah ni terasa manis ikan dan santan segar walau tak letak gula kan..kalau dikampung dulu perah kelapa guna air suam tapi sekarang beli santan segar saya panaskan juga sekejap atas dapur
Oh...tempat Afzan pun ada ye kuah laksa versi mentah ni
DeleteKena baca yg lable laksa halus sbb kalau tengok dengan mata kasar nampak macam bihun kasar.
Pertama kali tau kewujudan laksa kuah mentah ni.
ReplyDeleteMakan lagi laa tak pernah.
Jom try.....
DeleteMacam saya pernah makan... di rumah kawan di Kelantan 2019 dulu.
ReplyDeleteOh..kat Kelantan juga ada kuah versi mentah ni yer cikgu...
DeleteSokmo dok makan laksa kuah putih macam kuah laksam tu tapi versi masak la
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteterima kasih wak
Deleteaduhai rajin nya akak..kalau SA ni x tau berapa jam baru siap ni...nampak sedap..x pernah makan laksa jenis ni
ReplyDelete