Tuesday, 16 January 2024

SUP DOMBA + LOBAK

 

Sup Domba..
Haaa...siapa yang suka mengadu domba tu,mai makan sup domba ni...


Berlemak la....
Empat keping daging domba..Labelnya mempunyai maklumat... domba  dari Australia.
Heee...domba tu nama lain bagi biri-biri.Saudara kita di Nusantara mengenali biri biri itu sebagai domba.
Lemak tu yang best.Ni bukan lemak yg jenis kita masak dia jadi minyak lepas kita makan melekat kat tangan dan bibir tu.Yang tu kena buang.
Lemak jenis lemak putih yang  ni kalau dah masak dia takkan hancur tapi dia lembut dan lunak.Siap boleh kunyah.Yang jaga badan jangan makan..Saya jenis jaga perut..wajib makan🤣


Masakan sup macam ni saya suka ratah sambil hirup kuah..Selera saya lebih kepada nasi dengan lauk lauk jenis  kering.Tapi anak anak suka  masakan berkuah.



Kalau sup macam ni,saya akan isikan sorang semangkuk.Ikut lah sapa nak makan macamanapun ..masing masing mangkuk.


SUP DOMBA+ LOBAK

600 gm kepingan domba(boleh guna daging lain juga)

1 batang lobak merah

1 batang lobak putih

2 ketul kentang kuning

Minyak,perisa,daun sup

1 sup bunjut


Bahan Tumis:

1 labu bawang Holland- hiris

3 bawang putih- cincang

1 ketul halia - dimayang

1 sudu rempah soto( serbuk)



1. Panaskan sikit minyak dan tumis semua bahan tumis.

2. Masukkan daging dan air rebusan.Masukkan juga sup bunjut

3. Tambah kentang dan kedua dua lobak yang dipotong besar.


4. Masak hingga mendidih dan semua empuk.


5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup.

* Saya lebih suka tambah jus limau nipis + cili padi ketuk.Tapi saya tambah dalam mangkuk sendiri la sebab ikut citarasa sendiri.


Saya rebus dulu daging domba bersama 5 ulas bawang putih ketuk dan seketul halia juga diketuk.Bila mendidih, buang busan dipermukaanya..



Tumis bahan tumisan hingga harum


Masukkan daging domba yang sudah direbus..


Masukkan juga stok rebusannya



Terus masukkan,ketulan kentang dan lobak putih.



Begitu juga dengan carrot.



Masak hingga mendidih dan semuanya empuk.


Perisakan dan tabur dengan daun sup yang dihiris


Sup domba panas siap disajikan



Sesuai dihirup panas panas & kentang,lobak merah dan lobak putih sudah cukup mengenyangkan.
Makan dengan roti putih pun sedap.Kalau masukkan pasta pun menyelerakan...
Makan Sup Domba perut kenyang 
Kalau mengadu domba lama kelamaan kawan hilang....
 

12 comments:

  1. mmg x perlu potong ke domba tu kak? dah mcm marah je ni "haaa ambik ko sedomba terus" hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja tak potong sebab nak puas gigit...hihihi

      Delete
  2. Pertama kali tahu biri² dipanggil domba. Ingatkan ikan lomba² 😆

    ReplyDelete
  3. zalim sungguh ko kak, terliur nengoknya

    ReplyDelete
  4. lemak tu kalau goreng kunyit sedap juga kak..tambah hirisan bawang holland dgn cili besar,makan nasi panas renjis kicap sikit...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..boleh bayangkan mangkuk makngah mesti supnya rasa masam² pedas.

    ReplyDelete
  6. uishhhh ini kalu cicah roti putih ni perhhhhh~

    ReplyDelete
  7. Saya pun nak mengadu domba di sini.... terliur tengok semangkuk domba sup panas. Cecah dengan roti, alangkah nikmatnya makan di kala sejuk-sejuk hujan!

    ReplyDelete