Antara comfort food saya...
Dari zaman kanak-kanak seingat saya...kalau mak masak gulai (kari)ikan...esok pagi mak mesti buat coq kembong cicah ngan kuah gulai tu...
Memang mak akan lebihkan kuah semata mata untuk cicah coq kembong esoknya.
Tapi anehnya coq kembong ni hanya valid cicah gulai ikan..Kalau gulai daging atau ayam takda pulak mak nak buah cicah coq kembong ni..Saya pernah je try cicah ngan gulai ayam dan gulai daging tapi tak boleh menandingi gulai ikan...
Pada tekak saya gulai ayam dan gulai daging lebih sesuai cicah roti xanai atau lempeng kelapa....Kalau coq kembong nak kena juga gulai ikan....hihihi
Petang tu bancuh tepung nak buat buat coq kembong...
Tak boleh nak tunggu pagi dah....teringin...
Tapi sebab petang tu dah ke Putraloka Putrajaya...tak jadi goreng. coq kembong tu..
Maka kembali kepada tradisi keluarga.....ada kuah gulai
Buat coq kembong ..
CUCUR KEMBONG
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng
1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10- 15 minit supaya adunan sedikit mengembang..
JANGAN perap lama sangat.
Cuma lately ni cucur kembong saya dah tak sekata macam dulu.Dulu saya buat elok je bolat bolat ...Lani memacam bentuk dah senget benget bentuk dah...
Sebiji demi sebiji susur kembong dicelup dalam kuah gulai dan dikumyah lerlahan.Auto,dalam kepala ni bayanganasa lalu zaman kanak kanak bermain difikiran.Terbayang berebut coq kembong dengan Achik dan Adik Jantan tu...Seakan ternampak sepeiring coq kembong yang mak dah asingkan untuk ayah..Jangan sesuap berani usik...Ayah akan makan kemudian dari kami semua.Gelas ayah juga tiada siapa berani usik.Kadang teringin nak minum dalam gelas yang ayah minum tu.Dek kerana nak tahu sangat apa keistimewaan gelas tu,pernah sahaja curi cuti guna gelas ayah masa ayah tak ada kat rumah...Biasa jer🤣.sama je rasa airnya...Tapi menggigil jugak la masa nak cuci takut pecah...kantoi kang🤣
Tak tau kenapa ayah jarang nak makan bersama kami...Baik coq kembong,baik lauk pauk...
Kalau coq kembong,kadang kita dah makan habis,baru ayah makan....Walau dah makan tapi bila nampak ayah makan dengan nikmat coq kembong cicah gulai...sebiji demi sebiji tanpa gangguan...tanpa rebut ....rasa terliur dengan harapan ayah makan tak habis,..Tapi kalau tak habis,ayah akan simpan coq kembongnya tutup dengan piring..Tak ada sapa berani usik..macam ada harimau menjaga coq kembong ty🤭mak akan asingkan untuk ayah...Kami bersama mak makan dalam satu bekas...lauk makan bersama semangkuk gulai dan jika ada ikan goreng pun sama.Jika ada 3 ekor ikan goreng..Dua ekor mak simpan untuk ayah...Sekor kami makan bersama mak.Biasanya mak makan kepala ikan sahaja...Hingga sekarang mak masih suka kepala ikan
Kata mak asbab dulu dok makan kepala ikan sahaja sebab isi ikan bagi anak-anak makan isi😭 .Kasih seorang emak kepada anak anak ..tiada syarat..!!





No comments:
Post a Comment