Thursday, 18 June 2026

SELAMAT BERSARA TIGA SAHABAT

 Memasuki usia yang  dah banyak ni...dapat melihat dan meraikan orang demi sorang rakan sekerja dah memasuki fasa bersara...

Bulan April hari tu Kak Muzd bersara...Dapat bersama meraikan bila ada surat jemputan dari tempat kerja lama.Nasib baik majlisnya hari Jumaat .Walau agak lambat saya sampai tapi Alhamdulillah dapat juga berjumpa ramai kawan-,kawan bukan sahaja yang masih bekerja di sana tetapi juga rakan rakan yang dah bertukar tempat kerja,berlainan jawatan dan ada juga yang sudah bersara...


Bulan Jun...En Hedzir....Macam 40-an kan...Orangnya masih sihat bersemangat..tak nampak 60 kan....
semoga Allah mudahkan urusan beliau untuk menghabiskan sisa sisa hayatnya  bersama keluarga di Perak ...



Kak Zam....pun bulan Jun...Sama minggu depa dua orang tu...Kak Zam Selasa..En Hedzir Jumaat....Depa diraikan bersama atas satu pentas pada hari ya g sama..



Tersama tema warna dengan Kak Zam..pink...hihihi
Alhamdulillah,dapat excuse untuk menghadiri majlis persaraan depa berdua.Mujur juga majlisnya serentak...

Majlisnya hari Selasa...
Isnin tu baru naik kerja cuti Raya  Haji...
Dapat surat jemputan pun by email....
Tak sempat nak beli hadiah special...






Beli coklat sahaja sebagai cenderahati untuk depa....
Untuk En.Hedzir...
Sebenarnya dapat jemputan Majlia Kak Zam sahaja...Tapi bila baca tentatif majlis nampak nama En Hedzir juga ada....Kebetulan ada papaer bag kat meja kerja saya....
Dekat tempat kerja ni juga ada pasaraya...Sebelum ke sana singgah pasaraya beli coklat ni lagi sebekas dan masukkan ja dalam paper bag....


Untuk Kak Zam pun sama...
Coklat yang sama juga...cuma beli sehari awal kirim kat Cella dia pi IOI Mall ...kat orang pompuan kita boh la dalam beg ni..



Coklat penyelamat...Walaupun patutnya orang bersara bagilah cendera hati yang special sikit kan....Sebelum tu terfikir nak ke kedai bunga tempah jambangan ros merah...tapi tapi t

kelam kabut apa entah ..tak sempat... dapat jemputan pun sehari sebelum ..Hanya ini sahaja penyelamat...Tak apa la kan.....asalkan tidak pergi dengan tangan kosong kan....


Melihat rakan-rakan sorang demi sorang bersara....perasaan bercampur baur.Nampak depa semua sihat ceria dhari persaraan ...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,jiwa yang tenang dan dapat sampai ke garisan   akhir perkhidmatan  dalam kemenangan  dan kebahagian meniti usia persaraan nanti..Juga sepanjang perkhidmatan yang masih berbaki ...banyak tahun lagi ni...🤭


No comments:

Post a Comment