Tuesday, 30 June 2026

HAPPY BIRTHDAY CUCUNDA SARAH

 Kebelakangan ni terasa jadual kehidupan semakin tidak tersusun.Caca marba dan dan hilang rentak...Salah diri sendiri sudah tida pandai menyesuaikan diri dengan putaran siang malam 24 jam.Agaknya kalau Allah jadikan siang malam 50 jam pun tetap merasa ridak cukup...hihihi



Semalam  29 Jun 2026 ,ulangtahun ke-2 kelahiran cucunda saya,Sarah Miqayla...
Beza umur lebih kurang  dua minggu ++ dengan  HAMZAH.....cucunda Cikgu Amie

Kalu tahun lepas 1st BIRTHDAY SARAH ,SAMBUT KAT SICRET RECIPE TAWAU..kerana kebetulan saya dan Cella ke Tawau...Masa tu sarah baru pandai jalan selangkah dua...Sekarang dah pandai berlari tak terkejar dah Tok Mummy....mulutnya juga dah macam bertih goreng...petah berceloteh yang kadangkala membuatkan dia give up kerana kita yang tak faham apa yang dicakapnya ....hihihi


Tahun ni,Alhamdulillah birthday Sarah @ Rebung 2 Putrajaya.Mummy Sarah yang  areange sambutan mini  dan belanja  keluarga kecil kami makan...Sayangnya ayah Sarah tak dapat serta kerana terikat dengan tugas di luar.Sambut awal sehari dari tarikh sebenar..Sepatutnya 29 Jun tapi kerana 29 Jun jatuhnya hari Isnin..Maka,Mummy Sarah pilih 28 Jun iaitu sehari lebih awal kerana 28 Jun hari Ahad...semua cuti ..


Meja untuk keluarga kecil kami menyambut birthday Sarah.....@ Rebung 2 Putrajaya



Asslnya dapat meja  panjang depan cashier  & bila request nak m3ja nampak view tasik,pihak Rebung 2 tk dapat penuhi kerana tempahn last minutes...& ruang tengah yang mengadap tasik dah full house!



Tapi nak jadi rezeki Sarah....
Masa on the way ke Rebung 2 tu ..Adah cakap staf deco bgtau dapat meja  bulat besar yang ada view ni...
Alhamdulillah
😍😍😍




Uncle Haikal juga datang dari Sunway bersama sekotak toy"R"us...Happy Sarah dapat berjumpa Uncle Haikal.Mulut pelat sebutan tak henti menyebut "Uncen"..


Malam Jumaat ...iaitu tiga hari sebelum birthday..Saya hadiahkan sepasang telekung comel ni kepada Sarah.Asalnya nak jadikan hadiah birthday bersama set bag pack kanak-kanak.Tapi menegenangkan malam tu malam Jumaat...malam penuh berkat...baiklah pakaikan Sarah telekung tu agar dia dapat bersama ikut bersolat.Sebelum ni Sarah sangat suka ikut ikutan bila nampak kita solat.




Bebunga hati Tok Mummy bagaikan bunga pada telekung Sarah juga bila melihat cucunda nan sorang ni menunjukkan kecerdasan mengingat dan mengikut bila diajar sesuatu...



Benarlah sebutan menjadi doa
Bila pakaikan telekung tu untuknya....kemain excited dia menggayakan solat siap dengan takbirratulihram & mulutnya syy..syyy..syy seakan menbaca surah sebagainana dia nampak perlakuan orang bersolat...
Kemudian bila di suruh berdoa...disebut-sesebut diseru seru ayahnya....

Mungkin berkat doa Sarah dalam "solatnya" sejak malam Jumaat menyeru  ayahnya...tengah malam tadi ayahnya surprise dapat balik 



Semoga Allah kurniakan kepada cucunda Sarah,umur yang panjang lagi berkat,fizikal yang cergas,akal yang cerdas.Menjadi anak soleh penyejuk hati ayah dan mummynya...menjadi hambaNya yang taat berjasa kepada agama,negara dan juga kepada orang lain.🤲🤲🤲🤲


5 comments:

  1. Selamat Hari Lahir yang ke-2 buat cucunda Sarah Miqayla! 🥰 Alhamdulillah, rezeki Sarah sangat dapat tukar meja bulat besar siap ada view tasik yang cantik kat Rebung 2 tu. Semoga Sarah membesar dengan sihat, cerdik, dan sentiasa menjadi penyejuk hati Tok Mummy, Mummy, dan Ayah. Amin yra

    ReplyDelete
  2. Geram tgk keletah dia....Happy Birthday Sarah..

    ReplyDelete
  3. semoga Sarah Miqayla membesar dengan baik, jadi anak yang mendengar kata, yang cerdik yang sihat...semua yang baik2 jelah untuk kamu.

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir cucunda sayang...moga sentiasa sihat,ceria selalu,moga yang baik2 semuanya untuk Sarah Miqayla
    sekejap je masa kan kak,cucu dah 2tahun..rasa macam baru je lagi

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah comelnya Sarah 😍
    Pantas masa berlalu, macam baru je lahir tiba-tiba dah pandai berjalan.

    Semoga Sarah membesar dengan baik, dalam lindungan Allah sentiasa.

    ReplyDelete