Isnin baru ni dah masuk 1 hb Jun 2026...masih dalam mud cuti dan mud raya walaupun Zulhijjah dah masuk hari ke 15 Zulhijjah 1447H ..Ramai masih betcuti hingga Selasa..Cuti Raya Haji bersambung Wesak dan YDPA..
Pepagi lepas subuh,teringat nak keluarkan segala pinggan mangkuk dari dalam bilik mak kat rumah saya ni nak basuh dan susun semula.Pibggan mangkuk ,cawan teko semuaberhabuk kerana rak tak bertutup.Kabinet dapur pula hanya setingkat.Taktau nak simpan pinggan mangkuk kat mana.Nak buat kabinet baru belum ada modal..Tunggulah semoga Allah panjangkan umur dapat menikmati persaraan dan Allah bukan hati saya serta izinkan balik dok sini & semoga Allah lembutkan hati saya jadi anak yang baik kepada emak.Tahu hati ni keras,gagal jadi anak yang baik kepada emak..tapi jauh didalam hati selalu berdoa agar mak tak kecil hati dan akan selalu memaafkan saya anak yang banyak dosa ni..
Eh,melalut apa ni..?Lain nak cerita,lain pulak mykaddimahnya...hihihi
POk ceritanya,saya sengaja tak masak dan tak beli brekfast kerana nak makan kenduri.Selalunya saya akan makan dulu sebelum pi kenduri,tapi kali ni saya nak biarkan perut kosong kerana dari pengalaman,kenduri kat Kampung Bechah ni sedap sebab depa akan sembelih lembu sendiri dan masih mengamalkan gotong royong masak sendiri.
Nampak macam khemah 2 buah sahaja...tapi bila dah masuk....nun tersembunyi beberapa khemah di balik rumah
Khemah belah dalam....yang tak nampak dari jalan tadi
Lhemah simple ja takda scalop bagai tapi jemputan punyalah ramai mrlimpah limpah.Nasib baik kami dapat juga tempat duduk
LMenu lauk paling simple..Gulai daging + kentang,ulaman..ikan masin goreng dan sambal belacan Hanya itu menu lauk..Tapi dia punya sedap rasa nak menambah tau!
Pakkal jer rumah kenduri...hihihi.
Taktau depa tumbangkan sekor atau 2 ekor lembu tapi semua daging tu depa hanya masak gulai.Setiap stesen buffet tu ada 2 tray besar gulai yang menimbun dagingnya Sambal belacan dia saya rasa ni la yang paling sedap kat alam maya(🤣 melampau tak?)
Sepanjang sejarah saya makan kenduri di kampung ni sejak zaman kanak-kanak tak pernah tak sedap.Tak tau apa rahsia tukang masak kampung depa.Semua yang dimasak dari dulu hingga kini kalau makan kenduri kampung depa sedap sungguh..Pernah juga makan kenduri kat kampung ni depa masak Nasi Daging .Nasi dimasak bersama ketulan daging dan dimakan bersama air asam tomato kerisik.
Seingat saya sekitar tahun 90-an kalau kemduri kat kampung ni khemah makan lelaki dan wanita di asingkan. khemah wanita dipasang tabir/langsir memisahkan khemah lelaki dan wanita.Sekarang macam dah takda lagi
Zaman kanak-kanak masa sekolah rendah saya dah damiliar dengan kampung ni kerana banyak masa saya di kampung ni kat rumah Maklang iaitu kakak mak.Kadang balik Saya pun tak ingat kenapa saya banyak dok rumah Maklang..pi sekolah dari rumah maklang..balik sekolah pi rumah maklang..makan minum situ dan banyak juga masa cuti sekolah dok rumah maklang.Tapi itu semua sebelum Achik bersekokah dan selepas saya darjah 2. Darjah 1 dan dua kat kampung..sekokah atap rumbia tu.Darjah 3 dan empat la saya banyak dok rumah maklang sebab kampung ni tak jauh sangat dari sekolah induk kat Charok Kudong.Masih saya ingat ada satu ketika masa saya darjah 3,ada sorang senior darjah 4 iaitu Teh sampaikan pesan kat saya masa di sekolah,Teh ni asalnya jiran kat kampung lama tapi masuk darjah 3 dia dok ngan tok dia di Kampung Bechah kerana mak bapak dia dah pindah ke felcra Sungai Siput.Teh darjah 4 sekolah sesi petang.Saya darjah 3 sekolah sesi pagi.Masa saya habis sesi pagi pukul 1..Teh datang jumpa bgtau Maklang saya pesan,balik sekolah nanti pi dok rumah Long Jar iaitu tok kepada Teh sebab Maklang takdak kat rumah.Maka balik sekolah,saya pi la menumpang rumah Long Jar iaitu tok kepada Teh.Kebetulan pula sebelah rumah Long Jar ada kenduri kahwin. Saya masih ingat kenduri tu rumah Long Mbot namanya.Menunya gulai daging dan nasi santan.Itulah kali pertama saya jumpa menu nasi santan dan bila makan dengan gulai dahing sedap yang amat.Saya tak pernah jumpa nasi santan di tempat lain.Warnanya seakan puple lilac dan baunya harum serta rasa yang berlemak masih saya invat hingga kini.Cuma bila dah dewasa baru saya dapat relatekan ..rupanya itu macam nasi lemak tapi sebab dimasak dalam kawah,maka warnanya jadi purple lilac macam warna buburasyur masak dalam kawah.Kenapa depa tak sebut saja nasi lemak? Kenapa namnaya Nasi Santan?
Saya pun tak tau...tapi apa yang boleh saya buat andaian ialah sebab kat Kedah nasi lemaknya ditumis dan warnanya kuning dan tak guna santan Kalau yang selalu baca coretab cerita saya dalam blog ni pasti familiar dengan nasi lemak Kedah .Antaranya
NASI LEMAK KUNING... dan kalau google basi lemak kuning...akan jumpa itulah nasi lemak bagi kebanyakan orang Kedah dulu dulu.
Sebab tu bila masak nasi dengan santan...dipanggil nasi santan.
Cuma sekarang.generasi muda dah dah ada pilihan dua nasi lemak...Nasi lemak putih yang bersantan dan nasi lemak kuning versi ori Kedah ya g masih lagi valid hingga kini.Kalau berkunjung ke Kedah boleh la cuba nasi lemak kuning ya g biasanya dibusanya dijual siap bungkus dengan surat khabar.Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar adalah memang terkenal dan biasanya dijual sebagai sarapan dan juga makan malam.Cuma sekarang surat khabar tu dah digantikan dengan kertas plan warna putih tanpa tulisan atas faktor kesihatan.
Panjang cerita meleret leret ...Kadang apa yang saya catatkan ibi lebih kepada memindahkan memori yang penuh dalam kepala saya ni🤭🤣.Bila full storagesaya pindahkan ke blog dalam bentuk catatan....
So,kalau rasa panjang sangat,penat nak baca...skip jer kerana lagi banhak saya tulis lagi banyak typo🤣🤣🤣🤣🤣
Sambung cerita kenduri...
Side dish haruslah ada mihun sup utara sebab depa kan sembelih lembu.Bahagaian tulang depa akan masak sup..buat mihun sup utaraa kiah merah.Makanan Kedah ni banyak warna kuning kan....nasi lemak kuning...mihun sup kuning...coq udang kuning...hihihi
Juga afa coq udang kuah kacang yang sedap....apam balik,laksa dan kuih muih
JKuih kuih pun nampak sedap tapi kami dah kenyang makan nasi...hihihi
No comments:
Post a Comment