Friday, 24 July 2026

BUBUR NASI : SESEKALI LAYAN SEDAP JUGA


Bubur nasi selalu dikaitkan dengan makann orang sakit kan...
Tapi yang sihat pun sesekali sedap juga ni...



Rasanya macam 1st time( taktau la kot sebelum ni pernah tapi saya yang lupa ..hehehe)saya cuba masak bunur nasi menggunakan lebihan nasi biasa.Tambah air dan masak semula sambil dikacau kacau...

Selalunya saya memang masak.bunir nasi guna beras terutama beras wangi untuk dapatkan  bubur yang pekat berkrim.

Masak bubur nasi me ggunakan lebihan nasi ni pada saya boleh la sebagai altenatif nak cepat & nak elak pembazkran .Kalau dari segi rasa ..saya lebih sukakan bubur nasi beras wangi yang dimasak menggunakan beras



Condiment pun ala kadar sahaja..
- ikan bilis goreng
- Sayur kobis
- Kacang tanah 
- Daun sup
- Limai
- Garlic Chilly Oil



Gini la rupa bila dah gaul semua...
Kalau makan time lapar...time hujan...sedap ni..
Saya suka daun sup  & kacang tanah banyak banyak
 

1 comment:

  1. Saya hantu hubur nadi. Beras wangi banyak kanji, tu jadi lebih sedap dan cantik dibuat bubur. Saya kalau ada beras bario atau beras kampung keladi wangi,memang selalu membuburlah.

    ReplyDelete