Semalam Sabtu....tak ada apa sangat aktiviti.
Pepagi masak Kurma Daging ..Masak Kurma ni antara lauk yang jarang saya masak.Sebabnya hanya anak jantan tu sorang saja yang suka masak kurma tak kiralah kurma ayam,daging maupin kurma telur...Jadinya sebab hanya dia orang yang suka...beerti kalau masak kurma hanya untuk dia sorang..Makanya kena la jugak masak lauk lain....tu yang malas nak masak kurma...
Saya tabur daun ketumbar untuk naikkan aroma..
KURMA DAGING + TELUR
½kg daging
2 paket kecil rempah kurma
½ ( kotak kecil) santan kara
3 biji telur( sbb kentang takda..hihihi)
1 biji tomato masak-saya ganti tomato ceri
2 biji cili merah,cili hijau
1 limau nipis
minyak,gula,garam
Bahan Tumis:
1 bawang holland- mayang
5 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda-racik panjang
1 tangkai daun kari
1 helai pandan
sikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
1. Potong & basuh daging..
2. Panaskan ¾ cawan minyak dan masukkan semua bahan tumis hingga harum
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh & masukkan daging biar keluar airnnya & masak hingga naik minyak
4. Masukkan,air dan masak hingga daging empuk
5. Bila daging empuk tambah telur rebus tomato,cili merah & cili hijau serta perisakan.Perah jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.
6. Kecilkan api dan masak perlaham beberapa minit supaya naik minyak.
7. Sesuaikan rasa




No comments:
Post a Comment