Saya dah lupa bila kali pertama dok sambut birthday ni kerana seingat saya sejak kecil hngga zamam persekolahan tak pernah pun dok sambut birthday....Rasanya macam 1st time sambut birthday ni masa zaman belajar kat KL dah...Pun sebab terikut ikut...orang sambut kita pun nak sambut juga....hihihi
Kek tu bukan hari ni punya tapi kek hari pavlova tu hari Ahad baru ni 28 Jun 2026 masa sambut SAMBUT BIRTHDAY CUCUNDA SARAH MIQAYL A @ REBUNG 2 PUTRAJAYA
Anak3 tu plan untuk Sarah bersama Tok Mummy kerana birthday kami dalam minggu yang sama...Sarah Isnin..Tok Mummy hari Jumaat...awal & akhir minggu.
Greeting card .....
Makanan sebenar haruslah penuh pinggan...Makanan kat Rebung tunkan swmuanya memang taste umur umur saya...hihihi.
Lauk pauk kampung,kuih muih tradisional...,laksa,rojak,mee rebus,pulut kuning,ubi rebus,wajik,dodol,cendol,ABC ,teh kopi bagai pastilah penuh dalam perut ni..
Ini merupakan kali ke 6 saya menjamu selera di Rebung 2 Putrajaya selain pernah sekali kat Rebung 1 berhampiran Bukit Aman tu..Banyak entri tertanggih tentang makan kat Rebung 2 ni.Nantilah kalau rajin kita sambung ..hihihi..Hari tu nampak Cikgu Amie pun pernah pi Rebung 2. ni.....Sebelum ni pernah dah bawa mak,Achik,Pakcik,Aqil ,Cella,Anak Jantan tu makan sini..Masa tu,3 kali plan nak belanja Haikal tapi Allah belum izinkan...Haikal ada urusan dan kekangan tak daat join pada tarikh² yang dipilih...Adah anak beranak.masih kat Tawau...Kali ni Adah belanja,Haikal dah dapat join..Sayangnya menantu pula sedang kursua tak dapat balik...Nampaknya nak kena pi lagi la ni...🤭
Mengabadikan kenangan bersama cucunda Sarah Miqayla ..
Mengabadikan kenangan bersama cucunda Sarah Miqayla ..
Masa dah siap makan...tengah nak bergambar...tetiba lagu paling popular kat dunia...."Happy Birthday" dimainkan dan serentak tu semua pengunjung juga menunjukkan sporting ...pakat berhenti makan dan bersama menyanyi lagu Happy Birthday dsn bertepuk tangan ...Meremang juga bulu roma,kerana terperasaab sekejap rasa macam orang terkena🤭🤭🤭Padahal depa nyanyi untuk Sarah🤣
Tok Mummy tumpang tuah dan rezeki bersama diraikan....
Sarah terkebil kebil kehairanan kenapa ramai orang nyanyi🤣
Bila suruh tiup lilin pun dia taknak tiup ..Dia pandang je lilin tu..Agaknya pelik kenapa kek tu dinyalakan lilin...Elok jugak lah dia tak tiup lilin tu...hihihi
Rezeki dikongsi anak-anak untuk emaknya ...Depa kata kesian tengok dok kata ambil gambar tak cantik...Ni depa share adik beradik
Walaupun kat mulut ni banyak nak cakap ...tak payah la beli...sayangnya duit...ampa boleh guna untuk diri sendiri...banyak la nak cakap tapi saya pegang kata kata salah satu komentar dalam salah satu entri hari lahir ...supaya jangan cakap apa² kecuali mendoakan yang baik baik untuk anak anak...Maka saya pun hanya mendoakan kebaikan untuk anak anak...( walaupun hakikatnya keluar juga beberapa buah karangan🤭)
Haikal juga ada bersama...Salau bz dengan urusan kerja tapi sempat juga meluangkan masa demi Sarah yang dok seru seru..."Nak uncle...nak uncle"....
Haaa....asalnya masa kat kampung balik Raya hari tu... Haikal sesaja je mengusik Sarah jangan panggil "Pak Long"...tak best....Dia suruh panggil "uncle" ..
sudahnya melekat Sarah panggil "Uncle"
Rakam gambar kat belakang Reatoran Rebung 2...Port wajib bergambar kat sini kan....selain view tasik dan jambatan tu...
Hari ni pun berderet la ucapan daam group kerja...Bos lama Puan Eleen juga wish awal pagi ..Norimah dari Dungun juga tak pernah gagal berserta link Zuss ..dia suruh redeem Zus..hihihi
Saya ni bukannya reti ...hihihi
Ya Allah...jagakan iman,akhlak,lisan dan tutur kata serta tulisanku agar tidak menjadi dosa ....🤲🤲🤲🤲











Happy birthday to Kak 🎂. Semoga diberi umur yang baik, dipanjangkan umur yang berkah, dilapangkan rezeki yang melimpah ruah, serta bahagia hidup di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal A'lamin 🤲🤲🤲
ReplyDelete