Wednesday, 22 July 2026

MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI

Semalam petang,balik kerja terus pick up Adah & terus amik Sarah kat rumah pengasuh.Kebetulan hujan dah mula turun,takda la menyinggah kat palyground.Kalau tak hujan,lepas amik diankat rumah pengasuh,WAJIB la kena singgah  palyground dulu.Kalau tidak sepanjang jalan jenuh tahan telinga la dia berzikir sambil menangis ...hihihi

Sambil drive dah terbayang nak masak asam pedas ikan pari..Nak gu kan dengan ayam goreng malam tadi.Malam tadi goreng ayam sahaja untuk makan malam tapi hanya saya sorang makan...Ayam goreng hanya berusik seketul..Tu yang rasa nak masak asam pedas pari gukan dengan ayam goreng..



Sampai rumah,terus bersilat dulu masak asam pedas ni sebelum pi mandi & solat asar..Hiii,patutnya utamakan solat dulu kan..tapi memikirkan nak bermain dengan cili bawang bagai ni...terus saya masak asam pedas ni dulu..Baju dah bau cili bawang,baru la mandi..Kang kalau mandi bagai dulu,nak masak,macam bau melekat nak kena mandi lagi...hihihi



Saya masak asam pedas ni agak banyak..Sepatutnya ikan pari tu untuk dua kali masak & memang saya dah asingkan dua bekas.Tapi bila fikir balik,baik masak semua.Nanti esok pagi tak payah masak lauk dah...boleh panskan.Lagipun asam pedas kalau masak malam...makan esoknya lagi la sedap.Sementelah pula ikan pari..Tak risau ikan hancur kalau dipanaskan.Kalau ikan kembung dan sewaktu dengannya nak ulang panaskan mudah benyek isinya...

Alhamdulillah....berjaya juga masak asam pedas ikan pari...hihihi


Kalau masak asam pedas,baik seafood atau daging dagingan,saya aknasukkan lengkuas sebagai salah satu bahan dalam kisaran.Saya suka sangat dengan bau lengkuas dalam asam pedas...

Siam



ASAM PEDAS IKAN PARI

2 keping ikan pari +- 1kg)
2 biji buah tomato
1/2 cawan minyak
5 tangkai daun kesum
garam & perisa
1sudu makan pes asam jawa Adabi +3 cawan air
10 batang bendi



Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
3 hiris lengkuas


1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak

2.Masukkan air asam jawa & perisakan 

4.Biar mendidih & masukkan bendi

5. Perlahankan api & masak perlahan 5 minit suoaya kuah naik minyak

6.Sesuaikan rasa

** Kuah biar lebih sikit..boleh cicah lempeng. nanti...hihihi
 

No comments:

Post a Comment