Thursday, 23 July 2026

LAKSA LEMAK SARDIN TAK JEMU JEMU

 Saya buka peminat laksa sangat pun..Tapi kalau laksa kuah lemak tak kira la kuah lemak utara atau kuah lemak putih Pantai Timur..saya suka



Baru ni saya masak lagi Laksa Kuah Sardin Lemak Utara..
Kalau masak laksa lemak sardin ni...semua pun makan dah la ni...Dulu anak jantan dan menantu jantan tu tak makan laksa tapi la ni kalau laksa lemak sardin ni dia dah makan ...
Depa kata kalau laksa asam tu sebab ada bau belacan...yang ni bau kari ...depa suka dah


Ulaman dia sama ja macam ulaman laksa asam.Cuma kalau laksa lemak ni saya suka kalau makan bersama daun selasih.
Kalau kat belah tempat saya di Pendang...laksa kuah lemak ada ulam khas dia iaitu pucuk putat..




Saya suka letak ulam selasih banyak banyak...
Kalau ada ulam daun selom pun sedap ni.



Nak masak laksa ni tak susah....cuma perlu ada sikit rajin  saja...
Tak payah siang ikan ..perisi ikan bagai
Guna sardin mecerel dalam tin ja...

Laksa pun saya guna laksa siam ja cepat nak rebus...

Kalau nak tengok sardin dan laksa yang saya gunakan boleh rujuk LAKSA KUAH SARDIN ...KAT SINI




LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rempah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3  asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman




Laksa kuah sardin ni juga yang selalu jadi menu kalau tetamu bertandang ke rumah...sebab tak susah sangat nak sedia bahan dan nak masak..Itupun kalau bgtau awal la...Boleh la kita masak kan...hihihi

No comments:

Post a Comment