Saturday, 4 January 2025

SARAPAN NASI KUNING SABAH @ RESTORAN MAK HAJAH,TAWAU

 

Sarapan Nasi Kuning Sabah.

Masa KE TAWAU BULAN OKTOBER  hari tu tak sempat nak makan Nasi Kuning dek penuh itenerary jalan jalan hingga ke Semporna...Tak sempat lagi nak post aktiviti di Tawau & Semporna...kita potong Que posting pula aktiviti di Tawau yang bulan Disember..hihihi


Saya teringat  jer nak  PH,SA,SK ada gurau gurau nak join ke Tawau ni.Kalau ada peluang & rezeki nak jugak ramai ramai dengan rakan blogger kalau dapat ke LD ke kan....?
Hehehe...

Cerita 27 Disember 2024,pukul 8.45 pagi....hari Jumaat iaitu hari ke-2 kat Tawau.

Cella tak ikut sarapan kerana pukul 9.00 pagi dia ada quizz & online class.Cella kata tak boleh nak ponteng sebab lecturer dah warning awal awal lagi hari Selasa bila depa semua apply untuk online class hari Khamis & Jumaat sebab ramai nak balik kampung sempena Cuti Krismas hari Rabu tu.Siap kena trap dengan kuiz supaya semua masuk kelas🤭..So,tak dapat la dia ikut sarapan🤣🤣..Tapi tapaw juga Nasi Kuning ni untuk dia beronline kelas kat hotel.

Ya,kami menginap kat hotel sebab Adah & suaminya baru pindah.Hotel ni pun dekat ja dengan rumah depa..Dalam 5 minit perjalanan saja.Sebelum ni depa sewa di tempat lain & bermula Januari 2025 depa dah pindah tempat lain.Kami ke Tawau 26 Disember tu memang depa tengan proses angkut barang pun tak habis lagi.Kena selesaikan sebelum 1 Januari.

Sebenarnya Adah & suaminya juga kerja sebab cuti Krismas kan sehari sahaja,hari Rabu.Tapi depa excuse masuk kerja lambat sikit sebab nak bawa saya dan mak sarapan dulu.



Depa bawa kami ke Restoran Mak Hajah...kat  Jalan Hot Spring tidak begitu jauh dari penginapan kami.




Nampak bungkusan ni atas meja ..saya sangkakan tapai giant🤭🤣
Sebab bungkusannya macam bungkusan tapai kan...

Bila tanya pelayan restoran tu...katanya itu Nasi Kuning.Terus saya minta dua bungkus.
Eh,rupanya boleh request nasi kuning yang baru.Mereka memang sediakan menu nasi kuning dan boleh pilih lauk... Bila diminta mereka akan bungkus dalam daun pisang.


Saya minta Nasi Kuning Sambal Ikan Putih...Siap ada serondeng kelapa ditepi tu..


Mak pun minta Nasi Kuning Sambal Ikan Putih..

Masyaa Allah sedap sungguh...Ken dengan tekak saya ...licin makan..

Sambil makan,sambil saya dok cerita kat Adah tentang Nasi Kuning Sambal Ikan yang selalu Cikgu Amie makan dan cerita dalam blognya...

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga makan Real  Sabah Nasi Kuning bersama Sambal Ikan Putih yang sedap ni..
Pada tekak saya memang sungguh sedap nasi kuning kat sini kerana esoknya saya minta Adah bawa makan nasi kuning lagi...tapi tak boleh lawan nasi kuning kat restoran ni...
Mungkin salah satu sebabnya..dbungkus daun pisang segar memberikan aroma menarik..
Bila buka daun pisang tu....aduhai...tak sabar nak makan..
Kena tonton video yang saya share ni...baru boleh bayangkan....
Boleh tonton videonya kat youtube channel saya channel Seroja Putih

Video Nasi Kuning ni boleh tengok kat..

👇👇👇👇👇

Kalau ke Tawau dan anda peminat Nasi Kuning yang tastenya macam saya boleh cuba makan kat Restoran Mak Hajah ni...kat 

TB 14450 LOT A1 GROUND FLOOR BANDAR HOT SPRING, Jalan Air Panas, 91000 Tawau, Sabah

Benda sedap kena la share kan..


16 comments:

  1. Aah Cella bungkusan dia mcm Tapai. Nampak sedap nasi kuning tu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...macam tapai tapu ni versi besar la..
      Rasanya pun sedap Ibu

      Delete
  2. Hah, boleh la MC jadi tour leader kami :D
    Beza dak nasi kuning depa Sana dgn nasi lemak kuning kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jd tour leader boleh ja..nasib la kepala kemana ekor kemana🤣
      Nanti kena risik risik tanya Cikgu Amie ..hihihi

      Delete
  3. waahhh menyerlah warna kuning dia! nampak menyelerakan betul ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....Saya ada tengok kat FB Restoran Mak Hajah ni...dia ada buat video masak nasi kuning ni

      Delete
  4. Terliur tengok nasi kuning ni..sama ke macam nasi kuning Kedah?eh kalau kena ngan tarikh dan masa why not kan...Sa memang teringin nak terjah LD...doakan tahun ni dapat bonus kak..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama SA....sebab nasi kuning Sabah berlemak santan manakala nasi kuning Kedah menggunakan minyak untuk tumis..Jom la terjah LD🤭

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Mama Cella jumpa nasi kuning yang sedap.
    Tidak semua nasi kuning dan sambal ikan rasanya sama di setiap gerai / jualan. Ada yang sangat sedap, dan ada yang rasanya kelaut hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tempat saya makan ni kena dengan tekak.Mak pun suka.Ada satu restoran lagi agak terkenal tapi pada tekak saya tetap memilih yang ini

      Delete
  6. Nasi Kuning... Ok masuk whislist makanan kalau ke Tawau nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masuk list tu TT..hihihi
      Tapi bak kata Cikgu Amie...ada yg sangat sedap..ada yang kelaut..pada saya nasi kuning restoran mak hajah no kena dengan tekak saya

      Delete
  7. Ya Allah, bestnya kalau jadi tu kita ramai2 makan nasi kuning kat LD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....kena selalu zikir nih...in shaa Allah diizinkanNya🤲

      Delete