Sunday 30 July 2017

APOM TEPUNG GANDUM WARNA PINK


Kuih Apom Warna Pink..
Kuih apom ke apam?
Haa...mak aku cakap apam boleh..
Apom pun boley..
Tapi nenek memang panggil A.P.O.M
Sebabnya mak aku cakap kalau kat kampung nenek...A.P.A.M tu kuih lain..
Mak aku cakap kalau kat kampung nenek..
Kuih Apam yang kat kampung nenek tu macam kuih serabai...iaitu apom versi leper.
Kuih Apam tu hanya dibuat untuk kenduri tahlil jika ada kematian..
Mak aku cakap ..itu dolu la .
Sekarang xde dah orang buat kuih apam jika buat tahlil..
Tapi bagi nenek dan mak aku...Kuih Apom dan Kuih Apom tetap kuih yang berbeza.
Tu kata mak aku la ..
Cuma sekarang ni..
Mak aku cakap ramai juga dah yang sebut apom tu sebagai apam..
Termasuklah aku...
Kata mak aku lagi..
Sebab sekarang ni kalau sebut Apom selalu disalah tafsir sebagai dot.dot.dot....
Dot.dot.dot  tu apa..??


Kuih Apam Pink ni mak aku cakap versi tepung gandum.
Ada kuih apam versi tepung beras.
Kuih ni mak aku cakap sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul sedikit garam.
Tapi pic kat atas tu kelapanya masih dalam plastik tu..
Mak aku cakap..suruh kakak beli kelapa parut putih.
Tapi kakak beli kelapa parut biasa yang ada hitam- hitam...
Mak aku cakap x sesuai nak hidang ngan apam ni..


Tapi Kuih Apam ni makan ngan kelapa ke..makan kosong ke ..
Aku memang x minat..
Kuih Apam is not my taste
Kakak pun x suka juga rasanya
Sebab kakak pun x makan pun..
Mak aku jer makan sengsorang..

APAM TEPUNG GANDUM
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
¼ sudu teh pewarna pilihan
Sedikit minyak

1. Gaul tepung bersama gula dan yis mauripan.
     Tambah airbsuam sedikit demi sedikait dan
     kacau hingga jadi adunan yang pekat seperti
     adunan cekodok.


2. Tutup bekas adunan tepung dan biar 15 minit
     hingga adunan nampak kembang dan ada b
     buih- buih kecik


3. Jika suka apam bewarna masukkan pewarna
    dan kacau sebati


4. Sapu minyak pada loyang kuih dan tuangkan
     adunan tadi.
     (Kerana kita kacau adunan ni...masa ni
       adunan akan mengecut dan tiada
       lagi buih) Biarkan sekejap lebih kurang 10
       minit sebelum kukus supaya adunan
       kembali kembang.


5. Panaskan kukusan hingga mendidih  baru dimasukkan loyang berisi adunan tadi dan kukus lebih kurang ½ jam


6. Masa mengukus bergantung kepada saiz kuih.
    Boleh guna cawan- cawan kecil.


7. Biar sejuk sebelum dipotong besar- besar


No comments:

Post a Comment