Thursday, 6 July 2017

RAYAKU 2017...APA YANG RARE..???

 RAYAKU 2017....
APA YANG RARE..
Makanannya...
Barangannya...
Apa-apa jer..

Ketupat daun Buluh
Antara yang aku rasa RARE...

Sebab bukan semua tempat ada ketupat ni
Yang ni nenk x buat
Achik yang tempah dari orang kampung lain..
Kampung Kuala Mawa..
Hahaha....nam kampung pun RARE


Nenek kata dibuat daripada pulut + air alkali dan dibungkus daun buluh khas..
Bukan daun buluh yang biasa..
Tapi ada daun buluh yang khas untuk Ketupat ni.
Daun dia lebar dan x de miang gatal tu..
Kata mak aku ketupat ni ada persamaan ngan "Kuih Chang" orang Cina
Mungkin juga....
Sebab mak aku cakap kat Kedah pun ketupat ni hanya popular dikawasan yang ada masyarakat Thai a.k.a Siam
Tapi sebab kawasan tu juga ramai orang Islam ,maka ketupat ni dah jadi makanan wajib hari raya juga
 Sisi dia liat kenyal warna oren yang menari
Rasa dia tawar...& kena cicah seunding..
KAlau cicah rendang cam x ngam...


HALWA MASKAT

Halwa Maskat nipun aku rasa RARE juga
Sebab aku jarang tengok
Jarang jumpa kat umah orang pun...
Kalau diodol selalu jumpa
Halwa Maskat ni xde

MAkanan favourite mak aku nih
Mak aku cakap masa kecik2 dolu memang xde budak2 yang suka
Mak aku pun  cakap dah tua baru mak aku suka..
Agaknya aku nanti pun camtu kot
Sebab sekarang ni aku memang x suka pun Halwa Maskat yang manis giler tu..
Tak tau la nanti dah macam mak aku..
Tersuka lak..
Hahahaha...


Kuih ni aku tengok dah macam Turkey's Delight pun ada...
Haaaa...mak aku kata boleh jadi juga kuih ni ada pengaruh dari negara-negara Arab sana
Sebab kalau dorang kan banyak halwa-halwa yang manis macam Turkey's Delight tu..
Lagi satu mak aku kata nama dia "HALWA MASKAT"
Macam nama ibu negara salah satu negara di Arab sana..
Ibu negara Oman...Muscut..
Hahaha...mak aku memang suka sangat info -info camtu



Halwa Maskat ni Achik yang beli khas untuk mak aku
Sebab Achik tau mak aku suka
Hanya mak aku yang suka..
We all semau x suka
Nenek yang dah tua pun x suka Halwa Masakat ni..
Camaner la mak aku boleh suka,,,

KUIH KARAS...
Mak aku kata popular dalam kalangan orang tua ja.Nenek kata dibuat daripada bancuhan tepung beras gula dan air.. that all..
Tapi Rupa dia cam bihun kan...
Kanak-kanak x suka sangat...
Kuih ni nenek selalu buaTapi yang ni beli sebab nenek cakap daah malas nak buat..
Bukan ada sangat orang nak makan
Selalu nenek buat bentuk separuh bulatan
Aku pernah tengok nenk buat
Nenek guna acuan yang dibuat daripada tempurung yang berlubang banyak..
PAstu dilenggangkan dalam minyak panas dan bila garing dilipat dua..
yang ni nenk kata dilipat 4 ni tu yang jadi camni



KUIH KAPIT...
Mak aku cakap kat kampung nenek panggil KUIH SEPIT
x la RARE sangat sebab masih boleh jumpa dijual



Tapi bagi aku kira kuih ni Rare jugak la



BAHULU IKAN
Kalau Bahulu yang bentuk bunga tu dah biasa
Tapi yang bentuk ikan ni Rare arrr


Kata mak aku ..
dolu nenk suka sangat buat bahulu bentuk ikan ni
Nenek lak cakap kalau zaman nenek ..
Nak buat bahulu WAJIB guna TELUR ITIK
Kalau ter ayam ni nenek cakap x best..
Nenek kata telur itik  lagi sedap
Kuih lagi gebu
Hasil dia lagi banyak..
KAta nenek lagi kalau zaman nenek sebelum puasa lagi orang kampung yang ada itik akan mengumpul telur itik untuk dibeli oeleh orang kampung yang nak buat BAhulu musim raya
Nenek kata dolu-dolu semua orang akan buat kuih sendiri
xde yang beli siap nyer..
Pastu mak aku lak bagitau kulit telur yang banyak tu dijadikan hiasan pokok bunga..
Aku x leh nak bayangkan hiasan tu camaner..
Tapi mak aku memang gigih mencari pic nak tunjuk kat aku..


Haaa....cam ni lah kulit telur kosong yang dighunakan untuk hias pokok bunga yang daun dia tajam tu..
Ooooooo,,,,baru aku boleh imagine..
Hari tu nampak pokok bunga ni kat tepi jalan nak gi sekolah tu
Mak aku beria-ia citer nostalgia kuit telur tu..
Tapi aku x faham sangat..
Ni dah tengok pic aku faham la...
( pic ni dari FB Kami Anak Kedah)


PUTU KACANG
Ni kuih paling sopan..
Sebab kalau makan kena senyap...xleh bercakap...
KAlau bercakap juga....pastu kena cuci karpet sebab penuh berterabur serbuk kuih ni...
Hahahaha...

Haaa....pic ni patutnya kuih tu warna dia light brown sikit
Tapi ni guna HP jer.... xsharp sangat warnanya..
Yang ni nenek excited citer pasal kuih Putu Kacang ni..
Sebab nenek cakap dolu nenk selalu buat..
Kata nenek nak buat dia memang struggle ar...hahaha...
Nenek kata kacang hijau akan dibasuh dan disangai hingga garing dan harum
Pastu kacang hijau tu akan ditumbuk kasar untuk nak buang kulit dia dulu..
Nenek kata sebab kacang hijau tu licin..so masa tumbuk tu kena masukkan juga daun pisang kering supaya menghalang biji kacang dari terkeluar dari lesung..
Pastu ditampi nak buang kulit kacang hijai dan sisa daun pisang kering
Isi kacang yang tinggal akan ditumbuk lagi hingga hancur dan diayak untuk dapat debu-debu halus yang harum..
pastu barulah debu-debu kacang tu dacampur dengan gula yang juga ditumbuk dan diayal
Nenek kata hanya guna dua bahan tu jer tapi teknik nak buat tu x semua orang pandai
Ada yang x pandai buat kuih Putu Kacang akan berderai sebelum dimasukkan dalam molot
Ada pula yang nampak canti tapi bila dikunyak keras macam batu..
huh...cam susah jer...
Nenek cakap nak buat lak kena la ada Lesung Kayu atau kena ada Pengisar yang dibuat daripada batu..
Kata nenek dolu umah nenek ada Lesung Kayu...
Tahu x lesung kayu..??
Mmmmm...macam pernah tengok...tapi di mana yer..??

 
Haa...ni la lesung yang aku pernah tengok tu..
Tapi yang namanya Lesung Kaki,...
Sebab dipijak dengan kakai untuk gerakkan antannya..
Yang ni aku tengok di MAHA 2016 bulan Disember hari tu
Boleh tengok kat sini pasal  MAHA 2016 tu
Macam-macam lesung ada
Pengisar batu pun ada

 
Ni la pengisar yang nenek dok citer tu
Pun pic ni masa gi MAHA 2016 tu
Masa tu mak aku beria citer pasal Pengisar ni untuk kisar beras nak buat tepung nak buat putu kacang dan putu beras bagai
Tapi masa tu aku xleh nak bayang
Ni bila nenek citer..
pastu relate ngan pic ni..
Mmmm,,,rasa aku faham dah sikit..
Sayangnya aku x sempat nak guna semua tu..
Mak aku lak cakap mak aku sempat guna peralatan tradisional ni..
Tapi zaman aku semu dah diganti mesin dan peralatan moden..
Sib baik ada tukang citer dan ada plak pameran MAHA yang boleh aku tahu sikit-sikit info ni..
Patutlah hari tu mak aku gigih sangat nak gi MAHA tu
Kata mka kau nak mengibau memori dan nostalgia..
Sekarang baru aku faham...


PUTU BERAS
Putih suci murni
Masa ni kakak ingatkan KUIH BANGKIT
Terus kaka amik dan ngap sebiji terus..
Pastu kakak snyap dan muka kakak berkerut..
Hahahaha..kakak tertipu..
Pastu kakak xleh nak cakap..
Kalau bercakap nanti kuih bersembur..
Sama macam PUTU KACANG
Nenek cakap ni bukan KUIH BANGKIT
Ni namanya PUTU BERAS
Camaner nak buat PUTU BERAS..
Nenek kata guna beras pulut
NAmpak senang tapi rumit
KAta nenek beras pulut akan dibasuh dan dikeringkan hingga kering
PAstu akan disangai segenggam demi segenggam ..
Masa sangai apinya nenek kata kena sangat perlahan supya beras akan masak sampai dalamnya dan dalam masa yang sama kena control supya beras kekel putih
KAlau api kuat sikit jer nanti beras tu warna perang sikit pun ..kuih akan jadi x canti sebab dah x putih bersih.
Beras pulut yang disangi tu nenek kata kena kisar atau tumbuk dan ayak.
Gula pasir pun akan dijemur dan dutumbuk serta diayak
PUTU BERAS juga nenk kata hanya guna 2 bahan jer..Beras Pulut dan Gula
Dua bahan yang dah tumbuk haus tu nenek kata kena gaul hingga jadi sedikit lembah baru boleh dipadatkan dlam acuan yang dibuat daripada kayu..
Kuh akan ditekan padat kemudian akan diketuk supaya kuih tanggal dan corak pada acuan akan jadi cantik pada kuih..
Tapi yang atas ni mak aku cakap dah guna acuan moden..
Acuan biskut daripada tin...
( KUIH PUTU KACANG DAN PUTU BERAS TU KITORANG MAKAN DAN SNAP PIC KAT UMAH TOK NGAH....)





EMPING PADI PULUT
Ni pun RARE jugak ni
Jarang jumpa
Emping Padi Pulut ni beli kat Pasar Kemboja Hari Jumaat sebelum balik KL.
Emping ni plak mak aku yang terangkan panjang lebar..
Kata mak aku emping ni dibuat daripada padi pulut yang masih muda
Nak senangkan kerja aku copy paste dari entri 
EMPING PULUT kat Sini....
 Macam mana orang buat emping ni...???
Haaa...mak aku kata dulu-dulu masa zaman nenek masih muda..nenek buat emping sendiri...
Kata mak aku mula-mula padi pulut yang belum betul-betul masak akan di tuai dan dileraikan dari tangkainya.
Kemudian padi tersebut akan digoreng segenggam demi segenggam tanpa minyak hingga meletup-letup macam bertih...
Bertih tu apa..???
Mak aku kata bertih tu .....kalau bertih jagung macam orang buat kat pasar malam tu kita panggil popcorn....
Kiranya padi tu meletu-letup camtu la...tapi mak aku x la meletup kuat cam popcorn tu...meletup kecik-kecik je la sebab padi kecik jer...
Oooooooo.....
Lepas tu....???
Lepas tu padi yang masih panas tu akan ditumbuk dalam lesung kayu menggunakan antan...
Antan tu apa...????
Mak aku marah sebab aku banyak tanya....
Tapi memang aku x tau....aku tanya la...
Mak aku kata antan tu ...juga dipanggil "alu" batang kayu yang buat tumbuk tu la...
Selepas ditumbuk...padi pulut yang masih panas tu akan jadi leper ..nipis kerana ditumbuk..
Kulitnya pula akan tertanggal....
Kemudian padi yang dah ditumbuk itu akan ditampi untuk membuang sekam dan antahnya...
Haaa....sekam dan antah aku dah citer kat atas tadi...heee
Pastu siap la emping tu untuk dimakan begitu sahaja atau dicampur kelapa,garam & gula...



MANGKUK CELUP TANGAN

Haaaa...dah habis makanan rare..
Kiter tengok lak Mangkuk  Celup Tangan
Mangkuk ni akan diisi air dan digunakan untuk celup tangan sebelum dan selepas makan  ketupat..
Tapi kelemahannya air dalam mangkuk tu kena selalu diganti la..
Kalau sapa yang celup dulu kira ok la..
kalau sapa yang celup kemuadian..
hehehehe....
Tapi mak aku cakap ni lah yang selalu digunakan  untuk celup tangan kat umah nenek.
Ni pun RARE tau...
Nenek hanya akan kuarkan mangkuk ni hanya pada hari raya..
Unik kan...??
Sebab x semua umah ada ni
Selalunya tetamu akan basuh tangan guna kendi...
Haaa...kendi tu yang macam teko tapi isi ngan air basuh tangan tu..
Paling ramainya orang akan cuci tangan kat SINKI kottt
Hahaha


Ni Mangkuk Celup Tangan Kesayangan nenek ni
Mangkuk tu kalau sekarang ni selalu gak jumpa kat hotel orang wat mangkuk dessert
Tapio piring dan alas mangkuk tu yang rare
Piring dia siap ropol-ropol do..
Ropol kaca lagik...!!!!
Hari tu lupa lak nak asingkan mangkuk dan piring tu untuk nampak jelas rupa piring tu...
Pengalas yang merah hjau tu lak mak aku cakap nenek beli masa zaman 70-an lagi tuh..
Sekarang umur pengalas tu dah lebih 30 dekad...
Pengalas mangkuk tu tujuannnya selain daripada cantik...juga supaya bila letak mangkuk atas piring tu xlah licin dan supaya mangkuk dan piring kaca tu x bergesel..
Setakat ni aku hanya nampak benda ni kat umah nenek aku jer
Haaaa...rare la kan...
Tapi x tau la kalau kat umah orang lain ada juga tapi aku jer tak tahu



GARFU KECIL
 Garfu kecil ni digunakan untuk cucuk ketupat
Ala...sesapa xnak kotor tangan..
xnak celup tangan dalam mangkuk celup tangan tu boelh guna garfu kecil ni..

 
Mak aku cakap biasanya untuk cucuk ketupat palas yang dah dipotong-potong tu..
Tapi ni garfu generasi ke-2 dah..
Mak aku kata nenek ada lagi 1 set garfu kecik warna-warni dalam almari..
Tapi hari tu xde snap lak pic garfu yang tu..
Jap mak aku tengah google kat hp tu..
Kot-kot ada..
Hmmmmm...mak aku cakap x jumpa la pulak..
Hari tu mak aku ada tunjuk jumpa dalam FB Anak-anak Kedah
xper...nanti kalau jumpa kita update..
Haaa....beberapa hari tau nak tulis pasal ni semua..
Tulis sikit save..
Sambung lagi...save..
Lambat sebab banyak info pic2 ni semua dari mak aku..
Aku..??
Aku mana la tahu sangat semua info ni..
Keh..keh..keh..


Ni pun rare jugak kot..
Hahahaha....dah besar main sorok-soraok ngan budak-budak..
Kikikikiki
Ni masa raya minggu lepas la ni..
masa sedara dari Baling datang beraya tu..

Tapi dah mak aku x marah pun..
Mak aku cakap bagi peluang aku jadi kanak-kanak..
Kikikiki...
Lagipun aku control dorang semua..
Jangan lari depan mak- mak tengah sembang..
Jangan masuk bilik tidur..
Jangan jerit- jerit..
Kiranya under control la...
Hahaha...

Seronoknya raya tahun niiiiiiii...
Tahun lepas Raya Puasa x berapa  best..
Sebab ....
Tapi Raya Haji best..
Tahun ni Raya Puasa best..
Raya Haji nanti kami balik lagiiiiiiiii.....






3 comments:

  1. wahh...semua nya rare belaka...halwa maskat favorite aunty,mangkuk celup nenek pun win...tiga puluh tahun akan datang yg main sorok2 tu pun akan rare....he..he....main sorok2...dik cella ketuanya...sweetnyerr...

    ReplyDelete
  2. wahh...semua nya rare belaka...halwa maskat favorite aunty,mangkuk celup nenek pun win...tiga puluh tahun akan datang yg main sorok2 tu pun akan rare....he..he....main sorok2...dik cella ketuanya...sweetnyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...
      seronok tau dapat jadi kanak- kanak...
      Aunty pun geng mak kiter ker suka halwa maskat tu..
      Kiter memag x suka sebab manis sangat..
      Tapi kiter suka redvelvet tuu...huhuhuhu

      Delete