Ni Buah Longan...
Eh,bukan Buah Mata Kucing ke...?
Haaa....tu lah persoalannya tu....
Selama ni we all panggil Buah Mata Kucing je..
We all tu..whole of my family la..
Included my mom,auntei..uncle..grandma & whatever lah...
Buah Longan pun panggil juga..
Kiranya Buah Mata Kucing dan Buah Longan bagi we all ...is the same fruit la...
Hahaha..tapi xdelah nak panggil Eye Cat Fruit lak...kih..kih..kih...
Yang atas ni kakak beli kat Pasar Malam hari Rabu kelmarin...
Ada citernyer tu...
Ceritanya petang tu abang nak gi Pasar Malam...
Mak aku suruh abang beli Kambing Grill...Maggi Goreng & Buah Mata Kucing...
Tapi masa abang balik...abang hanya bawa balik maggi goreng ngan Kambing Grill jer..
Bua Mata Kucing xde..
Abang kata dia dah cari merata Pasar Malam tu..
Dah tanya Buah Mata Kucing..
Tapi 3 penjual buah kat Pasar Malam tu semua cakap Buah Mata Kucing xde...
Yang ada hanya Buah Longan...
Abang kata masa balik abang puaing tepi jalan ..
Ada 1 lori buah ...pun xde juga Buah Mata Kucing...
Sebab tu abang x beli..
Mak aku cakal Buah Longan tu sama lar..
Biah Mata Kucing la tu...
Tapi abang kata...dah penjual buah tu cakap ni Buah Longan...
Sebab tu abang x beli...
Takut salah ...
Mmmmm....
Mak aku cakap...mak aku pun x tahu yang Buah Longan ni BUKAN BUAH MATA KUCING...
Sebab selama ni bagi kitorang..BUAH LONGAN is similar BUAH MATA KUCING...
Hihihihi....
TAPI...kalau ni just BUAH LONGAN..
BUAH MATA KUCING tu camaner ek..???
Lepas maghrib...kakak cakap nak gi Pasar Malam ngan Kak Ziha...
So ..itu lah yang mak aku suruh kakak beli Buah Longan Plak...
Baru dapat makan...
Hahahahha...
Longan pun Longan lah...
Sebab maka ku cakap memang nak buah ni la...
x kira la kalau nama dia Buah Mata Kambing ke..
Kakak cakap 1kg = RM10
Semalam mak aku beli lagi...
Eh,bukan mak aku yang beli ni..
Ni aku yang beli...
Sebab mak aku tunggu dalam kereta...xde parking...
Aku yang turun beli...
Dia tulis kat situ...
1kg = RM10..
Aku cakap ar..nak 1kg...
Orang tu pun timbang...
Masa nak bayar dia cakap RM11...
Aik...naper tulis 1kg= RM10...
Sib baik aku bawa duit lebey...
Huhuhu...
Camaner kalau aku baw duit cukup- cukup jer..???
Itu lah kisahnya BUAH LONGAN...
UPDATE:
1. Ada jumpa satu artikel pasal perbezaan Buah
Longan dengan Buah Mata Kucing...
Boleh baca kat sini...
2. Ada jumpa lagi info Buah Longan Brazil yang
bersaiz besar..
Infonya di sini..
Mak aku cakap,nasib baik juga abang x beli Buah Longan kerana takut salah tu..
Kalau abang beli jer buah tu xdelah kitorang nak confuse sebab ingatkan sama..Tapi sebab abang x beli kerana penjual buah cakap itu BUKAN Buah Mata Kucing...baru terfikir nak cari info..
TQ link yang kongsi info..
Mata miaw atau longan...longan ke mata miaw...mcm sama je...rasa pun sama kot...iiiissshhh aunty pun dah confuse
ReplyDeleteApa pun buah ni memang sedap...aunty suka masuk kan dlm fridge....sejuk manis...
Tu ar...kiter pun ingatkan sama jer..
ReplyDeleteMacam bunga mawar dan bunga ros...
Bunga anggerik dan bunga orkid...
Apa yang saya tahu, buah longan dan buah mata kucing berada dalam Genus yang sama iaitu Dimocarpus. Buah longan yang sebenar adalah Dimocarpus longan, so kita panggil longan saja. Buah mata kucing pula adalah Dimocarpus longan subspecies malesianus. Kesimpulannya, buah mata kucing adalah sebenarnya subspecies longan, tapi longan tak semestinya buah mata kucing. Tapi kalau disebut dalam Bahasa Melayu antara buah longan dan buah mata kucing, boleh berbunuh dibuatnya demi mempertahankan yang mana betul.
ReplyDeleteTQ info tambahan...
Deletehahaha...jangan la sampai berbunuh tuan hamba Jebat...!
lex ar...buah mata kucing jer..
Kucing pun rileks jer orang makan mata dia .
Tapi memang ada jenis sanggup berbuat apa saja hanya nak pertahankan pendapat..
Anyway...TQ bro
Buah mata kucing atau dipanggil buah kelengkeng di Indonesia adalah sejenis buah-buahan tempatan. Buah mata kucing menyerupai buah longan yang banyak diimpot dari China dan Thailand.
ReplyDeleteSebenarnya, banyak orang keliru dan salah mengenai mana buah mata kucing dan mana buah longan. Kebanyakan orang menyangka buah longan adalah buah mata kucing. Buah mata kucing buah tempatan, manakala buah longan adalah buah import, walaupun kini mula ditanam di Malaysia.
Pokok mata kucing adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan.
Buah mata kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika dikupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar di dalamnya seperti 'mata kucing' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat.
Pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor. Kampung Redong terkenal sebagai lokasi yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.
Buah mata kucing dengan buah longan memang hampir siiras. Buah longan, selain saiznya lebih besar, rasanya pula adalah lebih sedap daripada buah mata kucing.
Buah longan isinya lebih jernih, dan kenyal. Kulit luar buah longan lebih licin, berbeza dengan buah mata kucing yang sedikit kasar dan lebih menggerutu. Warna kulit buah longan lebih cerah dan buah lebih kenyal dan tebal.
Wahhhh
ReplyDeleteTerima kasih info & penerangan panjang lebar..
Kiter belum pernah makan lagi buah mata kucing local..
Buah longan sama spt buah mata kucing tapi saiznta lebih besar.
ReplyDelete