Wednesday, 8 February 2017

ROTI GULUNG SOSEJ

Roti Gulung Sosej...
Untuk sarapan aku &  juga untuk bekal abang..

Tapi aku makan 2 jer..
Dua tu kira sebatang jerlah sebab mak aku potong 2 setiap batang Roti Gulung tu..
Secawan Teh O ...
Kenyang dah..
Abang yang makan banyak..
Abang makan 4..
Campur bawa bekal...6
Huh...10
Aku makan 2...
Mak aku pun makan 2...
Tinggalkan 4 untuk kakak..
Tapi kakak tu kadang dia x nakan pun..
Mak aku buat Roti Sosej ni sambil masak lauk untuk lunch..
Aku nak tolong,tapi mak aku soh tolong sapu & mop lantai jer...
Sambil tengok juga mak aku masak...
Tapi tolong tengok jew lah...

ROTI GULUNG SOSEJ
10 batang sosej
10  roti slice
Minyak untuk goreng
Gam:
1 sudu tepung gandum + 2sudu air
@ boleh guna 1 biji putih telur



 Rebus sosej hingga timbul...
 Tapi 1 batang dah kena ngap...hahaha


Kukus roti supaya lembut dan senang digelek..
Kukus roti juga supaya kurang serap minyak waktu goreng nanti
Yang ni mak aku just kukus atas nasi yang sedang mendidih

 Gelek setiap keping roti hingga nipis dan padat...


Isi sebatang sosej rebus untuk setial roti.
Sebaiknya tepi roti dipotong supaya lebih cantik dan kemas...
Tapi yang ni sebab nak cepat..


 Guna gam tepung @ putih telur untuk gam kan setial hujunh roti supaya tidak terbuka


Buat hingga siap..


Kalau buang kulit tepi-tepi roti tu lagi nampak kemas...


Panaskan minyakbyang banyak.Goreng Roti Gulung dan sentiasa balik- balikkan supaya masak garing kelilingnya..


 Toskan atas kitchen towel..


Boleh hidang terus atau potong serong

2 comments:

  1. Sedap nya...roti gulung sosej....tapi jarang guna sosej,selalu guna inti sardin atau inti karipap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm..dah ads abang kat umah susah nak makan ikan sebab abang x makan ikan ..
      Tapi klu inti karipap mesti sedap kan aunty...

      Delete