Masyaa Allah lauk simple tapi rasa sedapnya kat anak tekak.
Masa menumis pun rasa macam sedapnya bau.Padahal sayur tumis bodo saja.
Mungkin sebab lidah ni jenis suka makanan pedas,tu yang semua lauk pedas ja rasa sedap..hihihi
TEMPE & KACANG PANJANG TUMIS PEDAS
2 keping tempe
1 cekak kacang panjang
10 bawang putih- ketuk pecah-pecah sahaja.
5 bawang merah - hiris
10 cili padi merah( cili bangladesh)
hiris
2 biji cili merah - hiris
1 kiub pati ayam
Minyak,garam dan secubit gula
1. Tempe dipotong kekotak lebih lurang saiz 1cmx 1cm..Goreng garing.ketepikan.
2. Panaskan minyak bekas goreng tempe tadi dan tumis bawang merah serta bawang putih ketuk.Bila harum masukkan cili padi dan cili merah mayang.Goreng hingga wangi.
3. Masukkan sayur kacang yang dipotong pendek,tempe,kiub ayam,garam dan secubit gula.
4. Kacau goreng hingga sayur kacang sedikit layu dan sesuaikan rasa.
Agak banyak sayur ni.Semangkuk besar,hanya saya berdua dengan Adah makan dan memasing berlawan cedok dan ratah.
Dapat makan lauk kering-kering taj berkuah macam ni...memang salah satu kebahagian untuk selera saya.Bukan tidak makanlauk berkuah tetapi saya sangat menggemari lauk-lauk tumis atau goreng yang kering atai sedikit berminyak berbanding lauk pauk jenis sup atau berkicap.
Hari Selasa,Adah request nak lagi lauk yang sama macam hari Isnin.Katanya masak la selepas pukul 6 petang sebab dia habis kerja pukul 6 & dia nak saya ajar dia masak sayur tumis pedas tempe dan kacang panjang ni...hihihi,sayur tumis jer kot...apa la yang nak ajar nya...hihihi.
Tapi kita tunjuk ajar jugak lah mengenangkan tak lama lagi dia dan suami akan tinggal berjauhan dengan saya & tak dapat lagi nak makan air tangan saya hari-hari macam sekarang.
Tak jauh beza rasa dengan masakan saya semalamnya.Cuma kurang pedas kerana banyak bahan dilebihnkan.Hari Isnin saya masak 2 keping tempe dan secekak sayur lacang panjang.Hari Selasa Adah guna 3 keping tempe dan hampir 2 cekak kacang panjang.Bilangan cili padi dan bawang putih pula tidak digandakan..Hasilnya dia merungut katanya kurang kick sebab kurang pedas...hihihi
Pakat berebut bawang putih ketuk yang sungguh sedap bila dah ditumis dengan kacang panjang dan tempe ni.
Ikan selayang goreng pun digandakan..hari Isnin goreng 6 ekor sahaja.Hari Selasa tambah jadi 10 ekor.Habis kami berdua meratah.Yang lain depa dah makan kat luar sebelumbalik kerja.Tinggal kami dua orang dinner kat rumah dengan lauk ni..
Ish kalau lauk macam ni...boleh makan sampai lupa diri...hihihi
lauk simple2 mcm ni la sedappp
ReplyDeletelauk kering dan simple mcm ni mmg sedap... boleh buat bekal jugak tu
ReplyDeletePehhhh.. nasi masak banyak tak?? Mesti bocor tu.. kalau tak, mesti ada menu nasi goreng pulak 🤣.
ReplyDeletedana puun suka lauk gini kak, sayur tu kadang ratah je pun dah best
ReplyDeleteYa ampun!
ReplyDeleteSemuanya sedap belaka. Gandingan lauk-pauk kegemaran ni. Rindu pula nak makan tempe tumis pedas dengan kacang panjang. Kacang panjang ada, tapi tempe pula tak ada.
SA suka lauk ni..tapi kat rumah x jalan..sudahnya kadang beli aje..
ReplyDelete