Tuesday 1 August 2023

SAMBAL BILIS SAMA NASI LEMAK,UBI REBUS & PISANG REBUS

 

Dah lama tak masak nasi lemak.Supaya dia tak jadi bertambah lama,maka kita masak la nasi lemak ni buat iftar merangkap dinner isi rumah ni....hihihi


Puncanya  masak nasi lemak sebab dah ada sambal...As kata dia nak bawa ubi rebus.



Saya masak pula sekuali sambal bilis...Dulu kat kampung kalau ubi rebus kami tak pernah pun makan ngan sambal tumis ni..Biasa makan dengan kelapa yang digaul gula dan sikit garam.Tapi bila dok KL tengok depa dok makan dengan sambal.Anak-anak saya pun kalau ada ubi rebus depa akan tanya sambal tumis berbanding kelapa..
Memalam saya menyambal sekuali.


Saya juga merebus seperiuk pisang 
Puas ke kedai dan pasar cari pisang nangka atau pisang nipah yang belum masak.Tak ada pula time kita mencari.

Yang dapat hanya pisang sayur.Pisang sayur pun pisang sayur lah...hihihi


Alhamdulillah,sebab pisang sayur tu dah tua elok,maka bila rebus kulitnya merekah elok dan isinya empuk gebu.
Semua pisang tu saya bawa ke tempat kerja kecuali 3 biji saya makan bersama Cella.


Dah ada sambal....
Apa lagi..
Kita masak la nasi lemak.


Takda daun pisang nak bungkus...

Makan ja la dalam pinggan...
Dah la tak cukup syarat..
Takda kacang goreng...
Tapi tetap sedap...hihihi
Maklumlah dah lama tak makan nasi lemak air tangan sendiri.
Walau yang beli kadang lagi sedap pun dari masak sendiri.
Tapi nak juga makan air tangan sendiri kan


16 comments:

  1. Nasi lemak feveret Ahnaff. Sentiasa tertunggu² hari rabu sebab menu breakfast kat sekolah adalah nasi lemak 😂

    ReplyDelete
  2. Wowww.. sambal dalam kuali tu mengancam betullah Mak Ngah! Meriah balik dapur Mak Ngah nampaknyaaa tuuu. Sy kalau ubi rebus suka makan dgn sambal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah menyala kan...hihihi
      Cili kisar macam biasa order kat Ros si tangan ajaib tu,.anak 6 pun dia sempat open order bahan kisarHalus kisarannya..Saya fail kalau blend cili ..penuh biji🤭

      Delete
  3. wah..dap tu....ubi rebus, yum yum

    ReplyDelete
  4. semua menu zaman dulu-dulu kak tapi ubi dan pisang tu sedapnya makan dengan kelapa atau sambal tomes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....ni sempena dah masuk bulan Ogos kan...biasa kalau tengok old post saya akan hidukpan tradisi makanan nostalgia bila masuk bulan Ogos...hihihi

      Delete
  5. Sy pun reti makan ubi rebus dgn sambal tumis ni bila mai belajaq di ibu kota :D tapi hat cicah nyioq tu tetap menjadi 'phoojaan' hatiku :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tempat kita memang ubibl rebus gu dengan nyoq gula garam.Tapi bila merantau walau hanya dalam negara rupanya banya variasi hidangan

      Delete
  6. pastu..pisang yg dah direbus dibawa ke pejabat tu makan dengan apa? serius tak pernah lagi tengok org rebus pisang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ngan yoq + gula + sikit garam...Try la Ammi..gu dengan kopi O plak...hihihi

      Delete
  7. Masuk dapur Mama Cella tak boleh sekejap-sekejap... kena jamu mata lama-lama di sini. Dah kenyang, barulah balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput la cikgu...hihihi
      Kita membesar dalam zaman yang saka pastinya ada persamaan nostalgianya...

      Delete
  8. Dah lama tak makan pisang rebus..Sedapnya nampak! 😃 Lapo, teringin nasi Lemak!

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok sambal tu...mesti sedap tu...x pernah lagi makan pisang rebus...

    ReplyDelete