Minggu lepas Kak Izzah ada bagi lagi pucuk beka kepada saay
Saya masak tumis pedas.
Bagi yang tak tau rupa pucuk beka segar..ni saya share dari imej Google
Pucuk yang Kak Izah bagi saya tak ambil pula gambar pucuk segar yang belum rebus.
Pucuk beka ni rasanya sedikit pahit dan bau dia pun maung.Maung tu bau pahit atau bau tak sedap macam bau pucuk mengkudu tu.Tapi bila dah rebus,tak bau lagi dah.Pahit pun hanya tinggal sikit ja pahit-pahit manja.Bagi yang dah biasa makan ulaman ni dan buahnya yang sedap dijadikan kerabu tu,pasti menyukai dan merindui...hihihi
Hari tu nampak kat blog PH pun ada pucuk beka ni...
Ni saya dah rebus pucuk beka hingga mendidih airnya dan pucuk beka berubah warna.
Bila bahan tumis dah naik minyak,baru masukkan pucuk beka rebus.Perisakan dan sesuaikan rasa.
Oleh kerana anak-anak confirm la tak suka sayur pucuk beka yang sedikit pahit tu,maka untuk depa saya masak sayur yang tak pahit.Sayur salad lettuce.Selalu salad ni dimakan mentah sahaja kan.Tapi saya nampak kat youtube sayur ni orang Cina tumis dengan bawang putih dan sos tiram nampak sedap.Saya cuba dan memang sedap.
Tapi saya tetaplah memilih sayur pucuk beka yang bukan senang nak dapat kat KL ni...Kat kampung pun bukan semua tempat ada pokok beka ni.
Tapi up sikit goreng ikan salmon .Salmon tu 2 keping.Saya potong kepada beberapa bahagian dan gaul garam kunyit.Goreng garing macam ni memang pakat berebut nak kulit dia la...rangup berlemak..
Bocor periuk nasi ni!
ReplyDeleteHihihi...harus la
Delete1st time dgr ni..pucuk beka...emmm
ReplyDeletePokok ni biasa tak ditanam tapi tumbuh liar...mungkin tak semua tempat ada
DeleteOo, bole masak tumis jugak ka? Sy ingat buat kerabu ja haha... almaklumlah dah tak berapa muda ni baru pandai makan pucuk beka MC :)
ReplyDeleteHihihi...pasninboleh try masak tumis ni PH...
DeletePH rumah landed boleh try tanam.Tapi kena pangkas selalu la agar tak tinggi.tapinkalaunpangkas selalu dia tak berbuah..Makan pucuk dah la...hihihi
alahai sedapnya kak pahit-pahit lemak..makanan orang2 lama ni kak itu yg kita rindu kan
ReplyDeleteBetoi...pahit-pahit makanan orang dulu sebnarnya sedap.Buah dia lg sedap Afzan...buat kerabu rasa macam perut lembu
DeleteSedap lauk2 ringkas begini
ReplyDeleteBetul Syaz....
DeleteTak pernah lagi jumpa pucuk beka ni. Tapi kalau tumis pedas camtu memang sedap la tu.
ReplyDeleteMungkin kat Sg Besar @ Teluk Intan ada tu tapi mungkin orang tak tau boleh makan sebab kalau yg mentah bau dia maung...tapi bila dah rebus sedap
Deletekalau sy tumis pedas mcm tu akn bubuh belacan sikit... hihihi.. dapnye walaupun x tau apa pucuk beka ni
ReplyDeleteBetul Kakmim...Kalau tambah belacan lagi aum..Lagi-lagi kalau belacan Sarawak...bau dia menggoda selera
DeleteMama Cella memang cukup keratif dalam bab masak-masak ni.
ReplyDeleteSemuanya menjadi, dan sentiasa menyekerakan!
Lauk yang confirm menambah nasi ye kak
ReplyDelete