Friday 21 July 2023

HOMEMADE CAPATI KUAH KACANG KUDA YANG SEDAP

 

Semalam petang hampir maghrib,saya masak capati.Kebetulan saya puasa,maka capati ni jadi juadah iftar saya merangkap dinner untuk anak-anak juga.


Saya buat capati makan dengan kuah kacang kuda.Plan asal nak buat roti paratha tapi tukar jadi capati pula..hihihi


Sebelum tu,saya masak dulu kuah kacang kuda.





KARI KACANG KUDA SEDAP

1 tin  kacang kuda( saya guna brand Kimball)

1 mangkuk kaki & leher ayam

( kali ni saya guna ayam bahagian tulang-tulang)

1 paket kecil rempah kari ayam

1 paket kecil rempah kari ikan

2 cili kisar @ 1 sudu besar serbuk cili( nak kasi kuah merah menawan)

1 biji tomato masak( besar)- dadu halus

1 bawang Holland-dadu halus

5 bawang putih - cincang

5 cili padi hijau- hiris

1 pokok daun ketumbar.

½ kotak kecil santan Kara

Minyak,garam,gula

1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland,bawang putih dan cili padi hijau 
2. Bila dah harum,masukkan tomato cincang.
3. Bila tomato dah lembut hancur,masukkan kedua-dua serbuk kari yang dibancuh dengan air.Masak hingga naik minyak
4. Masukkan ayam dan kacau beberapa minit biar keluar air ayam.
5. Tambah 4 cawan air dan masak hingga ayam empuk.
5. Masukkan pula santan  dan kacang kuda.Masak hingga mendidih
6. Perisakan.Kecilkan api biar merenih beberapa minit supaya kuah pekat dan naik minyak.
7. Taburkan daun ketumbar.


Dah siap kuah,nak buat capati la pulak..




Saya guna 
- 300gm tepung atta
- 2 cawan air suam 
- 1 sudu besar butter/marjerin
- ½ sudu teh garam.

1. Campur tepung atta dan garam

2. Masukkan air suam sikit demi sikit sambil diuli.Tak perlu sukatan tepat pun.Jika keras + air suam.Jika lembik sangat tambah tepung.

3. Masukkan marjerin/butter dan uli lagi hingga tidak melakat pada tangan.

4. Bahagiakan 10-12 ketul sebesar bola ping pong.Letak dalam bekas dan tutup dengan tuala bersih biar lebih kurang ½ jam supaya bijian tepung kembang dan lembut.

5. Tabur sikit tepung atta atas papan canai dan gelekkan dough yang dibulatkan tadi

6. Panaskan kuali dan tanpa minyak,masak kepingan capati sambil dibalikkan kedua dua belah supaya  masak sekata.

7. Capati yang dah siap masak,masukkan dalam bekas dan tutup dengan tuala kecil yang lembab supaya capati tidak kering dan kekal lembut selepas dimasak.Sebab kita nak terus sambung masak lagi kepingan capati seterusnya kan..😀


Saya buat 12 ketul.


Saya guna kertas minyak yang orang buat bungkus nasi lemat ni sebagai alas dan gelek la seketul demi seketul supaya jadi kepingan nipis.


Takda kuali leper.Saya hanya guna kuali biasa tu ja..
Panaskan kuali tak payah sapu minyak.In shaa Allah tak lekat sebab saki baki tepung atta pada permukaan capati membantu tak melelat pada kuali.

Dah nampak sedikit gelembung pada permuakaan capati,balikkan supaya kudua belah masak sekata.Nampak la tompok-tompok gelap macam ni menandakan dah masak.


Kuah dah siap.


Pinggan dah sedia.


Sambil tunggu azan maghrib,dah cedok masuk pinggan..
Macam bebudak kecik ..tak menyabar..
hihihi




Dengar ja azan,lelaju baca doa...
Bismillah....
Masyaa Allah....sedapnya..
Maaflah terpuji masakan sendiri🤭

Tak tau bila kali terakhir saya masak capati rumahan tapi bila cari dalam old post jumpa posting 2015 ja HOMEMADE CAPATI ...kat sini


14 comments:

  1. Kari kacang kuda bubuh leher dan kaki ayam memang mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu..
      Tulang-tulang memang melazatkan kuah

      Delete
  2. sulam pula dengan masala chai bertambah syahdu kak...

    ReplyDelete
  3. Nak 4-5 keping, ada lagi dak MC 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai...mai sini PH...kita uli yang baru...cicah sardin pun sedap ni...hihihi

      Delete
  4. Rajinnya menguli capati, ditambah kuah kacang kuda, tengah puasa pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab puasa tu kot jafi rajin...Nafsu temgah lapar...Semua rasa nak makan...hihihi

      Delete
  5. Saya pun dah beli Kimball kacang kuda tunggu ...dah hafal resepi umi cella ni tungu nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom,Shima
      Sedap no..cicah roti paratha ka..roti canai ka..roti Gardenia keping tu oun sedap..

      Delete
  6. Wahhh..macam menarik ni. Satu hari nanti nak cuba buat. Tapi tak tau satu hari tu bilaaa. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom zikir banyak2...
      Akan tiba harinya...hihihi

      Delete
  7. Makan capati sihat kan kak...cumanya kena makan kat kedai la..x reti nak uli..

    ReplyDelete
  8. saya kan baru je buang tepung atta arwah mama. masa awal-awal pindah haritu tak sampai hati nak buang tepung tu..tp esok dah genap 2 tahun mama pergi...mcm melampau pulak ko nak simpan lelama tepung tu

    ReplyDelete