Mengikut catatan pada sijil kelahiran saya dilahirkan pada pukul 7.15 pagi 3 Julai bersamaan hari Selasa.Kata emak beza usia saya dengan kakak hanya setahun. manakala beza umur dengan abang pula 5 tahun.Namun kakak telah kembali kerahmatullah ketika usianya 6 tahun.Al- Fatihah untuk kakak.
Semalam 3 Julai datang lagi.Berkurang lagi umur bila dicoundown....
Kalau dihitung menaik maka bertambah setahun lagi angka umur.Ada yang meneka umur saya ke tu?
Dah tua dah....Kalau mak saya masa umur macam saya ni dah ada 2 orang menantu dah...mak saya menerima menantu pertama pada umur 42..So, umur saya sudah pastilah lebih daripada 42..Lahir pun tahun 197...?
hihihihi
Zaman kanak-kanak hingga dewasa saya tak pernah pun menyambut hari lahir.Cuma setelah masing-masing sudah dewasa..Achik selalu belikan atau kirimkan sesuatu sebagai hadiah hari lahir.Kadang hadiahnya sebulan awal..hihihi...Beeberapa tahun kebelakangan ini sejak anak-anak sudah remaja dan dewasa,saya perasan mereka sentiasa ingat tarikh 3 Julai.Walau berbuih mulut dan berkali melarang mereka belikan hadiah untuk saya..tapi akhirnya saya terkesan dengan salah satu komen dari Cikgu Amie beberapa tahun yang lalu( saya sudah lupa komen pada posting yang mana) Katanya (saya tak ingat secara tepat tapi bunyinya lebih kurang) Biarlah anak-anak hendak memberi..bisukan mulut dan jangan banyak bunyi..tapi gantikan dengan doa untuk anak-anak
( lebih kurang macam tu lah kalau tak salah ingatan saya)
Saya simpan titipan pesanan tu dalam ingatan hingga hari ini.Pesanan yang menjentik hati saya dan sangat bermakna.Terima kasih Cikgu Amie!
Semalam...3 Julai datang lagi..
Seperti biasa sejak beberapa tahun ni....wish pertama datangnya dari lembaga yang selalu mengejar ni la...hihihiBuka email Cella untuk blog ni..Eh,ada email kiriman adinda tersayang dari Kuantan...😘
Terharunya bila tarikh kelahiran kita diingati sedangkan kami hanya rakan maya yang tak pernah bersua..Terima kasih Adinda Afzan..
Maafkan kakakmu terlambat merakamkan pengahargaan itu di sini.Tapi sesungguhnya kakak sangat berbesar hati dik!🥰
Tapi katanya dia share dengan Adah..Adah pula kata ti hadiah dari abang..Entah mana yang betul
Hadiah ke-2 pula daripada anak ke-2 sepersalinan jubah hitam bersama sehelai tudung juga bewarna hitam.Hari tu nampak dia beli jubah set dengan tudung sekali.Nampak cantik & saya minta dia order untuk saya sekali.Tapi bila tanya beberapa hari lepas dia kata dia belum order.Semalam nampak ada parcel dari J&T & rupanya Adah belikan jubah ni dan hadiahkan untuk birthday..Alhamdulillah...
Eh,sebenarnya hadiah pertama by Achik la..Tapi sebab Achik bagi advance dah lupa pulak Achik cakap ni hadiah birthday...hihihihi
Dah pakai sekali dah sebelum tarikh birthday..Alhamdulillah .
Tapi tengok lah betapa perasannya dia..
From Cella:
"anak bongsu paling comel"...hihihihi
perasan sungguh dia..
Seawal pagi dapat kiriman rezeki ...
Dari seorang sahabat yang tak pernah gagal mengingati 3 Julai.Walau sudah bertahun terpisah oleh jarak beratus batu namun setiap 3 Julai pasti ada bingkisan kirimannya..
Selamat hari lahir . Murah rezeki . Banyak betul hadiah
ReplyDeleteHappy birthday kak!! Banyaknya hadiah dr orang² tersayang.. semoga dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki wang ringgit dan kesihatan ya... semoga akak kaya dan bahagiaaaa!!
ReplyDeleteSanah Helwah MC 🌷
ReplyDeleteEh, kena panggil Kak la kot lepas ni 🤭
Alhamdulillah ramai yg sayang...
Selamat hari lahir Mamacella.. kita paling suka hadiah kasut tu, sebab kita pemakai S tu heheheh
ReplyDeleteHappy belated birthday kak, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. Seronok diraikan dengan anak-anak, kawan-kawan ramai yang ingat. Kita ni kadang orang ucap selamat hari lahir pun kita dah rasa gembira tau, ini kan pulak dapat hadiah macam-macam. Anak-anak bagi hadiah tanda dia menghargai dan tanda ingatan pada kita.Betul pesanan kak Amie tu kak, kalau dana pun sentap emak sound kita jangan sambut bday nya heheheh.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehappy belated birthday kak..semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki..
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat hari lahir, Mak Ngah. Semoga berbahagia dan sejahtera selalu. Kemahen sedap kek rainbow tu Mak Ngah.
ReplyDeleteHappy Birthday buat mamaCella 🎉
ReplyDeleteMoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Meriah sungguh dengan pemberian insan-insan tersayang.
Allahu.. hapy belated bday umi cella.. mg pjg umr mrh rzki sht2 sllu dlm redha Allah.. dpermudahkan urusan dunia akhirat.. dmakbulkan segala doa & impian.. aamiin..
ReplyDeleteMsti umi cella seronok & bahgia.. 🤩
Happy birthday makngah.. moga panjang umur dan murah rezeki selalu. Seronoknya dapat hadiah best² 😊. Ramai yang sayang makngah.
ReplyDeletePizza tu kalau nampak anak lanang yg di sini, mesti bersinar² mata dia tanda suka. Hahaha
Happy belated birthday kak...Meningkat dewasa, harijadi CUya pon tidak dirai keluarga....tkpela, hari2 harijadi Cuya sebab ibu sediakan makanan sedap...heheh btw Cuya follower baru! salam kenalll
ReplyDeleteSelamat hari lahir akak...alhamdulillah..bertambah setahun lagi umur..SA doakan akak sentiasa sihat dan bahagia selalu...
ReplyDeleteHappy belated birthday mamacella...ammi pun tak suka bila dirai waktu birthday tapi kadang-kadang bila orang tetap nak raikan kita terima jelah. itu tandanya kita disayangi
ReplyDelete