Sunday, 23 July 2023

AKHIRNYA BERJAYA HASILKAN TELUR GEDIK

 Nak buat telur ½ masak bagi orang lain mungkin sudah ABC,namun tidak bagi saya.Ada yang memang pandai agak masa rebus dan ada yang memang ada bekas rendam telur yang memang khas untuk telur ½ masak.Mungkin juga yang lain walau takda bekas tu tapi dah tahu petuanya..

Saya ni memang sokmo fail kalau buat telur ½ masak.Itu yang baru ni bila saya berjaya buat telur ½ masak,saya rasa macam nak lompat bintang..hihihihi


Saya bukan peminat telur ½ masak,sebaliknya saya lagu suka telur ¾ masak.Kalau anak jantan tu pulak saya tak pernah nampak dia order atau makan telur ½ masak.Adah pulak memang tak akan makan telur ½ masak.Telur rebus pun dia hanya makan putih dan yang kuning dia akan letak la mana-mana pinggan yang sudi .Selalunya pinggan saya la🤭


Haaa,kalau Cella,
Yes,dia memang peminat tegar telur ½ masak.Itupun kalau pi sarapan kat luar la.Kalau kat rumah rasanya dalam 10 percubaan ,jarang sekalipun perferc.Kadang jadi ¾ masak,kadang  putih relur  masih jernih,dah tak lalu nak makan.

Ni hari Rabu masa cuti Maal Hijrah,Cella tak request pun telur ½ masak ni,tapi saya yang excited nak cuba lagi berpndukan ilmu baharu 


Roti bakar bersama telur ½ masak dan secangkir kopi panas.



Itulah sarapan kami dua beranak pada pagi Rabu..1 Muharram 1445H


Excited bila saya berjaya hasilkan telur ½ masak dengan jayanya sama seperti yang kami SARAPAN @ KEDAI KOPI TEPIAN BANGI pada hari Sabtu



Saya ada tertonton kat youtube tentang buat telur ½ masak yang sempurna rapi dah lupa dari chanel mana.Yang saya ingat ialah

1. Sukat air 500 ml dan jerang hingga mendidih.

2. Sebaik sahaja mendidih,matikan api dan + 250ml air paip suhu bilik.

3. Terus masukkan 2 biji telur ayam suhu bilik(kalau telur dari peri ais sila keluarkan dari peti ais lebih awal supaya telur hilang sejuknya.
* Sebaiknya guna telur omega agar kuningnya cantik 

4.Rendam telur tersebut selama 15 minit..Mesti set alarm 15 minit supaya masa sharp.

5. Sebaik alarm 15 minit berbunyi,terus keluarkan telur dari air panas tadi dan segera rendam pula dalam air ais / air yang betul,-,betul sejuk untuk menghentikan proses masak telur tersebut.


Telur sedia dimakan selepas beberapa ketika.


Jom,tengok hasilnya..
Alhamdulillah,semua putih telur tu jadi putih dan tiada yang jernih.Telir pertama lagi perfect sebab putihnya yang lembut tu bersalut pada kuning telur.Telur kedua,Cella pecahkan,manakala telur ke 3 sampai hari ni masih misteri.Saya memang tak ingat langsung mana saya letak🤣
Mungkin masa nak basuh bekas tu saya dah tercampur dengan telur mentah atau mungkin saya dah terbuang telur tu..hihihi



Tambah kicap cair dan lada sulah
Kena la dengan roti bakar dan kopi panas


Saya beli roti putih untuk feel macam kopi tiam..


Roti putih yang lebih tebal sesuai untuk dipanggang.


Takmo masuk oven @ toaster tapi nak panggang kuali.Lepas sapu butter panggang hingga garing kedua belah roti.

Menikmati roti bakar bersama telur ½ masak serta kopi panas sambil menonton live  TV ...
Sambutan Maal Hijrah 1445 


6 comments:

  1. Ingatkan buat telur 1/2 masak utk perantin baru, hihi.

    Dulu2 sy pun pakai timer, skrg sy guna jer benda alah kuning tu, hahha. Tapi kalau guna tu, telur saiz B dan suhu bilik baru betul menjadik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...perantin baru,masih PJJ🤭
      Nak kena beli jugak benda kuning tu lepas ni..hihihi

      Delete
  2. Saya ada beli alat comel di Daiso. Alat tu akan berubah warna. Dah try guna, memang menjadik.

    Tapi lepas tu dapat tau cara lain pulak, belajar dari adik ipar. Mudah dan setakat ni menjadik.

    Walaupun cuma berjaya masak telur 1/2 masak, itu tetap satu kejayaan kan? 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila keluar selalu lupa nak cari benda comel tu...Nak kena set reminder baru nak ingat..Kalau jumpa lepas ni nak kena beli jugak la

      Delete
  3. SA guna bekas yang kat kedai mamak tu...alhamdulillah elok msak sekata...kena make sure lubang keluar air tu berfungsi x tersumbat

    ReplyDelete
  4. wah...sedapnya. mcm lama je x makan telur separuh masak ni

    ReplyDelete