Salam Aidil Adha hari tasyrik terakhir.
Saya tengah baking Sampret Dahlia.
Semalam bertolak dari Kedah.Belum pukul 7 pagi kami dah melepasi Tol Pendang.Alhamdulillah,perjalanan awal pagi melancarkan perjalanan dan terhindar daripasa perangkap jem.Singgah R&R Tapah untuk alas perut dengan reroti Herold Bread Juga untuk tukar driver daripada Adah kepada Cella.Biar depa orang muda pula drive.Sempat la layan satu dua mimpi..hihihi...Sebelum zuhur dah selamat sampai rumah.
Ini juga adalah biskut dahlia untuk Dr Nurisha..Semoga ianya memenuhi selera ..
Sepatutnya seawal pagi membaking tapi macam biasa la...nak mencari mud tu yang payah.Akhirnya terpaksa merajinkan diri demi sebuah janji...hihihi
Nasib baik ada anak dara bongsu tu tolong letakkam ceri.
Ready untuk masuk oven..
Letak ceri sambil tengok movie.
Kalau zaman saya anak dara buat macam ni ,alamat kena bebel dengan mak..hihihi
Tapi dah zaman depa lagu ni..
Kita diamkan ja la..
Biarlah dia buat sambil tengok movie pun,janji kerja siap..
Buat 3 adunan =3 ketul butter.
Dapatlah 3 balang untuk Dr Nurisha dan jika ada bakinya boleh la sebiji dua masuk molot sendiri..Kalau ada laaaa...hihihi
Alhamdulillah,siap tunaikan janji..3 balang sampret dahlia ready to delivery.Suka juga saya nak share lebih detail.Satu balang ni kuantitinya 50++pcs.Untuk 1 adunan dapat dalam 65-70 pcs bergantung kepada size.Ini size yang biasa saya buat.Kalau buat nipis-nipis dapat lebih la agaknya.Tapi saya tak berani buat nipis sebab risiko pecah kerana resipi ni biskutnya rangup tapi cair dimulut.Kena biar sejuk sikit baru boleh angkat dari tray kerana bunganya rapuh.
Nak buat makan keluarga pun sesuai.Andai ada yang nak berniaga,silakan..
Resipi saya c&p dari old post ja..
Cuma saya buat guna 3 ketul butterr dan gulanya kali ni saya kurangkan sikit.Guna ¾ cawan ja untuk satu adunan sebab bila saya kurangkan jadi ¾ cawan masa buat sampret dahlia Raya Puasa hari tu..macam lagi sedap bila kurang manis...Maka lain kali saya akan guna ¾ cawan icing sugar untuk 1 ketul butter..
SAMPRET DAHLIA ...
1 ketul butter
¾ cwn gula icing
1 telur
1 camt esen vanila
1 cwn tpg kastad ( yang ni memang saya hanya akan cari Bird's custad)
1 1/2 cwn tpng jagung( saya guna sebarang brand saja)
Tepung gandum ikut keras yang sesuai( saya guna tepung cap rose merah)ceri-potong
1. Mix butter & gula icing sampai bercampur rata
2.Tambah telur & vanila
3. Tambah tepung jagung & tepung kastad.Mix lagi sampai rata
4.Guna tangan untuk tambah tepung gandum sikit demi sikit hingga agak2 boleh picit dalam acuan...Cuba masukkan dalam acuan & tekan untuk pastikan keras atau lembik..Adunan kena lembut baru mudah nk picit...Tapi jgn terlalu lembik sbb kalau lembik sangat nnt masa bakar bunganya akan "tidur".. Kalau keras susah nk tekan..agak2 la ye..6. Tekan dalam dulang & hias dengan ceri potong7.Bakar suhu 180 & agak2 dlm 20-25 minit..
Tips: guna gula icing lebih baik dari gula kaster..kerana gula icing senang hancur...Kalau gula kaster x betul2 hancur nanti masa bakar bunganya kembang & x cantik..
- Kalau guna gula pasir yabg dikisar sendiri...gunakan hanya ½ cawan sahaja kerana gula pasir kisar lebih manis daripada gula icing
*Tambahan tips..jika terpaksa guna gula kaster,kurangkan sukatan kepada 500gm sahaja untuk 4 ketul butter tu kerana gula kaster lebih manis berbanding gula icing.
Ramainya semprit
ReplyDeleteTahniah Mama Cella dapat tunaikan janji menyemprit.
ReplyDeleteSaya yang rasa penatnya hihihiii. Selesai menyemprit bawa-bawalah berehat dulu ye Mama Cella.
special request ni...dapat rasa cair dimulut
ReplyDeleteHahaha.. tulah pelik juga, kenapa resepinya dalam perenggan. Ahhh, kita teringat lagi keenakan dahlia Mak Ngah, memang betul, tak manis, patutlah sy boleh makan banyak. Kalau manis sgt kita mesti berhenti cari air dulu. Ni, ngap ngap ngap terus. Nanti nak lagi, tapi tu la, susah nak guna orang tengah ni.
ReplyDeleteDapat berapa biji je masuk mulut sendiri tu mamaCella? 😁
ReplyDeleteCair tengok kuih semprit depa... Ni kalau makan ni mau lepas satu, satu masuk mulut tak berenti :D
ReplyDeleteSaya suka menyemperit, tapi part potong dan letak ceri tu yg malas, guna cokelat cip je, cepat dan sedap
ReplyDeletemesti sedap kan kak, bau mesti harum semerbak kan masa bakar ni
ReplyDeleteLawanya bila capture banyak² mcm ni
ReplyDeleteanak dara bungsu tu, dak Cella kan? Saya pernah ikut beberapa resepi Puan n menjadi, Alhamdulillah n tmakasih kongsi resepi..
ReplyDeleteIkut resepi ni, sesuai tak untuk buat semperit yg bentuk panjang2 tu..tq