Tuesday, 18 July 2023

GORENG MEE KERING VIT"S

 

Semalam petang,saya masak Mee Kering Goreng.Plan asal saya nak masak roti paratha cicah dengan kuah kacang kuda.Tapi last minutes tukar plan sebab tetiba teringin Mee Kering Goreng..


Rasanya dah dekat setahun kot tak masak Mee Kering Goreng ni.Kadang sebab lupa wujudnya mee kering ni..hihihi
Kalau dah start masak sesuatu tu mula la dok ulang-ulang.Macam tahun lepas rasanya dok ulang masak mee tarik oats..mee labu dan aneka mee dengan aneka perencah.



Saya masa berencahkan ayam goreng yang disiat-siat.Kebetulan hari Ahad tu Cella balik hantar barang dengan kawan dia.Dia cakap nak ajak kawannya lunch kat rumah upah angkat barang..hihihi..
Kitapun masak ala kadar sahaja.
Masak Nasi Putih
Daging Goreng Berlado
Sup Sayur Petola + Bebola Ayam
Ayam Goreng

Semalam nampak ada baki ayam goreng bahagian dada ada dua ketul.Maka kita siat-,siatkan ayam goreng tu,jadikan rencah mee kering goreng.


                     pic Google

Seperti biasa saya gunakan Mee Kering  brand Vit's ni..Ni juga antara stok yang selalu ada kat dapur untuk waktu-waktu tetamu datang tak dijangka..Selain mihun,mee tarik dan pasta-pasta,mee kering ni juga boleh jadi masakan yang cepat tak banyak songeh.
Resepi saya c&p saja dari old post.Cuma kali ni saya guna dada ayam goreng yang dicarikan..

MEE KERING GORENG
1pack mee kering (10 keping)
1 keping besar dada (dari seekor ayam)
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup + daun bawang
1/4 cawan minyak
2 sudu teh garam
1 sudu gula perang
1/4 cawan kicap

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
5 bawang putih

1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee
2. Semantara air memndidih panaskan minyak.
3. Tumis isi ayam bergaram hingga masak & carik-carikkan.
4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.
5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.
6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumisan.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis
7. Masukkan juga isi ayam  & gaul rata sambil direnjis kicap
8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang



Pic by Cella...
Tengah tunggu azan.Kebetulan semalam saya puasa..Masak mee ni untuk iftar merangkap dinner.



Pic dari saya...
Yey..macam saya dah pandai skit dah snap pic kan.....hihihi


7 comments:

  1. Kalau SA sepinggan kenyang terus ni....sedap ...suka gak mee kering vits sebab dia kenyal2

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Mama Cella sudah kembali bersilat di dapur.
    Bolehlah selalu singgah dengar celoteh Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..doakan mambang rajin singgah kat saya🤭

      Delete
  3. Cella tengok maruko chan ke kak?cartoon fav Pia duk ulang2 tengok smp kita yg dengar ni je pun dh boleh hafal dialogue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo namanya maruko chan ke...
      Dak Pia pun suka yer..
      Saya kenal upin ipin,doraemon & sin chan ja🤣

      Delete
  4. Sy mcm afzan... tgk cerita apa yg cella tgk kt tab tu.. hihihi

    ReplyDelete