Sunday, 23 July 2023

HOT PANCAKE BY CELLA

 TTK dah start cuti sem.Malam tadi sebelum tidur dia dah cakap esok pagi weekend dia nak masak pancake untuk breakfast.Katanya dah lama craving homemade hot pancake.Dah banyak kali dia request tapi maknya dah tak serajin dan segigih  dulu.hihihihi

Ni dia kata dia nak buat sendiri..Hmmm...lagi bagus..

Bukan susah sangat pun.Bahan semua ada.Nak kena sediakan kerajinan saja..



Alhamdulillah,weekend hari ni breakfast dengan air tangan Cella.



Hot pancake with butter,honey & strawberrry jam.



ops...bertemankan teh O panas..


Entah kenapa kalau pancake & scone,macam kena gu dengan teh O berbanding kopi.Rasa macam lebih ngam.


TTK sedang beraksi di dapur .Baru perasan berlatarkan bunyi Radio Klasik....hihihi
Katanya kenapa pancake dia tak betul-betul bulat macam saya masak.
Haaa...sebabnya dulu saya dok masak guna pan kecik saiz 5 inci tu.Memang la bila tuang adunan jadi bulat elok sebab pan tu kecik comel.Tapi dah berbelas tahun pan tu dok guna,lapisan non stick dia dah tanggal-tanggal,maka pan kecik tu dah dibuang masa kemas-kemas dapur sebelum puasa hari tu...hihihi
So,sekarang guna la pan yang besar ni.Rasanya lagi senang nak handle

Masa nak siap bahan dia dok tanya juga nak letak apa lagi kalau buat pancake.Saya memang suruh tengok resipi sendiri..

Rujuk saja kat sini sebab dah ada step by step..


PANCAKE
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu gula
1/4 camt garam halus
1 cawan susu cair 
¼ cawan air (jika adunan terlalu kental)
2 biji telur
2 sudu butter


1. Ayam tepung dan baking powder.
** jika nak mudah,guna tepung kek dalam kotak tu( self raising flour) sebab dah siap campur baking powder.

2. Ramas2kan butter dengan tepung hingga jadi macam breadcrumb.

3. Bubuh gula,garam & gaul.

4.  Buat lubang pada tepung tu & pecahkan telur.

5. Tambah susu & kacau rata2..Kalau terlalu pekat tambah lagi sikit susu @ air biasa anggaran ¼ cawan lagi.(Ia bergantung kepada saiz telur.Jika telur kecik,perlu tambah air ni)

6. Panaskan pan kecil dan biar sederhana panas.( jangan terlalu panas)

7. Tuang sesenduk  batter ke dalam pan.Tutup pan supaya cepat masak

8. Bila nampak buih2 dipermukaan kuih pecah dan nampak permukaan kering menandakan kuih sudah masak.Balikkan permukaan atas ke bawah sekejap jika atasnya belum kering.Siap

**tips untyk dapatkan warna crust pancake yang cantik -- JANGAN sapu minyak @ butter pada pan.- Pan JANGAN terlalu panas



Dalam dok tengok resipi pun,bila jenguk nampak dia dah derhaka🤭

Saya biasa buat dan dah tulis dalam cara buat tu gaul ramas tepung dan butter sampai dah jadi breadcrumb baru masuk bahan kering seperti gula dan garam.

Tapi saya tengok dia belasah ja semua bahan,tepung,baking powder,garam  gula dan butter.Pastu takda nya dia nak guna tangan untuk gaul ramas.Dia belasah  lenyek-lenyek guna wisk & terus campur telur dan susu.Kata dia,kacau lama-lama bercampur juga semua tu.
Hmmm,short cut betul..



Nasib baik menjadi dan sedap...hihihi

10 comments:

  1. alhamdulillah...sedap nampak tu

    ReplyDelete
  2. Wah, TTK dah start cuti sem ya. Iman hr ni last day exam tapi belum balik lagi. Ada program dgn kwn².

    Lps ni Mak Ngah boleh goyang kaki, dah ada chef kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,Dak Iman pun dah cuti sem ye.Boleh la bonda ada geng lepas ni nak jenjalan

      Delete
  3. lepas ni umi balik kerja tinggal buka tudung saji aje lah semuanya dah siap masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Bukantudung saji ada megi la Afzan...Hihihi

      Delete
  4. Rajin dia ke dapur 👍👍👍
    MC bolehlah outsource ke dia lepas ni, bab masak-memasak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Kalau nak makan telur dadar kuah megi boleh la kot🤣

      Delete
  5. resepi ni macam kena pass kat kyra sbb dia je yg suka. kalau bagi abah dia karang dah jadi keje pulak ammi kene buat sambal sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah tu Ammi...Depa bab makanan macam ni kena dengan taste depa orang muda.
      Kalau kita memang geng abah Kyra..kena ada sambal tumis🤣

      Delete