Sunday 9 June 2019

JOM,MASAK RENDANG AYAM..!

Jom,masak rendang ayam...
Heee...kalau balik Kedah best..
Boleh kenal banyak  makanan & bahan nak masak
Seronok skit nak masak dapur luas & terang nampak langit dan sawah padi...
Antara yang sempat belajar minggu ni..
Rendang Ayam
Mak aku sediakan bahan
Banyak yang amik fresh dari edible garden nenek
Serai..Kunyit...daun kunyit..pandan..
Daun limau purut & lengkuas petik kat umah Achik...


Kopek bawang
Gunting cili dulu...
Cili ni bukan semua nak masak rendang
Tapi sajer mak aku soh gunting banyak..
Nak buat stok cili blend sekali


Haaaa...baru tahuuuu
Susahnya nak hiris serai
Nak gunting cili & kupas bawang memang kacang jew...!
Bab nak hiris serai...
Haaaa.....melecet tangan bai...!
Serai ni lak nenek kata memang spesis Serai Peha Ayam..
Besar macam peha ayam & agak keras
Tak macam serai biasa yang lebih kecil dan lebih lembut

RENDANG AYAM ...mak aku
1 ekor ayam(potong 16)
2 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
2 asam keping
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka
1 sudu kerisik
1 helai daun kunyit simpul
1 helai daun kunyit,- hiris halus

Bahan Blend:
30 cili kering
3 batang serai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 ketul.kecil kunyit
6 bawang merah
4 bawang putih

1. Masukkan ayam dan bahan blend dalam kuali dan masak hingga keluar jus ayam
**** jika guna santan kotak.Tumis dahulu bahan blend bersama 1/2 cawan minyak kerana santan kotak tidak mengeluarkan minyak berbanding santan fresh)
2. Masukkan santan cair dan masak hingga pekat dan kering.Tambah santan pekat,asam,garam dan daun kunyit simpul
3.Bila mendidih masukkan gula melaka dan kerisik
4. Masak dengan api perlahan supaya naik minyak
5. Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris halus.Siap




 Masukkan bahan blend ke dalam kuali  bersama ayam..
Ayam akan mengeluarkan jus dan masak sekejap hingga airnya kering


 Masukkan santan cair dan masak hingga ayam empuk.
Baru masukkan santan pekat


 Tambah garam,asam keping,daun kunyit simpul  dan masak hingga pekat


 Masukkan kerisik dan gula melaka




 Perlahankan api dan biar mendifih perlahan supaya naik.minyak



Bila naik minyak sesuaikan rasanya..
Taburkan daun kunyit hiris dan matikan apo

3 comments:

  1. Salam
    Suka rendang tapi kurang menjadi .haha tak lengkap Bahan la ITU la ini la..macam macam..

    ReplyDelete
  2. Amboi dah pandai masak rendang??bagus..tu

    ReplyDelete