Monday 24 June 2019

SAMBAL DAGING vs KETUPAT FROZEN - RAYA 6

Syawal ke-19 hari Ahad 23 Jun
Sambal Daging vs Ketupat Palas
Mak aku cakap ni ketupat palas frozen
Nenek bekalkan masa balik raya 2 minggu lepas
Mak aku masak untuk weekend breakfast
Actually sebab mak aku dah Raya 6
Dah habis puasa 6
Aku ada baki sehari lagi
Sabtu Ahad aku xnak puasa
Aku sambung Isnin lah untuk cukupkan 6 hari


Mak aku masak Sambal Daging
Sedappp


SAMBAL DAGING ...mak aku
1/2 kg daging
3 biji kentang- potong wedges
1 serai
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula melaka
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 serai
1 ketul kunyit

1. Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis.Simpan air rebusan
2. Panas minyak goreng kentang dan ketepikan
3.Tumis bahan blend hingga naik minyak
4. Masukkan air rebusan daging,serai,asam,garam dan gula melaka
5. Bila pekat masukkn daging rebus hiris dan kentang goreng
6. Masak hingga naik minyak semula dan sesuaikan rasa




Ketupat frozen siap direbus
Dari malam mak aku dah defros
Pagi rebus


Sambal Daging sedappp
Makan ngan nasi putih pun sedap


Untuk simpan kat abang
Abang pesan simpan
Nanti balik kerja nak makan


Memang dah macam raya
Sebab selain masak Ketupat Palas,Sambal Daging
Mak aku juga masak Roti Jala Kuah Durian
Pastu makan tepi balang kuih raya
Sedappp...
Pastu gi beraya ...
Open house..
Raya kan sebulannnnn....!

2 comments:

  1. Replies
    1. Raya kan sebulannn....
      Heeee...
      Pasni raya haji plak..
      Pastu....huwaaaaaa....axam

      Delete