Tuesday, 19 May 2026

KE TAWAU LAGI MEI 2026

 Weekend baru ni  Jumaat 15 Mei 2026   saya terbang  ke Tawau lagi  untuk kali ke 5 sepanjang Adah anak betanak di sana.

Dalam tempoh 3 tahun ni berpeluang 5x ke Tawau pun tumpang rezeki yang Allah kurniakan kepada anak menantu dan cucu.Allah masih kurniakan lagi rezeki dapat jejak Tawau lagi untuk tahun 2026 ni...Juga asbab mereka di sana jugaklah  cuti Krismas 2024 dapat cukupkan kuota mak untuk cukupkan jejak kaki ke semua negeri di Malysia.Kalau tak kerana mereka di sana,ikut akal saya memang tak la kot kami ke sana.Tapi mungkin rezeki Allah turunkan kerana selalu berzikir minta Allah kurniakan rezeki ke sana  bila tiap kali terdetik dalam hati seronoknya ke Negeri Bawah Bayu bila selalu baca blog CIKGU AMIE.Walaupun belasan tahun dulu pernah 2x menawan Gunung Kinabalu ,tapi pastinya Tawau lebih dekat dihati kerana di sana  Allah limpahkan  rezeki kepada  anak,menantu dan cucu hingga kami juga menikmati tempiasnya...


 

Flight kami seawal 6.00 pagi dari KLIA 2.Kali ini saya juga ditemani Cella.Seperti sebelum sebelum ni,,Jumaat Sabtu dan Ahad jadi pilihan kerana nak sesuaikan dengan hari Pasar Malam Chester di Tawau..Tak lebgkap kalau ke Tawau tak menikmati kemeriahan dan menu pasar malam yang  jarang jumpa di semenanjung..

Cuma sedikit ralat kerana  Achik tak dapat setai kami..saya sangat berhajat nak ajak Achik anak beranak bersama ke Tawau kali ni.Bila anak menantu dapat tiket warab balik Tawau minggu lepas,saya dan Adah dah plan nak ajak Achik ke Tawau. Tahun lepas dah plan nak ke  Tawau/Semporna.Walau kami rancang dah hampir jadi tapi  Allah belum izinkan  bilamana anak menantu kena balik semenanjung pada pertengahan Disember tu..


Kali ini juga memang plan dengan Achik nak bersama ke Tawau..Namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan,Achik dan Aqil tak dapat join.Ingat nak belanja Haikal ke Tawau tapi sayangnya Haikal juga tak dapat join kerana terikat dengan program pada tarikh 15 Mei tu.Anak jantan saya pula tak dapat ikut kerana baru sahaja ambil cuti ride bersama rakan²nya ke Penang beberapa hari sebelum tu.Akhirnya hari Rabu Adah booking tiket umtuk saya dan Cella sahaja.Esoknya saya mohon cuti dan Alhamdulillah ppagi Jumaat  sekitar pukul 4.00 pagi kami 2 beranak bertolak dari rumah.

Kali ni kami ambil keputusan untuk drive sendiri dan park kereta di KLIA 2 selama 3h2m tu.Kesian nak minta tolong anak ja tan tu hantar dan jemput kami pulang nanti kerana dia baru sahaja ambil cuti pergi ride tu.Lagipun sebelum ni pernah bebrrapa kali pengalaman park kereta kat sana semasa beberapa kali ke Kuching sebelum ni.Anggaran harga bayaran parking sebelum ni untuk 3h2m sekitar RM150++Padahal ada je Aerobus dari TBS-KLIA2 tu dengan harga tak sampai RM20 pun sehala..Kalau tak silap Adah kata masa dia berulang alik jadi volenteer PPV KLIA masa covid tu harganya RM12 sehala.tapi biasa la kita manusia ni kan...kalau ada lagi senang pastinya memilih nak lagi senang kan...hihihi.
Kalau saya sorang meraba juga nak parking kereta kat sana tapi sebab Cella dah biasa datang sorang-sorang jer tiap kalau hantar dan jemput Adah  dari KLIA 1 & KLIA 2.
So,dia dah familiar nak cari parkir yang dekat dengan pintu masuk dan keluar bagai..


Alhamdulillah....selfie nak hantar kat Adah bgtau kami dah masuk plane.Lega bila dah  masuk dalam perut kapal terbang.Adah dah tolong check in sesiap malam Jumaat sebelum fly..Lepas parking kereta  dah pukul 5 pagi...terus ke lobby Cella print tiket & tengok gate dah buka..Sekali baru tengok flight kami kat gate K...Jenuh menapak sebab gate K memang jauh..Jenuh menapak...elok elok sampai memang penumpang hot seat & Zon 1 dah mula beratur..Memang betul betul Allah mudahkan urusan.Lain kali jangan buat hal leweh leweh lagi..Patut pukul 3 pagi bertolak dari rumah baru tak kelam kabut.



Untuk meal,kali ni saya pilih mee wantan ,manakala Cella pilih menu baharu Air Asia iaitu  Malatang
Cella kata dia nampak kat Tiktok ramai recoment order malatang ni..
Tapi tu la...bau dia satu kapal🤭

Wah,nampak sedap kan...
Kena tunggu 7 minit sebelum bagi mee(sebenarnya kue teow) tu sedia dimakan..Sefao sebab kuatoew dia kenyal...kuah hotpot tu pulak pedas dan berperisa apa ek...yang bila makan lidah rasa kebas macam kita makan wasabi tu ..Harga pun sangat berbaloi yer.. Yang ni Adah dah siap order meal masa booking tiket.Tapi kalau tengok kat buku menu Santan tu combo dengan minuman baru RM13++...Sangat recomended bagi yang suka pedas dan makanan lengkap berkuah hangat dan pedas Tapi kalau jenis perut tak tahan ...takut sakit perut la makan pedas sangat.Saya memang suka sebab peminat pedas


Satu perkara yang saya cukup risau kalau dalam flight kalau kita duduk berjiran dengan orang lain dan mereka pula tak order makanan..Macam kali ni pun sebab berdua,pastilah seat satu lagi akan diisi dengan orang orang lain 
.Lagi-lagi kalau seat sebelah kita adalah kanak-kanak...Memang tak tertelan nak makan  kalau budak tu tak order makanan...Saya tak ada masalah nak pelawa makan atau nak kongsi makanan tapi zaman sekarang ni kena fikir 10x...perkara betul boleh sahaja me jadi salah..


DANNNNN .....
Apa yang saya risaukan...itulah yang terjadi...
Cella duduk seat A tepi tingkap sebab dia nak rakam gambar awan..saya duduk seat tengah B...manakala seat C adalah penumpang kanak-,kanak lingkunga. umur bawah 10 tahun rasanya...


pic google

Nasib baik saya sudah bersedia....Sehari sebelum tu saya dah minta Cella belikan saya 2 bekas kerepek kentang ni 


Dan 2 bungkus kekacang macadami + gajus ni ..Dalam hati dah berniat jika ada budak duduk sebelah saya  dan dia tak order makanan..saya nak bagi ni supaya saya dapat makan makanan saya tanpa rasa bersalah sangat🤭.Saya bawa dalam handbag saya.Kalau ikutkan memang mana-mana  penerbangan pun  tak dibenarkan bawa makanan luar tetapi dari pengalaman kalau penerbangan tambang murah ni depa tak strick sangat untuk penerbangan domestik .Kalau penerbangan international ya mereka lebih strick..Mungkin untuk domestic mereka lebih kepada bertolak ansur dan budi bicara tapi jangan la pula kita bantai bawa macam pi berkelah atas kapal terbang...Patut patut la kan kalau depa dah bertolak ansur dengan kita pepandai la kita pun jangan berlebih-lebih pulak.Takat sedikit makanan ringan macam chips dan coklat kecil in shaa Allah staf depa pun buat buat tak nampak atas budi bicara..Kebetulan kanak-kanak perempuan yang seat sebelah saya ni saya nampak mereka 6 beranak iaitu ibu bapa dan 4 anak yang masih kanak-kanak  duduk berpecah pecah tempat duduk dan semua tak pesan makanan pun.Mungkin mereka hanya ambil seat random yang tidak memerlukan bayaran tambahan.Macam kami selalunya memang kami akan buat bayaran tambahan demi nak dapatkan seat tepi tingkap dan seat berdekatan antara satu sama lain taknak berpecah.Lain lah kalau fly sorang tak kisah dapat seat random..untung nasib dapat tepi tingkap tanpa tambah bayaran kan...hihihihi

Berbalik cerita kanak-kanak sebelah saya tu. Cella dah dapat agak saya akan berikan chips tu kepada budak tu.Cella dah larang saya supaya jangan bagi sebab risau dilah anggap..Tapi saya cakap saya tak sampai hati nak makan jika ada budak memandang tanpa ada makanan untuknya...
Tapi nasib baik masa steward serve makanan,budak perempuan tu tidur.Saya sangka dia buat -buat tidur sebab tak order makanan tapi rupanya memang dia betul-betul tidur.Masa saya hulurkan  potato chips tu pun dia tepis hingga bekas chips tu jatuh tergolek bawah seat penumpang depan.Jenuh pulak saya terbongkok bongkok nak ambil bekas chips tu..Dah la sempit kan...adoi....🤣🤣🤣
Bila budak tu terjaga,saya bagi juga chips tu kepadanya kerana saya belum habis makan mee wantan dan Cella masih makan malatang noodle..

Namun apapun saya masih beringat dan berpesan kepada diri sendiiri supaya tidak melakukan perkara itu dalam penerbangan international.Saya juga tidak pasti tindakan saya ini wajar atau tidak,namun yang pasti ia tetap salah.Cuma atas budi bicara sahaja.


Dari langit subuh masih gelap....



Hinggalah cahaya fajar diufuk timur mula terang...


Cella melayan mata..manakala saya curi-curi jenguk tingkap..Kalau tau dia hanya nak membuta...baik saya jer duduk seat sebelah tingkap tu..🤭


Welcome to Tawau.....
Dipendekkan cerita...tepat pukul 6 pagi take off  KLIA2 & tepat 8.50 pagi touch down @ Tawau Airport







Buka wasap nak bgtau Adah kami dah landing...Tengok wasap rupanya Adah SS dari Radar 24 flight kami tadi ruoanya merwntasi ruang udara negara Brunei Darussalam...hihihi..So boleh la perasan sikit dah pernah ke Brunei...walaupun hanya ruang udara..🤣🤣🤣





Airport Tawau tidaklah besar..Hanya   lebih kirang airport Alor Setar jugak...so,tak susah sangat nak berurusan.Turun bawah keluar lobby tunggu Adah tengah cari parkir.Rupanya Adah datang berdua sahaja dengan suaminya...Sarah dah dihantar ke rumah pengasuh kerana hari Jumaat kan hari bekerja...Adah dan suaminya juga tengah kerja tapi excuse sekejap untuk jemput kami di airport..


Alhamdulillah....perut masih kenyang makan mee wantan dan malatang  dalam flight tadi.Planing kami nanti lunch break nanti  Adah & suaminya nak bawa kami lunch Ikan boulu goreng.Tiap kali datanga Tawau wajib lunch ikan boulu ni...
Harap-harap buka la warung Nina Hilltop tu..Kalau tak...mau kempunan saya....




No comments:

Post a Comment