10 Zuhijjah 1447 dah selesai...Masuk hari ke 11 Zulhijjah ..qurban masih dimana-mana.Alhamdulillah,Allah kurniakan kemewahan rezeki .Dulu zaman saya kanak-kanak kalau kat kampung kami jarang orang buat qurban.Kalau ada sorang buat qurban atas faktor ekonomi.Kalau ada sorang buat qurban,makan berkerumun la yang datang dengan harapan ada habuan dapat daging qurban.Kalau dapat daging qurban pun adalah sebesar tapak tangan,,tapi dia punya seronok tu senyum sampai telinga.Bukan tak pernah makan daging,sebab kalau raya ,kalau kenduri memang wajib ada daging..tapi feel dapat daging qurban tu lain ye!..
Saya tidak tahu di tempat lain,mungkin ceritanya tidak sama,namun saya hanya bercerita tentang kampung saya.Sebuah kampung yang agak jauh dari pekan.Yang dulu warganya hanya bergantung kepada menoreh getah,berkebun kecil kecilan dan menanam padi sekadar sara diri.Semua boleh katakan sekufu.Kalau nampak susah sikit mungkin sebab tiada hartanah.Terpaksan sewa/pajak bendang orang lain demi stok padi dan beras untuk keluarga.Terpaksa meorong/menoreh getah pawah untuk sumberpendapatan yang mendatangkan duit$$ masa tu.Kalau ada yang nampak senang sikit pun mungkin sebab kebunnya luas,sawahnya banyak.Namun kalau musim hujan,ekonomi seakan terhenti.Kalau musim menuai padi ramai yang lega kerana sekurang-kurangnya stok makanan untuk setahun dah ada.Ada padi,maknanya ada beras.Ada beras adalah nasi.Ada nasi,in shaa Allah tidak adalah yang berlapar.Tinggal cari lauk sahaja.Kalau musim hujan tak dapat menoreh,makan nasi lauk ikan masin pun dah sangat bersyukur kerana
Namun,sekarang sejajar masa berlalu.. Alhamdulillah untuk warga kampung kami,kesedaran dan limpahan rezeki yang Allah kurniakan membolehkan kebanyakan warga menyertai ibadah qurban.Kalau tidak berpeluang berqurban pun,masih berpeluang menikmati daging qurban sama ada dapat yang mentah atau paling tidak dapat makan kenduri daging qurban.Malah,sepanjang 4 hari yang disunatkan buat qurban tu memang meriah dan mewahlah daging serta kenduri di sana sini.
Kenduri qurban kat kampung mak....
Selalu kat kampung kalau kenduri qurban,masak simple simple sahaja.Wajib ada daging rebus/sup cicah air asam tomato,ikan masin pembuka selera,sambal belacan dan ulaman kampung.Biasanya ada juga menu ayam untuk ya g tak makan daging.Tapi pic ni masa kami sampai lauk belum ditopup..
Side dish pun ada beberapa jenis...pizza,laksa san kuih muih serta buah-buahan.
Elok kami dah duduk makan,depa topup lauk..Segan dah la nak ambil gambar kan...
Tapi tak segan nak bangun topop lauk dalam pinggan ..hihihi
Pinggan Cella...tapi kepingan perut tu Cella tak makan...saya la ngap..cicah air asam tomato pulak...nalla..!
Walau ada daging ..ayam dan lainnya....ikan masin gelama kering ni juga lidah rasa paling sedap..Kena dengan gu ulam cabainya..hihihi
Jemputan lain dah tak mampu nak teruskan...Usai makan kat sini,terus balik rumah mak.Nak tengok apa khabar sup gear box dan kaki lembu semalam yang kami masak 2nd round malam tadi sebelum balik ke rumah masing-masig.Takut mak tak panaskan sup tu.Maklumlah sejak dah lebih 15 tahun ni mak dah tak makan daging.Nak masak nak panaskan pun mak dah tak endah.Kalau dulu zaman muda...itu semua kesukaan mak tu !
Dah sampai rumah mak...eh,baru ingat,jiran sebelah rumah mak pun buat qurban sekor lembu dan jemput pi makan kenduri..Kata mak pagi tadi depa dah hantar sebungkus daging mentah qurban.Maka saya bersama Achik dan Sarah pi la juga tunjuk muka..Ada sup daging,masak kicap hati limpa,gula ikan kering dan pulut serawa durian...Tapi kami dah kekenyangan...Handphone pun tak bawa.Kalau tak boleh rakamkan menu nya untuk tatapan bersama..
Apa yang saya ceritakan adalah tentang kampung saya dan hanya berdasarkan pengalaman hidup sendiri semata-mata.Mungkin lain tempat lain keadaannya.Lain orang lain ceritanya...







No comments:
Post a Comment