Salam Aidil Adha 1447...
Tahun ni Raya Haji jatuh pada 27 Mei 2026..Hari Rabu.
Alhamdulillah masih dapat menyambut Raya Haji @ kampung bersama mak dan warga kampung .Tinggal anak jantan
Adah anak beranak juga dapat bersama menyambut Raya Haji.Tapi saya dan Cella dah bergerak dulu balik kampung..Depa akan menyusul kemudian.Kami berdua beranak gerak pagi santai-santai sahaja.Jalan tak jem mungkin kerana ramai masih kerja dan ramai juga yang tak balik agaknya kerana kali ni cuti Raya Haji tengah minggu..
Mak otw balik daei solat sunat Hari Raya Aidil Adha @ surau kampung..Raya Haji Puasa biasanya orang solat sunat agak lewat bagi memberi peluang orang nak selesaikan zakat fitrah.Solat Raya Haji pula biasanya lebih awal kerana orang bak buat qurban pulak lepas solatSeperti biasa...tradisi surau kampung kami...setiap jali usai solat sunat hari raya todak kiran solat sunat Raya Aidil Fitri atau Raya Aidil Adha,akan ada sesi memebri duit raya.
Saya pernah cerita tentang TRADISI BAGI DUIT RAYA DI SURAU KAMPUNG KAMI..
Cuma kali ni saya agak lambat ambil gambar ..iaitu ketika dah hujung hujung..Puncanya dok ralit cari Sarah...Ingatkan dia kat rumah...Saya balik rumah nak amik dia bawa ke surau..Rupanya dia dah ikut ayah dia pi surau..
Bukan nak kejar duit raya tu sangat tapi lebih kepada nak bagi pengalaman kepada Sarah..
Kali ni saya tak nampak depa edarkan tabung derma duit raya...Tapi rasanya kali ini duit raya adalah sumbangan perseorangan iaitu yang dalam video yang berbaju Melayu hijau tengah bagi duit tu...
Saya bergegas nak balik rumah sebab kat rumah tinggal Cella sorang nak hidangkan makanan.Rupanya tadi masa solat Achik tak dapat masuk dalam surau sebab dah penuh.Achik solat kat anjung surau dan dah balik bantu Cella hidang makann.Seperti rahun tahun lepas,kami masak masing masing kat rumah dan bawa balik ke rumah mak..
kali ni saya hanya masak nasi minyak,ayam masak merah,ayam masak rendang...kari daging +kentang ,papadom,agar-agar sirap dan sejenis dua kuih raya.Juga tolong rebus ketupat palas pulut putih dan ketupat pulut hitam yang mak dah buat sehari sebelum tu iaitu hari puasa Arafah tu.Mak buat 3kg pult biasa dan 1½ kg pulut hitam...
Kalau kira ketupat siap sekilo pulut dapat dalam 2½kg ketupat.So,ketupat mak lebih kirang 10kg++ ketupat
Achik masak mee kari ..rendang ,daging masak Pahang,ayam masak kicap & apa lagi saya tak sempat tengok sebab balik surau dah diserbu tetamu.
Minuman juga ditaja Achik...Thai Green Tea & kordial.
Antara tetamu Raya Haji @ kampung...
Ramai juga saya tak kenal kerana jarang jumpa tapi wajah mereka familiar kerana adanya hari raya....
Nasib baik juga ada sikit lagi stok makanan kat dapur...Walaupun dafing Masak Phang Achik dah habis ...tapi boleh la topup sikit sikit yang lain untuk ambil video kan....hihihu
Ramai juga saya tak kenal kerana jarang jumpa tapi wajah mereka familiar kerana adanya hari raya....
Sambil makan sambil berbual beramah mesra..Walau sekampung ...bukan selalu dapat berjumpa beramai ...kan...
Mee kari Achik laku keras...Berkali kali Achik topup celur mee...
Cella dan Aqil tak menang tangan topup air..Cuaca panas membahang...Maklumlah,Kedah kan negeri bersebelahan matahari...hihihi...
Nasi minyak saya dua kali masak kat rumah sana tapi dah habis awal..Kami topup pula dengan nasi putih ..Masak 2 periuk nasi putih untuk topup.
Dek tak sempat hidang sepenuhnya dah diserbu tetamu...kali ni se ua pun tak sempat ambil gambar makanan....
Padahal masa baru topup lauk ni pun ada tetamu masih datang...Cella hanya sempat ambil video sekilas lalu sahaja...apa adanya sahaja..
Beberapa orang tetamu anak dara terpaksa makan di belakang dapur kerana kat depan dah penuh tetamu.Maklumlah rumah mak pun bukannya besar mana pun... hihihi..
Beberapa orang tetamu anak dara terpaksa makan di belakang dapur kerana kat depan dah penuh tetamu.Maklumlah rumah mak pun bukannya besar mana pun... hihihi..
Ramai yang jauh pakat balik agakny
Mereka juga nak cepat ...kerana mereka ni antara tenaga kerja orang kampung yang nak buat qurban...
Saja simpan video supaya nampak lebih hidup..Boleh tonton di YOUTUBE: SEROJA PUTIH






















No comments:
Post a Comment