Tuesday 6 June 2017

PUDING SAGU GULA MELAKA

Puding Sagu Gula Melaka...
Dessert untuk iffar semalam...
Sagu Gula Melaka ni favoutite aku nih..
Aku yang request nak makan Puding Sagu Gula Melaka ni


Sagu jernih yang kenyal..
Hee aku dah tahu kenyal...
Dolu aku cakap liat...
Mak aku betulkan ...
Cakap..tu kenyal...

Aku suka rasa kenyal sagu...
Lemak berkrim susu cair yang disejukkan..
Sikit manis dari gula Melaka ..
Tapi lately ni jer baru aku reti makan ngan air gula melaka tu..
Dolu aku x suka gula melaka...
Aku just makan susu cair jer...
Feel rasa lemak....
Tapi sekarang aku dah suka makan ngan air gula Melaka tu sekali...
Mak aku selalu cakap sambil nyanyi 1 lagu macam nasyid jer..
Aku pun dah hafal wording corus lagu tu...
" Kita yang bersifat baharu, berubah dengan waktu..."

PUDING SAGU GULA MELAKA...mak aku
1 cawan sagu biji halus(plain)
½ periuk air ( x kisah sukatan air kerana nanti akan dibuang)

Gula Melaka:
2 keping gula Melaka
1 cawan air
1 panda
secubit garam

* Masak semua hingga gula larut dan sedikit pekat

Kuah:
1 tin susu cair( sejukkan dalam peti ais)
( boleh ganti 2 cawan santan pekat+ ½ sudu teh garam)


1.  Sagu mesti direndam semalaman @ paling kurang ½ jam...baru hasil dia cantik jernih


2. Buang air rendam sagu


3. Masak ½ periuk air hingga mendidih
*** Air biar banyak lagi senang sagu nak masak ...jangan risau air banyak...xper...sebab nanti nak tapis


4. Masaukkan sagu rendam tadi dan biar sekejap jangan kacau...

5. Bila dah nampak sagu mula jernih baru kacau..
Masak biar mendidih sambil kacau hingga sagu jernih sepenuhnya


6. Bila sagu dah jernih...tutup api..
     Bawa periuk sagu kat sink...
     Tuang sagu yang dah masak dalam tapis..
      Biar kanjinya jatuh kebawah sebab kita
      cuma nak sagu..
      Air yang berkanji tu biar buang...
      Baru sagu akan cantik..
      ** Sambil tu kacau sagu dalam tapis tu
           supaya air kanji menitis kebawah


7. Bila air kanji dah berkurangan..baru dapat sagu yang cantik jernih


8. Boleh isi dalam acuan kecik- kecik atau bekukan dalam bekas besar jika buaat banyak
**Resipi 1 cawan sagu ni dapat 15 biji dalam acuan cawan merah yang buat lompang ni

Sejukkan dan sedia dimakan bersama susu cair dan sirap gula Melaka





No comments:

Post a Comment