Wednesday 13 March 2024

AIR TEBU + LEMON



Air Tebu Lemon....Sabarlah wahai iman...Bulan puasa memang bulan mengawal nafsu....hihihi



Kalau Kharul Aming dengan 4 jenis minuman viralnya untuk puasa tahun ini.Apa kata tambah 1 lagi idea minuman penyegar dengan Air Tebu Lemon ni.


Selalu kita minum air tebu gitu sahaja kan...sekadar tambah ais kerana air tebunya sudah cukup manis dan sedap.Saya selalu  nampak kalau tengok India  Street Food,depa kalau berjualan air tebu wajib diperah limau nipis dalam setiap gelas air tebunya...


Kebetulan ada beli 2 botiol air tebu..Ingat nak perahkan limau nipis la...

Tapi Cella pula nak cuba Air Tebu Lemon dia ada tengok Janna Nick minum kat Mekah...Air tebunya dicampur lemon..Kata Cella macam lagi sedap ja ..


So buatlah Air Tebu + Lemon Ais..
Tak susah pun.Untuk 500ml saya perahkan ½ biji lemon kedalamnya dan kacau rata.Sebelum tu saya sejukkan dulu air tebu ni dalam freezer lebih kurang ½ jam.Nak kasi betul betul sejuk dan taknak tambah ais..
Rasanya?
Rasanya macam air tebu + lemon la..hihihi..
Kalau minum air tebu ais rasanya manis melekat kan.
Sebaliknya Air Tebu Lemon ni rasanya lebih segar kerana kombinasi manis dan masamnya.Sesekali mempelbagaikan rasa apa salahnya kan...


18 comments:

  1. Boleh dicuba. Lama rasanya tak minum air tebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      sekarang jarang nampak orang jual air tebu tepi jalan kan...dulu bersepah

      Delete
  2. sampai 5 keping foto! Kan dah kurus puasa uncle!

    ReplyDelete
  3. sesekali boleh la minum manis2 ni...laju2 SA scroll karang teringin susah plak nak carik

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer buat berbuka puasa.
    Perlu satu jag baru puas ni

    ReplyDelete
  5. Belum pernah rasa lagi ni.. tapi mcm sedap jer huhuu.. lagi2 bulan puasa ni semua nampak sedap :D

    ReplyDelete
  6. Buat kita terliur pandang air tebu dengan lemon.. nasiblah masih pagi lagi 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa air tebu boleh cuba perah lemon ...hihihii

      Delete
  7. dibulan puasa ni semua air nampak sedap...

    ReplyDelete
  8. menjadi sungguh air tebu tu.. memanggil2 untu beli petang ini untuk berbuka..

    ReplyDelete
  9. Fuhh air tebu lemon .. manis manis macam gitu .

    ReplyDelete
  10. Air tebu yang manis, ditambah jus lemon memang menyegarkan! Senang-senang nanti nak minta Encik Suami carikan air tebu.

    ReplyDelete