Wednesday, 20 March 2024

NASI IMPIT RENDANG DAGING

Salam Ramadhan 1145 memasuki hari ke-9


"Selamat Hari Raya"..hihihi
Juadah iftar untuk Cella semalam.
Sepatutnya hari Isnin dah balik kolej sebab sem baharu bermula Isnin.Tetapi kerana Isnin hanya satu kelas dan pensyarahnya setuju buat online kelas maka dia delay balik kolej.Selasa,semalam baru balik.
Tak pi hantar pun...Dia balik sendiri bawa kereta abangnya..Alhamdulillah,nasib baik dekat.Kalau Trengganu dulu jenuh jugak la  nak hantar @ naik bas sendiri..Tapi kelebihannya dapat jenjalan & harga makanan dinTrengganu yang jauh lebih murah dan sedap Cella kata dia masih belum move on..Lagi lagi bulan puasa ni.



Nasi Impit...
Saya rebus masa bangun sahur..
Rebus dalam 2 jam bermula pukul 4 pagi hingga 6 pagi.Saya gunakan ketupat mini brand Nona



Rendang Daging Rempah Adabi 


Cella request nak bawa dalam mangkuk tingkat Tupperware ni..Saya nak bungkus rendang tu dengan plastik makanan je.Pastu nak isikan dalam tippuware food container tu  ja senang.Lepas makan boleh buang bekasnya...Tapi dia nak juga isi dalam mangkuk tingkat ni..Katanya nak feel bawa mangkuk tingkat untuk nampak klasik bulan bulan puasa ni..
🤭

Hanya itu sahaja bekalannya..




Rendang ni pun malamnya saya dah masak separuh jalan...Blend rempah ratusnya waktu malam.Masak separuh jalan.Kalau semua nak masak pagi takut tak sempat kelam kabut nak bersiap pi kerja ,malas la nak main cili bawang bagai..
Kalau masak rendang daging saya suka campurkan rempah rendang Adabi...
Resipinya, saya c&p dari old post..Tapi semalam saya masak agak banyak iaitu 1.5 kg daging..Kalau nak masak sikit atau banyak,bahan tu sesuaikanlah ikut keperluan.

RENDANG DAGING ADABI

1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit




Berbuka kat rumah berdua beranak semalam bersama anak jantan nan sorang tu...Begitulah,kejap berdua dengan Cella ..kejap berdua dengan anak jantan tu..
Kami kat rumah  pun menu yang sama jugak...
Nasi Impit


Bers
Bersama Rendang Daging Adabi..



Air Tebu Segar.
Beli kat Rose.Tiap kali bulan puasa kalau nak minum air tebu..memang order dari Rose..Suami Rose dah pencen.Memang giat bertani .
menanam tebu,ubi dan sebagainya dan berniaga air tebu..Jangan ingat kat KL takda petani🤭



Buah honeydew...
Saya  & anak jantan di rumah berbuka dengan nasi impit dan rendang.Begitu juga Cella di kolej.


Adah pula update dia masak Buttermilk Chicken..Dia cakap setiap minggu mesti masak juga sekali lauk ni...


7 comments:

  1. Dia dah raya dulu rupanya 🤭

    ReplyDelete
  2. rindu nasi air terengganu..susah nk jumpa kt tempat lain...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi impit dan rendang daging. Untuk mantan TTK, selamat kembali menuntut ilmu & $emoga dipermudahkan segala urusannya.

    ReplyDelete
  4. awal raya kak..
    cantik kejadian air tebu tu kak elok nampak,biasa orang jual dia mesin sekali kulit tu yang hijau pekat je warnanya kan

    ReplyDelete
  5. Saya pun kadang-kadang kalau masak rendang, buat separuh jalan. Lepas tu sambung balik.
    Bahagianya jadi Cella, rajin mama layan citarasanya.
    Menu Adah sama dengan menu Abang Farid kelmarin ... Buttermilk Chicken.

    ReplyDelete
  6. cantik tupperware tu , rendang pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. kita masih puasakan..blom raya kan...sedpanya rendang tu ha

    ReplyDelete