Hari Selasa baru ni,Kak Ani ajak minum minum sebelum puasa..Kak Ani pesan cari la mana mana tenpat.Nanti dia ajak Rose & Kak Mel sekali tapi Kak Mel tak dapat join.. kena jaga cucu.Maklumlah orang dah jadi YB kan..hihihi...Kak Ani pun YB juga tapi belum ada cucu.Boleh la lagi berfoya foya dengan kami🤣
Alamak,masa tinggal beberapa hari saja lagi sebelum puasa.Jadual padat ni dari Isnin hingga Sabtu.Ahad ja free tapi nanti Rose pulak bz nak urus anak nak masuk sekolah..Kalau kita dulu bz urus anak hujung Disember.Depa sekarang bulan Mac baru anak nak masuk sekolah kan...
Akhirnya,Hari Khamis...mencuri juga sedikit masa untuk menyelinap memenuhi hajat nak mengeteh bersama.Last minutes tetiba Rose kena attand meeting & meleret pula meeting hingga hampir pukul 2 petang ..melangkau lunch hour kot ..
Afternoon delight start pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang..Dari tempat kerja mengambil masa 26 minit untuk sampai.
Tapi kata Rose ..takpa..dia akan bentangkan dulu agenda bahagian dia & nanti dia cilok keluar...syyyyy
hihihihi.
So,Cella booking 2 meja.Dia juga datang pick up saya & Rose kat tempat kerja & terus pick up Kak Ani pula.
Sampai sana rupanya sebab tempah 2 meja untuk dua orang & dua orang akan dapat meja kecik dan sesuai untuk 2 kerusi saja la.
Untuk Cella memang sesuai.Tapi kami bertiga tak sesuai la nak duduk meja kecik.Apa lagi kalau tambah kerusi.Akhirnya staf dia suruh kami share sajalah meja 5 seater..Meja 2 seater tu dah ada orang booking..Terpaksa la Cella duduk semeja dengan kami.
Pinggan Cella..Cella puas hati dapat udang ni.Udang yang nampak lut sinar & bila kunyah meletus dalam mulut tu..Tak tau apa nama udang ni tapi Cella & Adah suka sangat udang macam ni..
Lasagna dia hari ni sedap betul..
Saya pun ambil lasagna..mee goreng mamak ,sandwich & nugget..Semua terasa sedap betul ..ke sebab memang perut tengah lapar?🤭🤭
Saya pun ambil lasagna..mee goreng mamak ,sandwich & nugget..Semua terasa sedap betul ..ke sebab memang perut tengah lapar?🤭🤭
Maklumlah skip lunch sebab nak bawa perut kosong isi kat sini...hihihi
Tak lengkap la kalau datang sini tak makan pasta dia yang dimasak panas-panas tu..
Saya pula pilih beberapa condiment & minta dimasakkan pasta carbonara..Pun tabur cheese banyak banyak...sprinkle chilly flakes pulak..Sedap sungguh pada tekak saya.
Antara yang special hari ni..lasagna,mee goreng mamak,Mee Kari & pasta.Side ada beberapa pilihan pizza,goreng gorengan,sandwich,buah buahan,kuih muih,kek,puding roti dan bubur.Eh,ABC & ice cream pun ada juga..Minuman sejuk ada kordial orange...pink guava & grape..Minuman panas ada pilihan teh dan kopi.Tapi beratur panjang pula nak guna coffee maker tu..Maka saya pilih teh panas sahaja.
Pinggan Cella ..Creamy pasta.Penuh taburan parmesan cheese
Saya pula pilih beberapa condiment & minta dimasakkan pasta carbonara..Pun tabur cheese banyak banyak...sprinkle chilly flakes pulak..Sedap sungguh pada tekak saya.
Tak sempat nak tengok pinggan Rose & Kak Ani....tangan asyik meyuap saja..hihihi
Lagipun inilah antara hotel yang menawarkan afternoon delight.Tak semua hotel ada afternoon delight kan...ke ada je tapi saya tak tahu?
hihihi .
Pada saya Ideas Hotel ni sangat sesuai dengan tekak dan poket🤣.
Dengan harga RM38( + tax semua lebih kurang RM40 ++) boleh makan puas puas.Makanan di tawarkan tidaklah terlalu banyak macam weekend hitea tetapi sangat berbaloi dengan harganya.
Weekend hitea pun kalau tak salah +-RM70 gitu sahaja..Masih under RM100....Payah dah nak dapat harga macam ni sekarang ni kan..
Senyum lebar perut dah kenyang.
Kak Ani ni umur dah masuk 6 siries tapi mantain cantik dan slim.
Saya dah Rose rakan sebaya..Tapi Rose nampak awet muda.Anak anaknya pun ada yang masih sekolah.Saya ni pula walau sebaya Rose tapi dah nak jadi nenek dah..dulu gatal sangat kahwin muda🤣,belum habis belajar dah bertunang..umur baya Cella dah jadi bini orang..
Tak banyak ambil gambar hari ini kerana masing masing handphone bateri weak..
Rose handphonenya mati terus dah..banyak sangat berwhatsApp masa meeting agaknya🤣.
Handphone saya pun tinggal 2 bar sahaja lupa nak bawa charger.Cella pun sama juga tinggal nyawa nyawa ikan lupa nak charge..Kak Ani pula dia bukan jenis suka ambil gambar Lagipun saya segan kalau dengan Kak Ani..hihihi
Maka hanya snap beberapa keping gambar sahaja.
Cuma tak la ralat sangat sebab dah beberapa kali makan kat sini..
Tahun lepas rasanya 3x makan kat sini.. 2024 ni pun dah 2x makan kat sini .
Bulan Januari masa birthday Cella..Ni kali ke 2 untuk tahun 2024..
In shaa Allah akan datang lagi lepas ni..🤭
Maklumlah bagi saya bukan semua hotel mesra tekak dan mesra poket macam Ideas ni...
Terima kasih Ideas Hotel kerana menyediakan afternoon delight yang sedap dan sangat mesra bajet macam ni..
( Harap harap Chef Sabri baca la pujian ikhlas saya ni🤣🤣🤣)
Kali ni tak nampak pula Chef Sabri..Selalunya beliau akan keluar beramah mesra dengan pelanggan..
Ni mesti datang IH dengan harapan dapat jumpa Chef Sabri kan kan 🤭. Tapi mmg berbaloi la harga dan makanan yg ditawarkan dlm Afternoon Delight ni. Kat JB tak dapat kot tempat mcm ni.
ReplyDelete🤣tak jumpa pulak chef tu
Deletemerapatkan silaturrahim... lebih berbaloi kalau dapat bertegur sapa dengan tukang masak.. :D.. nanti pergi lagi.. kalau xdapat jumpe cheftnye jgn oder makanannye :P.. hihihi
ReplyDeleteBahagianya dapat mengeteh di sini.
ReplyDeleteSaya ni peminat Chef Sabri. Bersih jew raut wajahnya.
Mesti sedap hasil air tangannya.
Orangnya humble walaupun nampak rock
DeleteWahhh..macam best je IH ni..bila² nak ajak wan ke situ la 🤭.
ReplyDeleteEhemm², tahniah makngah nak jadi nenek dahhh ♥️
Nanti kalau nak pi hello tau🤣
DeleteNak try gak la... Tp kena tunggu lepas raya la kan hihi...
ReplyDeleteSy pun suka udang kat hotel² ni, tak sure cara depa masak atau jenis udang tu yg buatkan dia jadi sedap.
makngah ada berita gembira ke?nanti jadi nenek gorgeous la makngah
ReplyDeleteterus lapar bila tengok gambar ini... adeh
ReplyDeleteSabar...puasa.🤭
DeleteMengeteh yang luar biasa ni kak...hehehe..selalu SA mengeteh session kat mamak je...ni kat tempat best..
ReplyDeletejarang jarang sekali🤭
DeleteOh murah harganya..boleh cadangkan kat ipar yg suka buat aktiviti makan2 lupa diri ni
ReplyDeleteTak apa la kawen muda bila umur cenggini dah tak payah jaga anak kecil lagi hihii.. Harga dia nampak tak la mahal sampai dekat seratus atau lebih.. bawah RM50 tu not bad la :D
ReplyDeleteSesuai la dengan bajet marhain macam saya🤭
ReplyDelete