Tuesday 5 March 2024

BUAT KARIPAP KENTANG AYAM

Tak ingat bila kali terakhir buat karipap sebab rasa dah lama sangat tak buat karipap.Padahal dulu dulu zaman anak anak masih sekolah rajin ja buat banyak banyak frozenkan sebagai bekal dan pernah juga ambil order hujung minggu jual karipap frozen.


Kerana dah lama tak buat...hari Ahad tu tetiba datang kerajinan bila Cella pun masih bercuti sem kat rumah.Dah cuba nak kerja part time tapi sapa ja nak ambil kalau cuti tak sampai sebulan kan...So,buat lah kerja sampingan di rumah jadi supir maknya...hihihi


Alhamdulillah masih ada skill mengaripap walaupun tak la sekemas orang lain..Besar kecil ja karipapnya...hihihi


Saya buat karipap inti kentang + ayam dan tambah hirisan telur rebus juga ala ala inti karipap Ikea.Karipap Ikea tu saya suka intinya tapi pastrynya kureng sikit sebab jenis lemau dan berminyak.Tapi kalau makan panas panas layan ja..

Dua beranak berlawan makan  karipap inti kentang ayam dan telur.


Sebenarnya malas rajin tu sekarang ni boleh datang tiba tiba..Dah siap inti tetiba malas nak buat karipap.Tapi terpaksa juga  buat sebab dah sediakan inti.Sayang pula.


Saya masukkan isi ayam dadu dalam inti kentang.Daun sup pula takda stok.Kurang la sikit harumnya bila hanya guna daun bawang.Kalau ada stok ayam @ daging banyak memang plan nak buat inti macam Karipap Kingkong.Rindu pulak dengan Karipap King kong yang selalu beli kat Puncak Alam masa zaman Adah study kat Puncak Alam dulu.Tak tau la sekarang ada lagi ke tak




Kudapan petang hari Ahad dan bila bila teringin dah ada.Kalau kalut nak gi kerja tak sempat nak buat sarapan pun,atleast yang ada kat rumah dah boleh goreng karipap sebab ada buat frozen juga.

Saya copy resipi dari old post..


KARIPAP INTI KENTANG BODO2
1/2 kg tepung gandum
2 sudu marjerin
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam

Inti Kentang Ayam
 5  biji kentang besar
1 cawan isi ayam dadu kasar
1 labu bawang besar- cincang
1pokok daun sup-cincang
1 kiub ayam-hancurkan
1 sudu rempah kari
garam & sikit minyak

 Buat Inti Dulu:
1. Rebus kentang sampai empuk  tanpa buang kulit..Rebus dalam rice cooker je.


2. Kopek kulit kentang & potong dadu .


3. Panas sikit minyak dalam kuali & tumis bawang besar cincang.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sikit air..Biar hingga garing..Kemudian masukkan isi ayam dan kacau hijgga isi ayam kecut.


4. Masukkan  kiub ayam & sikit garam &  sikit je air bagi kiub & garam hancur.


5. Masuk kentang & daun sup.Gaul rata.Angkat & biar sejuk

 Buat Kulit Karipap
1. panaskan minyak & marjerin tuang dlam tepung yang dicampur garam


2. gaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.


3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.


4. Gelek bebola tu sampai agak nipis.Isi inti & kelim tepi..


5. Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana  hingga keemasan


** Untuk Frozen :

 goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2 masa.



Tak la kemas macam orang lain.
Boleh lah untuk makan anak beranak...
Senget benget kelimnya..
Tapi bak kata Aina Gartin dalam Barefoot Contesa..
"Buatan rumahan tak perpu sempurna seperti buatan kilang"
Maka saya pegang kata kata orang yang pakar masak ni... hihihi...


Bakinya kita goreng ½ matang & biar sejuk..


Ini yang foreng ½ matang...biar sejuk..Kemudian pack 10 biji setiap bekas dan frozenkan.


Begitulah kisah karipap.



6 comments:

  1. Waah….sedapnya 😋
    Siap ada hirisan telur rebus.

    Saya dah lama tak mengkaripap, apa lagi mengelim. Entah masih mampu kelim elok ke tidak 😄

    ReplyDelete
  2. Laaa.. kenapa pula tajuknya ada bodo² 🤣🤣🤣. Sy pernah juga la buat karipap sendiri, tapi rasa skrg mcm dah lbh 10 thn tak buat, beli jer senang 🤭. Kalau buat sendiri nanti makan banyak pulak 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Masih tak tau buat karipap lagi... Nanti nak try... InsyaAllah... Terima kasih resepi yer

    ReplyDelete
  4. saya se umur hidup sekali aje buat karipap itu pun di kelas sains rumah tangga

    ReplyDelete
  5. suka betul kalau inti ada hirisan daun sup...jadi wangi je kan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya karipap....masih x pandai buat sendiri la kak...

    ReplyDelete