Friday, 22 March 2024

PASTA CENDAWAN ,DADIH JAGUNG & AIR KOSONG SAHAJA

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke11..

Iftar semalam..Khamis hari ke 10 Ramdhan
Pasta Cendawan.
Beriftar sengsorang pun tetap nak masak.Setakat 10 hari ni saya belum ke Bazar ramadhan.
Malas nak singgah = dah tahu kalau singgah nanti mengarut-ngarut saya beli nanti...Baik masak jugak la yang mudah mudahBukan susah pun Dalam setengah jam dah siap kan...Pasta ni ambil masa tak sampai setengah jam pun.dessert pun buat yang express dalam 5 minit ja kot dah siap.



Kalau perhatikan dengan teliti,nampak urat pasta ni tak sama besar.Puncanya sedikit baki pasta vermicelli tapi sikit sangat.Buka pack baru mata tak baca..terus masuk dalam air mendidih


Sekali tengok pembungkusnya..
Nah,satu spaghetti  yang urat dia besar & satu lagi vermicelli yang kecik.



Jadilah pasta kecik beso jet urat mee dia...hihihi

PASTA CENDAWAN
1 cekak pasta spaghetti
1 tin macerel
1 pack cendawan
( saya guna 10  shitake) hiris
1 bawang merah - cincang
2 bawang putih - cincang
3 cili padi merah - cincang
1 tomato masak- dadu halus
1 kiub ayam
minyak garam,daun selasih(saya guna daun sup)

1. Jerang air untuk rebus pasta

2. panaskan minyak dan tumis bawangan dancili padi hingga harum

3. Masukkan tomato cincang dan mhingga tomato lebut.tambah cendawan dan kiub ayam,Masak hingga cendawan layu

4. sesambil tu rebus pasata lebih kurang 5 minit.

5. Cedok pasata dan terus masukkan dalam tumisan.kacau sebati

6. Jik pasta masih keras,tambah air rebusan pasata dan masak lagi hingga lembut.

7. sesuaikan rasa & tabur daun basil atau daun sup


Masa ambil gambar pasta yang penuh sepinggan tu nampak macam pasta ni tak cukup minyak ja..agak kering.Nak makan,saya renjiskan sesudu minyak zaitun,gaul rata semula baru makan..Haaaa baru la berselera bila pasta nampak berminyak...hihihi



Pemanis mulut..
Dadih jagung..
Guna dadih segera dalam pack tu ja



                                                            pic Google
Saya guna serbuk dadih macam ni ja...Tak la buat semua sebab banyak.Saya buat 1/3 bahagian sahaja. Guna lebih kurang 100 gm serbuk dadih tu + 1 liter air,1 sudu gula dan 1/3 tin susu cair
Hanya 4 bahan tu sahaja,



Nak makan sorang ja..Tapi saja boh dalam 2 gelas ni.make up la sikit supaya hidup ini ceria...hihihi



Guna sepertiga pack tu pun dapat banyak juga dadih ni...Ni hasil saya masak sepertiga pack.Kalau 1 pack tu gandakan la tiga...Akhirnya masih lagi berbaki.
1 gelas tu saya makan waktu iftar..segelas lagi lepas tarawikh..Baki dalam tippuware tu sejukkan dalam peti ais pun anak jantan tu balik kerja tak makan pun.Nampaknya bawa ke hari berikutnya la.Lain kali kalau nak makan sorang atau dua orang ja...maknanya 1 pack ni boleh masak 4-5 kali ni...
nak buat pun cepat .Tak sampai 10 minit dah siap.nak tunggu dia beku dan nak sejukkan tu yang agak lama.
Tiada minuman manis..Ada ja lagi baki air tebu tapi sebab dessert tu dah manis..Minum air kosong ja...Esok luas mungkin meriah sikit jika nak jantan tu offday &  kalau Cella balik berbuka kat rumah.

8 comments:

  1. Sorang² pun meriah tu berbuka menu ala barat siap dessert lagi. Betullah, sendiri kena ceria, walaupun sorg tak ada masalah mencipta keceriaan.

    ReplyDelete
  2. menyelerakan , ccl pun suka pasta . puding tu nampak comel yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceri dan daun pandan tu sebagai penyeri...😁

      Delete
  3. Cantiknya pasta cendawan tu Mama Cella!

    ReplyDelete
  4. aduhhh...x leh tahan plak tengok pasta cendawan tu..sedapnyaaa

    ReplyDelete