Friday, 1 March 2024

PULUT LEMAK PELAM vs PULUT LEMAK IKAN PEKASAM

 Last posting untuk last week punya masak & makan @ Kedah.. Banyak dah entri lain tengah Q dalam draf.


Masak Pulut Lemak Pelam.Pulut kan merupakan nasi ke-2 dalam family saya..Dari zaman kanak kanak memang dah terbiasa pulut jadi makanan ruji ke-2 selepas nasi.




Pulut Pelam kalau versi kebanyakan belah tempat kami ialah pulut lemak yang dimakan bersama buah pelam masak ranum.Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang dah terima pulut lemak dimakan bersama pelam dan ada penambahan  ditambah sos santan kesan pengaruh Pulut Pelam Siam.
Pulut Pelam yang saya masak ni versi ada sos santan.Masak pulut untuk sarapan sebenarnya...



Saya dah mak makan Pulut Lemak Ikan Pekasam


Bertemankan Kopi O Panas.
Cella pula nak makan dengan pelam.Tu yang jadi Pulut Pelam untuk dia..

Saya memang rendam 1kg pulut pada malamnya.Paginsaya kukus.Lebih kurang ½ kg saya jadikan pulut lemak untuk makan dengan ikan pekasam serta pelam.Kebetulan tengah musim pelam kat Thailand agaknya.Bekalan pelam melimpah kat Pendang.Dijual sepanjang jalan dengan harga sekitar RM5-RM10/kg.Tapi kebanyakam peniaga menggunakan strategi menjual RM15/2kg..Manis manis pulak tu.Sesuai nak makan ngan pulut lak ni.


Baki pulut lagi ½ kg tu lah saya masak PULUT MANIS GULA APONG ...tu..
Dan hari yang sama juga saya masak KUIH KOCI UNTUK MAK...
Haaa....kiranya  sehariab dari pagi sampai petang semua menu berasaskan pulut .Masak beberapa menu dalam hari yang sama...hihihi


5 comments:

  1. pulut makan dengan ikan kering dan nyo tu sedap.. hr tu g kedah makan yg tu untuk sarapan. sedap sungguh makan tepi bendang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pula dengan kopi O lagi terangkat ...hihihi

      Delete
  2. kat tempat saya pelam 4kilo 20rgt..smp ada yg jual 6kilo 20ringgit itu yg dah lebu sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,lagi murah...Kalau lebu tapi isi tak benyek,sedap buat makan ngan pulut tu Afzan

      Delete
  3. okey ni SA x jeles sebab SA x makan pulut...ernagin badan kang

    ReplyDelete